Suwaibit dan Nu’aiman adalah dua orang sahabat Baginda s.a.w yang kerap membuatkan Baginda s.a.w tertawa dengan kelakuan mereka yang melucukan.
Satu ketika kedua-dua sahabat ini pergi mengikuti Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a berniaga di Busra. Ketika itu, Nu’aiman membawa bekalan makanan. Lalu Suwaibit menyuruh Nu’aiman memberikan bekalan tersebut kepadanya untuk dimakan.
Nu’aiman memberitahunya bahawa dia akan mengeluarkan bekalan tersebut apabila Saidina Abu Bakar sampai kepada mereka. Suwaibit agak tidak puas hati disitu
Ketika itu, ada sekumpulan manusia datang berhampiran mereka. Suwaibit mengambil kesempatan dengan bertanya kepada mereka,
“adakah kamu hendak membeli hamba (Nu’aiman) daripadaku?”
Lalu kumpulan tersebut bersetuju untuk membeli hamba daripada Suwaibit, dan dia telah berpesan bahawa hambanya akan berkata,
“saya merdeka”.
Oleh itu, apabila dia berkata demikian, jangan peduli dan biarkan dia.
Lalu mereka membeli "hamba" Suwaibit itu dengan seekor unta muda. Suwaibit pun mengalungkan tali unta tersebut ke leher Nu’aiman. Lalu mereka pergi dengan membawa Nu’aiman dengan tali unta tersebut.
Nu’aiman segera berkata kepada mereka,
"aku adalah seorang merdeka, dan bukannya hamba."
Setelah itu, Suwaibit kembali menemui kumpulannya dan menceritakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar.
Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Suwaibit mengembalikan semula unta muda tersebut kepada sekumpulan manusia tersebut. Apabila cerita ini disampaikan kepada Nabi s.a.w, baginda tertawa kerana kelucuannya. Dan kisah ini menyebabkan Rasulullah S.a.w dan para sahabat tersenyum apabila diungkitkan tentang kisah ini selama setahun
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)