Pada satu hari, saya melawat akhi Sayyed Abus Suud di kedainya dan melihat akhi Mustafa Yusuf membeli sebotol minyak wangi daripadanya.
Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster (matawang) untuk minyak wangi tersebut, sedangkan Abus Suud mengatakan harganya hanya 8 piaster.
Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Saya amat terharu melihatkan keadaan ini, dan meminta invois daripada Mustafa untuk melihat harga modal minyak wangi tersebut. Harganya 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol.
Saya berkata kepada Abus Suud,Saudaraku! Bagaimana anda ingin menyara hidupmu, sedangkan anda tidak mahu mengambil untung dari saudaramu, dan musuh pula tidak mahu membeli di kedaimu?
Dia menjawab,Aku dan saudaraku seperti badan yang satu.
Saya berkata pula kepada Mustafa,
Mengapa anda tidak menerima budi baik saudaramu??
Dia menjawab, ?Jika saya membeli di tempat lain, harganya ialah 10 piaster, jadi adalah lebih baik saya membayar harga yang sama kepada saudaraku!
Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)