Saya mulakan dengan bismillah ..
Ketahuilah kalimah tauhid saya adalah "la ilaha illallah"
Selawat dan salam.. Kepada Rasulullah ..
Dengarkan kisah saya wahai saudara seagama Ku,
Saya rakyat Malaysia dan Islam adalah agama saya,
Anda mengatakan saya angkuh dan tidak reti bersyukur,
Anda mengelarkan saya pembangkang dan pencetus huru hara.
Boleh anda menjelaskan kepada saya apa kesalahan saya?
Adakah kerana meletakkan Quran sebagai petunjuk buat saya?
Anda propagandakan anda sebagai pejuang melayu islam,
Islam yg membenarkan si isteri untuk tidak bertudung dan menolak hukumnya,
55 tahun saya berada di bawah pemerintahan sekular,
Anda rompak,curi dan seleweng amanah rakyat,
Saya muslim sunni bukan yahudi bukan kristian,
Jadi jangan minta saya untuk memisahkan politik dari agama saya,
Ingatlah bahawa Quran itu perlembagaan kami,
Jangan pernah lupa bahawa Rasulullah teladan kami,
Dan jgn pandang ringan bila kami jadikan islam sebagai jalan hidup kami,
Ketahuilah bahawa kelak islam pasti akan menang..!
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)