Sesiapa perasan, jarang atau tidak banyak hadis hadis nabi Muhammad
s.a.w panjang berjela jela, bahkan kebanyakannya ringkas tetapi padat..
Rujuk sahaja kitab Hadis 40 imam Nawawi , 28 daripadanya adalah sangat
pendek , 12 daripadanya sederhana dan hanya 2 hadis yang boleh
dikatogerikan sebahgai panjang iaitu hadis kedua dan hadis ke 24 (dua
puluh empat)..
Menjawab
persoalan "kenapa" , aku sendiri tidak punya jawapan tepat, tetapi
sekadar pandangan aku sendiri, Nabi memudahkan proses pembelajaran para
sahabat ketika itu dengan hanya memberi ilmu melalui kata kata yang
ringkas akan tetapi punya pengertian yang luas..
Pengajaran
yang sewajarnya kita ambil adalah , sesuatu nasihat itu tidak perlu
panjangnya berjela jela sebagaimana status ni , sebolehnya jangan sampai
pembaca perlu klik "Continue reading" , cukup sahaja setakat "see more"
, sebab nasihat yang panjang belum tentu orang ambil peduli walaupun ia
mungkin berguna.. Kecuali , memang diperlukan penjelasan yang panjang
lebar tentang sesuatu perkara atau tentang cerita cerita.. Bukan sahaja
dalam tulisan,begitu juga dalam nasihat melalui lisan , tidak perlu
berjela jela,cukuplah seadanya ..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)