Thursday, June 30, 2011

Lelaki Baik + Perempuan baik = Anak baik ...dan sebaliknya ................................. !! ehe

Assalamualaikum dan salam kebaikan ..

Ehe..

Hari ni,ingin berkongsi tentang apa yang penulis ikir sesuai untuk dikongsikan..

bunyinya beginia,untuk mendapat masa depan yang baik,kita perlu jadi baik baik ..

Orang yang baik pasti akan peroleh sesuatu yang baik..

InsyAllah kerjaya yang baik ... rakan yang baik baik...

Bila kerjaya baik,rakan rakan sekerja yang baik,tentu ada dalam kalangan yang baik baik itu perempuan/lelaki yang baik..

Jadi baik lah untuk dijadikan pasangan yang baik..

So bila si lelaki baik..perempuan baik..maka akan terhasillah anak yang dua kali baiknya ..

Cerah masa depan ....kih kih kih..

Tapi bila perangai sekarang tak baik ..bengong..

InsyAllah nanti akan berkawan dengan orang yang bengong bengong

Dalam ramai ramai kawan yang bengong itu..terdapat juga seorang lelaki/perempuan yang bengong.

Maka bersamalah 2 pasangan yang bengong..

Jadi..

Suami bengong + Isteri bengong = anak yang bengong kuasa 2....dop gitu?

Allah S.W.T ada  berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

So...demi masa depan yang baik untuk keluarga,masyarakat dan negara.... jom jadi baik baik belake ...

Take ur time to

Assalamaulaikum dan salam perkongsian..

Melalui sebuah group yang dinamai "kembara ilmu" yang dilolakan oleh seorang sahabt,penulis tertarik dengan satu perkongsian disana..bunyinya :

Ambillah waktu utk berfikir
Itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu utk berdoa
Itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu utk belajar
Itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu utk bersahabat
itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu utk memberi
Itu membuatkan hidup terasa bererti
Ambillah waktu utk bekerja
Itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu utk beramal
Itu adalah kunci menuju syurga.



Bagi penulis,sekiranya kita berjaya ambil waktu untuk semua yang dinyatakan ini,maka hampir sempurnalah hidup seorang muslim..

Amik la waktu untuk berfikir ... fikir tentang apa?aweks?no..no..no..no la der...perghhh..fikir sal aweks apa dapat ? Just fikit tentang kehidupan,fikir tentang kekuasaan yang Maha Pencipta ..

Teringat satu hadis yang bunyinya,sesaat berfikir akan kekuasaan Allah,adalah lebih baik dari ibadat sunat selama 60 tahun (wallahualam) ..so..let's thinks..fikir ...fikir..jadilah seorang PEMIKIR yang sentiasa berfikir..

Then,ambillah wktu untuk berdoa ..kerna Allah amat suka mendengar suara hambanya menimta sesuatu dari Nya .. Kalau kita minta sesuatu dari orang,manusia,tak tentu mereka gembira,tapi Allah amat sukee bila kita berdoa padaNya..

aMbik juga wktu untuk belajar .. menuntut ilmu ..wahyu Allah yang pertama kepada Nabi Muhammad adalah menyuruh kita menuntut ilmu,mencari ilmu .. ilmu itu adalah lebih baik dari beribadat (ilmu yang baik la) ..Bagaimana ilmu lebih baik dari beribadat?kerana ilmu yang memandu kita ke jalan Allah yang lebih dekat ..Teringat satu kisah,Tika Rasulullah nak pi masjid,baginda nampak sekor setan duk merayau rayau tengah runsing di luar surau,di dalam surau tu ada sorang sedang solat,dan sorang lagi duk tidur,RAsulullah pun tanya kenapa ko duk runsing ni ? jawabnya setan tu,

"Aku ingat nak ganggu solat si fulan ni,agar dia hilang khusyuk..dia ni mudah je bagi ak untuk disettlekan,ilmu dia kurang,tapi masalahnya ada sorang si fulan lagi duk tidur di tepi dia..aku bmbg bila aku ganggu yg solat ni,si fulan yg duk tidur ni terjaga lalu membetulkan solat orang yg solat ni"

Sebab itu ada hadis yang berbunyi "Tidur seorang yang berilmu itu lebih baik dari ibadah sorang yang kurang ilmu" ..So..blaja la..baru susah nak diganggu setan ..

