Ada pula kisah Nu'aiman pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Seorang buta iaitu Makhrumah bin Naufal yang berusia 115 tahun sedang berehat di masjid kemudian beliau rasa mahu kencing,lalu dia bertanya kepada orang yang berada di dalam masjid yang boleh bantu beliau ke tandas..Lalu Nuaiman bangun untuk bantu orang tua tersebut..
Malangnya Nuaiman tidak membawa Makhrumah itu ke tandas sebaliknya ke dalam masjid, lalu Nuaiman berkata,kencinglah disini tandas,lalu org buta itu berdiri di masjid untuk kencing.Melihat perkara itu Para sahabat berteriak, "masjid, masjid!"
Lalu Makhrumah berkata, "Celaka kamu!" Siapakah yang membawaku ke tempat ini? Mereka menjawab, "Nu'aiman!"
Makhrumah berkata, "Sungguh jika aku beruntung, aku akan pukulnya dengan tongkatku!"
Masa berlalu,Makhrumah kelihatan sudah melupai akan tindakan Nuaiman terhadapnya,satu hari , Nu'aiman datang semula kepada Makhrumah. Kali ini Nu'aiman membuat suara lain, agar Makhrumah tidak cam bahawa itu adalah Nu'aiman.
Nu'aiman bertanya kepada Makhrumah, "Apakah kamu inginkan Nu'aiman?" Makhrumah mengiyakannya, lantas Nu'aiman membawa orang buta tersebut kepada Saidina Uthman (Khalifah islam ketika itu) yang sedang solat dalam masjid. Nu'aiman berkata, "Di depan mu itu adalah Nu'aiman." Makhrumah pun terus memukul orang yang disangkanya Nu'aiman, tetapi rupa-rupanya adalah Khalifah Utsman bin Affan.
Sahabat-sahabat berteriak, "Kamu telah memukul Amirul Mukminin!" Maka sekali lagi Makhrumah dikenakan Nuaiman, namun Khalifah tidak marah kerana menurutnya, nabi dahulu juga tidak pernah marah kepada Nuaiman dan beliau juga ahli Badar..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)