Monday, June 13, 2011

SaHaBaT iTu SeJaTi

Assalamualaikum dan salam bersahabat.

Seingat penulis,dalam banyak banyak notes yang ditulis,tak pernah satu pun mengenai sahabat kan?urmmm..

Cmne leh terlintas nak tulis sal sahabat adalah,bila penulis buka phone tadi,baca sms sms dalam inbox,penuh dengan sms 'mutiara kata" mengenai sahabat,dan kawan..

Bila dibaca dan dihayati,terlintas satu perkara dalam kepada otak ni iaitu

''Persahabatan itu indah" ..

betul tak?

Orang cakap,(bukan penulis cakap) sahabat adalah antara orang yang lebih lagi rapat dengan kita berbanding family mahupun ehem...ehem..

Kadang kadang,orang suka luah masalah pada sahabat yang lebih memahami jiwa kita,yela la..lojik akal,sahabat kita biasanya seusia kita,pastinya lebih memahami jiwa kita,tapi ibu bapa tidak kurangnya ...

Jadi,memang tidak dapat dinafikan..sahabat itu memang penting untuk kita meneruskan hidup dan perjuangan.

( # penulis maksudkan sahabat yang tulin,bukan sahabat yang kawan bila senang lari bila susah,tapi sesungguhnya,untuk cari sahabat tulin tu payah sangat,dalam 100,ada la sorang,tapi alhamdulillah penulis dikurniakan beberapa sahabat yang tuliN,terutama yang bersama penulis dalam PEMIKIR dan yang jumpa melalui facebook juga tidak kurangnya sahabat yang baik dan memahami  ...love u..muah # )haha

Dalam perjuang Rasulullah juga,baginda dibantu oleh para sahabat yang tulin,yang sanggup berkorban untuk perjuangan mereka..Dan sesungguhnya sahabat sahabat Rasulullah adalah contoh sahabat yang terbaik...

Urmm..jika diamati,sahabat yang mempunyai persamaan dalam perjuangan itu lebih dekat dengan kita .. kan..kan..kan..

Penulis ingat satu kata kata mengenai ciri ciri sahabat yang baik ..begini bunyinya

"Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mencari kebaikan kita,tapi sahabat yang LEBIH BAIK adalah sahabat yang menegur kesilapan dan kesalahan kita" ~Hukama ..

Apa maksudnya?

Maknanya ada jenis sahabat yang baik tu,selalu je puji kita dengan kebaikan kita,ini jenis sahabat yang tidak mahu ambil risiko berlaku pergaduhan,dia nak pastikan persahabatan sentiasa terjalin dan tidak terputus..Pasti kita senang dengan dia..

Tapi untuk makluman semua,sahabat yang paling baik adalah sahabat yang menegur kesilapan kita,tapi yang begini sering kita salah anggap sahabat tu "sengaja cari kesalahan" kita..

....MMMMM....

Kita tak solat,dia pun tegur , sebab dia sayang kita la tu,tak nak kita dibakar api kelak..Tapi masalahnya,ramai antara kita sukar nak terima nasihat dan teguran rakan ...

Inilah masalah terbesar yang berlaku dalam dunia persahabatan ..

Tapi perlu diingat juga,dalam menegur sahabat,berpada padalah ...okeyh?nanti timbul masalah ..fahami juga masalah dia .... ehe

Apapun..nberuntunglah mereka yang berjaya memperoleh sahabat dan teman yang sejati... pastikan anda menjaga persahabatan itu ibarat anda menjaga harta yang paling berharga untuk korang...coz sahabat tulin amat mahal nilainya :)

Adios amigo..

Salam :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)