Saturday, June 11, 2011

SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATI.....HI HI HI

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)

Solat memang sudah tidak asing kepada orang islam (yang bersolat la,bagi yang tak pernah solat..memang la sentiasa asing bagi mereka),

Perlu diingat solat adalah perintah Allah yang paling utama dan istimewa,kerana kalau diingatkan semula,perintah solat ni secara langsung dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW  tanpa perantaraan malaikat jibrail as..iaitu masa peristiwa isra' mikraj..kan..kan..kan (kalau saya salah,perbetulkan ) :)

Solat ni adalah satu ibadat kita menyembah Allah,atau dari sudut istilahnya adalah perbuatan ibadat yang ucapan dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam :)

Ada 5 senarai solat WAJIB iaitu solat subuh,zuhur,asar,maghrib,dan isya' ..

Kalau tinggal mana mana satu dengan sengaja...dosalah jawabnya .. :(

Dalam notes ni,penulis sekadar boleh berkongsi syarat syarat solat , yang lain belum mampu lagi buat penulis ...aci deh? ehe

Antara syaratnya :

1:Beragama islam :

Iaitu kita lah,iaitu manusia yang mengucap syahadah yang mengakui tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..Kalau yang tidak berpengang pada kalimah ini,maka tidak boleh solat ..

Maka beruntung lah kita yang boleh solat dan isnyAllah diterima Allah solat kita .. Kalau kita yang beragama islam ni tak reti nak solat juga,tak solat juga,maka tiada bezalah dengan si kafir  yang tidak berpengang kepada kalimah syahadat itu atau kalau mahu perumpamaan yang lebih dasyat,..Juga tiada beza juga kita dengan lembu dan kerbau yang turut sama tidak solat .. :) ehe ... fuh ..,teringat dulu time bagi tazkirah kat pelajar ,penulis guna ayat "kalau tak solat,sama je kita dengan beruk,kerana beruk tak solat,kita tak solat,anak beranak beruk la kan" then ada satu hari ada kem dimana ada satu slot  yang nak jeng jengjengkan  penulis,budak budak guna isu ni untuk jatuhkan aku ..haha.cari la isu lain....n ada juga yang hantar sms marahkan penulis coz guna istilah beruk dalam surau,entah la,tapi itu perumpamaan je..pelik juga,time kata "beza antara kafir dan islam adalah tak solat" takde pulak yang marah .. padahal istilah kafir tu lebih teruk dari beruk ..haha ..satu kes penulis guna perkataan "gila babi" , iaitu tiru ayat sorang ustaz fames dari Trg, penulis cakap "kalau main bola tiap tiap petang nak isi masa lapang,itu namanya hobi,tapi kalau pagi petang siang malam,pagi petang siang malam duk main bola,tapi tak solat,itu bukan hobi,itu gila babi ... ramai yang terguris,sebab guna perkataan "babi" dalam surau,tapi penulis sebut "bahawa penyakit selsema babi" xde pula yang marah ...wahaha..pelik ...kih kih kih ..bukan kata tak puas hati,sajer je penulis nak citer untuk gtaw begini pemikiran sesetengah orang yang tak dapat terima ...makan cili kot ...tapi last last,penulis buat ucapan maaf terbuka pada semua atas kekasaran ... skrg ok je lake...bukan semua,hanya sebahagian..

2:Baligh dan berakal :

Baligh ni macam dah cukup umur,kalau lelaki bila dah mimpi (katanya ustazah dulu),dan kalau perempuan datangnya 'kepala '(dalam bahasa inggeris kita sebut head,dieja dalam BM haid). Bila dah tiba saat gini,kalau tak solat juga,maka tanggunglah dosa.. HUKUMNYA DAH WAJIB teman teman ...Tapi Nabi dulu ajar anak baginda solat diawal usia 7 tahun,dan kalau 10 tahun kalau tak solat juga,rotanlah dia ... :) Tapi mak bapak sekarang,katakan nak rotan anak,kalau cikgu rotan anak pun dia serang cikgu tu...sampai bila anak nak diajar ... perghh ..

Berakal ni maknanya tidak gila la...siuman ... tahu bezakan yang mana salah dan betul,dosa dan pahala..ada fahams?ehe

3:Suci dari hadas kecil dan hadas besar :

Hadas kecil ni kalau kita tiada wuduk,dan dalam keadaan 'bersih' dalaman iaitu camne ea nak cerita...urmm,kamu tak dalam keadaan berhadas besar la seperti dalam keadaan haid,atau yang lelaki,dah mandi wajib...urmm..betul ke......faham faham je la ..Jadi untuk suci dari hadas kecil,berwuduklah ..

Yang pentingnya hadas besar , kalau ada hadas,yang perempaun,kalau dah cukup masa,maka mandi wajiblah,dan baru leh solat...lau lelaki,mandi lah 5 kali sehari pun,wajib tiap masa solat bila sampai waktu ..ada paham? urmmm ..cam x kena je penjelasan ni ... tak pe la...check google .. :)

4: Suci badan,pakaian dan tempat solat

Bersihkan luaran  juga :)

5:Mengetahui yang mana rukun dan yang mana bukan rukun.

Yang rukun tu,wajib la buat cam niat ,berdiri bagi yang berkuasa,takbiratulihram,baca al fatihah,rukuk dgn tuma'ninah,iktidal dengan tuma'ninah,sujud dgn tuma'ninah,duduk antara 2 sujud dgn tuma'ninah,duduk tasyahud akhir dgn tumaninah,baca tasyahud akhir,baca slwt ke atas nabi si tasyahud akhr,baca salam yang pertama dan tertib..Ini rukun,tak buat tak sah,kalau yang sunat tu (selain dari yg ni dalam solat) itu sunat,jangan pulak yang sunat korang wajibkan,yang rukun ditinggalkan ... Macam puasa,korang bila bulan puasa tak puasa,tapi beli buah kurma nak makan untuk pahala sunat...ada ke patut ..jangan makan kurma..makan pelepah kurma la ..bukan gitu? ehe

6:Menutup aurat ":

Sewajibnya semasa solat,tutup aurat ... kalau di luar solat pun,tutup gak aurat ..jangan masa solat je pakai telekung,lepas solat free hair ... masa solat pakai seluar panjang,lepas solat pakai boxer main bolA, ..huh.

7:Mengadap kiblat ..

Jika tahu arah kiblat...maka mengadaplah kiblat..tapi kalau tak tahu,anda ditempat yang asing,maka solatlah arah mana pun,tetap sah (wallahualam,tapi leh try tnya ustaz untuk kepastian)

8:Masuk waktu solat :

Yang ni syarat penting nak solat,jangan la korang solat sebelum waktu ....tak betul la tu,kecuali jamak (jika dalam keadaan yang membenarkan)..Tak lojik akal solat subuh kul 11 malam sebab bimbang tak jaga pagi esok ...ehe

Jadi,tepuk dada tanya diri kamu,cukup tak syarat ni?kalau cukup ....solat la ... jangan jadi macam ______________________ (isi tempat kosong) ..ehe

Layari www.tazkirahamar.blogspot.com untuk notes lepas .. follow la juga ekk :)

Terima kasih sudi baca...sampaikan walau sepotong ayat :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)