Qoute "Berdakwah secara hikmah" seringkali disalah tafsir sebagai
"dakwah secara lembut" , sedangkan kalau menurut kamus pun, "Hikmah"
tidak bermaksud "Lembut" ..
Menurut Pusat rujukan Persuratan
Melayu, Hikmah itu bermaksud "Kebijaksanaan daripada Allah" ,
"Kecerdikan" dan tidak ada sama sekali mendefinisikan Hikmah sebagai
"lemah lembut"..
Kerana salah faham
terhadap maksud Hikmah, ramai orang yang sendiri mahu bikin bahasa
melebel orang yang berdakwah secara keras dan kasar sebagai tidak
hikmah..
Perlu jelas, maksud "Hikmah" dalam berdakwah adalah
"Bijaksana" dalam berdakwah, iaitu ada masa kita lemah lembut, ada masa
perlu keras dan tegas, ada masa perlu serius, dan ada masa boleh
bergurau.. Hikmah itu jika cara yang digunakan "kena pada tempatnya"
Bilamana "Hikmah" ini disalah faham sebagai lembut, maka berlakulah kelemahan dalam proses dakwah..
Analoginya, bayangkan orang yang didakwahkan itu sedang adalah seorang
yang tidur, dan dia harus bangun awal untuk solat subuh dan sekiranya
terlewat,maka terlepas waktu.. Dalam kalangan org yang sedang tidor ini,
ada yang automatik terjaga bila maksud waktu subuh, ada juga yang
terjadi bila dia terdengar pintu sebelah terbuka atau bunyi air di
dapur, ada juga yang hanya terjaga bila dikejutkan dengan jam loceng,
tidak kurang yang hanya terjaga hanya bila dicuitkan hidungnya.. Dan
lebih dasyat, atau yang hanya terjaga bila disepak terajang, padah main
DOTA hingga jam 4.59 pagi barangkali ..
Jadi kepelbagaian
sifat dan sikap inilah yang membolehkan kita mempastikan apa cara yang
perlu digunakan dalam berdakwah kepada mereka. Yang lembut,maka
lembutlah,yang keras dan kasar,maka keras dan kasarlah, tujuannya sama
sahaja iaitu melaksanakan "Amar Maaruf Nahi Mungkar" ..
Sebab
itu bila ada orang marah Ustaz Azhar kasar, aku meletakkan si pengkiritk
sebagai "bodoh" kerana Ustaz Azhar telah menggunakan hikmah dalam
menyebarkan dakwah dan usahanya berjaya bilamana berjaya memikat audien
mendekati majlis agama. Begitu juga Bila Muhammad Bin Abdul Wahhab serta
ibn Taimiyah yang keras terhadap ahli Bid'ah kerana hikmah mereka
berdepan dengan situasi masyarakat ketika itu ..
Wallaua'lam.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)