Abdullah Ibnu Ummi Maktum..
Namanya pertama kali aku dengar di dalam Usrah,
Sebelum ini surah Abasa sering kali dibaca, tanpa datang rasa terharu,
tapi saat ketahui akan kisahnya yang menyebabkan turunnya 16 Ayat dari
surah Abasa ,iaitu seorang manusia biasa yang tidak memiliki keupayaan
untuk melihat,maka tiap kali membacanya terbayang kasih sayang Allah
pada setiap hambanya tanpa mengira siapa orang itu.
Abdullah Ibnu Ummi Maktum,
adalah seorang yang BUTA,
Beliau adalah antara kelompok pertama memeluk islam,
tentu sahaja beliau antara orang yang menghadapi tekanan dari kafir Quraisy,namun beliau tabah menghadapinya..
Satu hari Saat Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh kepada
pembesar Quraisy, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta
dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran. Beliau meminta Rasullullah
membacakan ayat suci Al Quran kepadanya, reaksi Rasulullah ketika itu
adalah baginda Berpaling dan BerMasam Muka terhadap Abdullah,dan baginda
meneruskan dakwah baginda kepada pembesar Quraisy mengharapkan mereka
(pembesar) itu memeluk islam..
Maka turunlah ayat Suci al-Quran iaitu surah Abasa (1-16)
1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling.
2. karena telah datang seorang buta kepadanya .
3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
4. atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran lalu pengajaran itu memberi manfa’at kepadanya?
5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup
6. maka kamu melayaninya.
7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), (QS. 80:8)
9. sedang ia takut kepada (Allah)
10. maka kamu mengabaikannya.
11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Rabb itu adalah suatu peringatan.
12. maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya.
13. di dalam kitab-kitab yang dimuliakan.
14. yang ditinggikan lagi disucikan.
15. di tangan para penulis (malaikat).
16. yang mulia lagi berbakti.
Bayangkan,seorang yang buta,perhatikan sahaja orang yang buta hari
ini,bagaimana kita melihat mereka,tapi bagi Allah,hambanya SAMA sahaja..
Apa macam satu lagu dimana liriknya tertulis,
"Kita,sama sahaja bedanya cuma...amalan kita.." - yantzen insan
Walaupun beliau buta,beliau cuba untuk tidak terlepas dari sebarang
peperangan.. Menurutnya,dia buta mata maka sama sekali beliau tidak akan
lari dari peperangan,dan akhirnya beliau menemui syahid di dalam perang
menentang Parsi...
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)