Sunday, February 16, 2014

Perlukah menangkap pasangan berzina ?

Sempena hari 'kekasih' 14 febuari lepas, mana mana portal berita aku baca kisah pegawai pegawai agama menyerbu hotel2 bajet menangkap pasangan yang bermaksiat (samada berdua duaan ataupun berzina).. Persoalan kenapa hotel bajet sahaja tetapi tidak hotel mewah aku ketepikan, cuma aku ingin membawa pembaca kepada satu persoalan,iaitu wajarkan tindakan pegawai agama tersebut?

Pasangan penzina tersebut telah menutup aib mereka dengan melakukan perbuatan keji mereka ditempat tertutup,apakah kewajaran pegawai agama membuka aib mereka dengan mengintip dan menangkap mereka? Bukankah tindakan ini memalukan mereka, juga boleh memberi aib kepada keluarga mereka? kemudian disebarkan pula dalam akhbar dan tv oleh golongan media,demi melariskan jualan akhbar mereka maka didedahkan aib peribadi muslim yang lain, ajaran islam mana pula itu?

Ada satu kisah di zaman Saidina Umar, dimana beliau telah mengintip rumah seorang lelaki yg berkelakukan tidak wajar , dan lelaki itu membantah tindakan saidina Umar, dan dia mengatakan bahawa dia telah melakukan satu kesalahan tetapi Saidina Umar melakukan 3 kesalahan iaitu salah satunya adalah mencari kesalahan orang lain (aib peribadi) .. Sedangkan itu dilarang oleh Allah ..

Imam Ghazali sebut jika ada orang berada didalam rumahnya dan kunci pintu rumahnya ,adalah dilarang orang lain mengintip semata untuk mencari kesalahan kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..

Titik..

Aku sama sekali tidak pertahankan tindakan zina dan maksiat mana mana pasangan keji itu, tindakan mereka adalah salah dan jika mereka tidak bertaubat,maka balasan yang berat akan dikenakan oleh Allah kepada mereka..

Pun begitu,Pegawai agama kita lebih cenderung menangkap dan mencari kesalahan orang yang sembunyi sembunyi melakukan maksiat tapi maksiat yang jelas depan mata, tidak pula diambil tindakan .. Aku sempat tengok satu drama di tv3 semasa makan di kedai makan khamis lepas, dimana pelakon lelaki dan wanita bersentuhan dan berpelukan di KHALAYAK ramai,si perempuan baring di peha si lelaki , itu bukan maksiat kah itu? MANA PERANAN PEGAWAI AGAMA MENCEGAH MAKSIAT TERBUKA INI?

Khamis lepas juga, aku berSMS dengan seorang kawan yang dari bidang syariah , aku cakap tentang kerjaya dan menasihati beliau JANGAN SAMA SEKALI BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI AGAMA DI JABATAN AGAMA ,kerana mereka hanya beri nama buruk kepada islam dan tidak sebenarnya melaksanakan amanah yang sepatutnya mereka jalankan..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)