Ambil juga waktu untuk bersahabat ..kerna Rasulullah juga bersahabat..

Sahabat is very important to all of us..sahabat orang yang membantu kita ..Penulis juga punya sahabat,yang memang betul betul,mengubah hidup dan cara hidup penulis ... ehe .. them make meeeee happyy ..hoho..

Take ur time to give ..memberi ..

Beri or dalam bahasa lain we sebut sebagai 'sedakah" ...perlu diingat, setiap harta yang kita miliki bukan milik asal kita..semua milik Allah,dan Allah maha pemurah berikan kepada kita..so apa salahnya untuk kita beri kepada orang lain juga,tidak rugi pun :) lagi Allah tambah rezeki :)

Then...amik masa tuk bekerja .. sebab islam amat menyeru penganutnya sepaya bekerja..jangan jadi pemalas .. Bila bekerja,insyAllah ada hasil..gunakannya untuk hidup sebahagiannya,dan sebahagian lain digunakan dijlan Allah ..

last but not least yang tertulis kat atas adalah amik wktu untuk beramal ...

Beramal tanda kesyukuran kepada Allah yang memberi kita akal untuk berfikir,lidah untuk berdoa,ilmu untuk belajar,teman untuk dijadikan sahabat,harta untuk disedekahkan,kudrat untk bekerja,dan ilmu untuk belajar...so,give thanks to Allah..beramallah :)

Satu penulis nak tambah adalah :

Take ur time to be fisabilillah ...ambik wktu untuk berjuang di jalan Allah ...Kerana itu adalah jalan hidup kita sebagai seorang mukmin yang sejati :)

Monday, June 13, 2011

SaHaBaT iTu SeJaTi

Assalamualaikum dan salam bersahabat.

Seingat penulis,dalam banyak banyak notes yang ditulis,tak pernah satu pun mengenai sahabat kan?urmmm..

Cmne leh terlintas nak tulis sal sahabat adalah,bila penulis buka phone tadi,baca sms sms dalam inbox,penuh dengan sms 'mutiara kata" mengenai sahabat,dan kawan..

Bila dibaca dan dihayati,terlintas satu perkara dalam kepada otak ni iaitu

''Persahabatan itu indah" ..

betul tak?

Orang cakap,(bukan penulis cakap) sahabat adalah antara orang yang lebih lagi rapat dengan kita berbanding family mahupun ehem...ehem..

Kadang kadang,orang suka luah masalah pada sahabat yang lebih memahami jiwa kita,yela la..lojik akal,sahabat kita biasanya seusia kita,pastinya lebih memahami jiwa kita,tapi ibu bapa tidak kurangnya ...

Jadi,memang tidak dapat dinafikan..sahabat itu memang penting untuk kita meneruskan hidup dan perjuangan.

( # penulis maksudkan sahabat yang tulin,bukan sahabat yang kawan bila senang lari bila susah,tapi sesungguhnya,untuk cari sahabat tulin tu payah sangat,dalam 100,ada la sorang,tapi alhamdulillah penulis dikurniakan beberapa sahabat yang tuliN,terutama yang bersama penulis dalam PEMIKIR dan yang jumpa melalui facebook juga tidak kurangnya sahabat yang baik dan memahami  ...love u..muah # )haha

Dalam perjuang Rasulullah juga,baginda dibantu oleh para sahabat yang tulin,yang sanggup berkorban untuk perjuangan mereka..Dan sesungguhnya sahabat sahabat Rasulullah adalah contoh sahabat yang terbaik...

Urmm..jika diamati,sahabat yang mempunyai persamaan dalam perjuangan itu lebih dekat dengan kita .. kan..kan..kan..

