Wednesday, August 10, 2011

SMS berantai...Bila dibodoh berjaya diperbodohkan si jahil..

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Pernah tak antum semua terima sms yang diawal isinya menyuruh anda berselawat ke atas nabi,beri nasihat ugama yang baik baik,pesan suh taat kat mak ayah..

Tapi di hujung sms,dia pun tulis

"Demi Allah,selepas baca sms ini,anda wajib forwardkan kepada 10 rakan anda,jika tidak anda akan ditimpa musibah yang besar"

atau ditulis begini,

"Sesungguhnya aku telah bernazar setelah membaca sms ini akan mengforwardkan kepada 8 rakan lain,jika aku tidak melaksanakan,azab yang berat akan menimpa aku kelak"

Haaiiihhhsssss..

Maka,bila si bodoh menerima sms begini,takutnya dia pada azab yang bakal menimpa jika tidak ikut arahan,hilang 80sen ...rm1...yg untungnya syarikat telefon..

Tapi kalau orang tu tahu dan berilmu,jika dia sent sms begitu,sekaligus menunjukkan dia percaya bahawa ada kuasa lain selain Allah yang memberi azab,maka itu dah masuk katogeri syirik,kalau syirik confirm MASUK NERAKA beb..

Penulis sering terima juga sms begini terutama dari adik adik junior di sekolah,nak marah mereka pun,mereka budak lagi ...

Penulis harap sangata,berhenti percaya pada sms karut sedemikian,ini lah rakyat Malaysia,terutama melayu,mudah sangat percaya pada sesuatu yang diterima..Telan terus ..

Kita kena yakin,hanya Allah yang berkuasa atas segalanya ..

Satu hal tentang umat melayu ni,nak uji betapa 'lurus'nya mereka,cuba anda reka 1 sms yang hangat,tak kira la berita apa,asal ia panas then orang berlumba lumba nak cakap 'aku tahu dulu',confirm,dalam masa 1 hari,satu Malaysia terima sms tu..sms dajjal turun la,iman mahdi datang la..(jgn la buat betul,tapi itulah realiti,masalah umat melayu yang mudah mempercayai berita tanpa usul periksa)

Penulis yakin,orang yang mula mula tulis tu adalah orang jahil atau orang kafir yang nak ketawakan kebodohan dan kebebalan umat melayu kita,dan mereka benar benar boleh tergelak bila melihat sms yang mereka cipta kembali kepada mereka dalam masa 1 hari ....

mmmmm...

Cukup cukuplah jadi tak cerdik kepada yang terlalu percaya itu semua ..Kalau dapat je lagi sms begitu,hang pa reply balik kat mereka ,

"Hang ni bodoh ke bengong"

Biar kasar,asal lain kali mereka tak buat lagi..ehe

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)