Saturday, June 11, 2011
Nikah wehh .... ehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Tengahari tadi kebetulan sempat menonton rancangan Iman Muda episod 8 yang berkait dengan alam perkahwinan..Tapi malangnya sempat lihat di 30 minit terakhir je,yang semasa para peserta iman muda jalani ujian praktikal,tidak kesempatan ..urmm..
Apapun,abaikan tentang peserta buat masa sekarang,kita pergi kepada bab ni deh ..
First of all,kita bicara sikit tentang definisi khawin / nikah ni..
Menurut buku pendidikan islam SPM , perkhawin adalah satu ikatan yang melibatkan 2 jantina berbeza iaitu lelaki dan perempuan yang akan menghalalkan untuk dua orang ajnabi ni bersentuhan,katanya ustazah masa penulis kecik kecik dulu,selagi tak ada ikatan,HARAM sentuh mana mana ajnabi yang berlainan jantina kecuali darurat .Ada rukunnya dan penulis rasa korang pi google je la....panjang sangat nak cerita,penulis hanya nak tekan bahagian HUKUM kahwin..
Ada 4 hukumnya iaitu HARAM kahwin,WAJIB kahwin,Harus kahwin dan Makhruh Kahwin..
Mari kita lihat secara sepintas lalu keempat empat hukum ini :
Haram Khawin: Tidak mampu dari sudut zahir(harta) dan batin serta berpotensi melakukan kezaliman terhadap isteri
Situasi ini sebagai contoh adalah : NaZAK(Bukan nama sebenar) ni adalah seorang pemuda yang tidak berkerjaya,makan minum mak bapak yang tanggung,kemudian ada penyakit lemah tenaga batin coz selalu merokok(menurut kajian,lelaki yang merokok akan menghadapi penyakit lemah tenaga dalaman dan luaran)..Jadi masalahlah dalam urusan rumah tangga lain...(??).Jadi kalau dia khawin dengan Latantuya (bukan nama sebenar) ,maka setiap hari hanya makan meggie dan air masak..Dan
Jadi HARAM hukumnya untuk dia khawin...
Wajib Khawin: Mampu dari sudut zahir dan batin serta bimbang akan melakukan zina jika tidak berkhawin.
Situasi sebagai contoh: Akhil adalah seorang lelaki berkerjaya yang berpendapatan cukup untuk menyara lebih dari dirinya , Akhil juga sihat batinnya (tidak rugi tidak merokok),dan Akhiljuga dibimbangi akan dekat kepada zina kalau tidak berkahwin kerana sudah menjadi lelaki dewasa.(??)
Jadi WAJIB untuk nya berkahwin dan mendirikan rumah tangga (2x5)
Harus Khawin:Mampu dari sudut zahir dan batin
Situasi sebagai contoh :Anwar seorang lelaki berumur 27 tahun yang berkerja dan mampu untuk memenuhi kewajiban sebagai ketua keluarga dan suami.Tapi walaupun tidak berkahwin,tetap jauh dari perkara maksiat..Maka hukumnya harus ..
Makhruh khawin:Kurang berkemampuan dari sudut zahir tetapi batin lebih lebih ..haha,camne tu?
Situasi sebagai contoh: Khairy ni tak bekerja,tapi sebab tak merokok,maka tubuh badannya sihat ..Dan berkeinginan untuk berkahwin..Maka hukumnya Makhruh..Sebabnya dia nak bagi bini dia makan apa?meggie?best gak...wakakaka...
Jadi kalian rasa kalian di bahagian mana?haha..Penulis sendiri baru 20,so lambat lagi....10 tahun
lagi..wakakkaka....insyAllah ..
Lapi perkara tentang perkahwinan akan dibincangkan kelak seperti ciri ciri yang patut ada pada bakal pasangan,orang yang haram dinikahi,dan sebagainya..InsyAllah..
ps-Penulis tidak merokok...hahhahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)