Penulis ingat satu kata kata mengenai ciri ciri sahabat yang baik ..begini bunyinya

"Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mencari kebaikan kita,tapi sahabat yang LEBIH BAIK adalah sahabat yang menegur kesilapan dan kesalahan kita" ~Hukama ..

Apa maksudnya?

Maknanya ada jenis sahabat yang baik tu,selalu je puji kita dengan kebaikan kita,ini jenis sahabat yang tidak mahu ambil risiko berlaku pergaduhan,dia nak pastikan persahabatan sentiasa terjalin dan tidak terputus..Pasti kita senang dengan dia..

Tapi untuk makluman semua,sahabat yang paling baik adalah sahabat yang menegur kesilapan kita,tapi yang begini sering kita salah anggap sahabat tu "sengaja cari kesalahan" kita..

....MMMMM....

Kita tak solat,dia pun tegur , sebab dia sayang kita la tu,tak nak kita dibakar api kelak..Tapi masalahnya,ramai antara kita sukar nak terima nasihat dan teguran rakan ...

Inilah masalah terbesar yang berlaku dalam dunia persahabatan ..

Tapi perlu diingat juga,dalam menegur sahabat,berpada padalah ...okeyh?nanti timbul masalah ..fahami juga masalah dia .... ehe

Apapun..nberuntunglah mereka yang berjaya memperoleh sahabat dan teman yang sejati... pastikan anda menjaga persahabatan itu ibarat anda menjaga harta yang paling berharga untuk korang...coz sahabat tulin amat mahal nilainya :)

Adios amigo..

Salam :)

NiKmAt hAsIl BeRjUaNg :)

ASsalamualaikum dan salam berkongsi ilmu..

Sering kita dengar sahabat sahabat kita,bila ditimpa masalah,datang musibah,impian tidak tercapai lagi,dan so on yang negatif,mereka mengeluh( kita pun 2x5)
Kita mungkin lupa,apa yang kita dapat,apa yang menimpa kita,sebahagian besarnya adalah hasil dari tindakan kita..Bila datang musibah gagal dalam exam,salah kita sebab tak banyak study,tapi kalau kita dah stdy,tapi gagal jugak,itulah cabaran untuk kita,kita perlu terus berusaha untuk maju ke depan..

Itu dalam kontek exam,tapi perjalanan hidup kita luas,bukan sekadar exam,ada lagi kerjaya,kejar impian dan sebagainya.

Kegagalan kita untuk mencapai apa yang diimpikan itu kita boleh bahagi kepada 2 iaitu seperti yang penulis nyatakan tadi,pertama kerna kita tidak berusaha..dan kedua kerna itu  Allah nak bagi sedikit ujian buat kita..

Allah nak bagi sedikit kesusahan buat kita..

Untuk apa Allah nak bagi kita susah sikit?

Kerana Allah nak kita BERJUANG untuk mendapatkan impian kita,cita cita kita,dan perjuangan kita ini Allah buatkan lebih sukar agar hasil yang kita bakal dapat itu,nikmatnya berkali ganda.

Ada orang yang berjaya dengan sikit usaha,mereka tidak berjuang,dan hasilnya juga tidak ada nikmat perjuangan..
Jadi,ntah apa apa penulis tulis diatas tu..kalau faham...fahamlah..apa yang dikonklusikan adalah

Tak perlu mengeluh bila datangnya cabaran,kerna dari cabaran itu wujudnya perjuangan..dan hasil perjuang itu adalah manis sangat...ehe

Hukum di dalam Islam :)

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)

Di dalam agama kita,iaitu islam,terdapat satu istilah yang dinamakan sebagai HUKUM ISLAM ..


Ia boleh lah diibaratkan seperti peraturan yang ada dalam agama kita iaitu terdiri dari HUkum WAJIB,HARAM,SUNAT,HARUS,dan MAKHRUH..

sama seperti peraturan yang kita belajar di dunia,misalnya di jalan raya bila berhadapan dengan lampu isyarat, bila nyala warna  MERAH , hukumnya HARAM jalan,bila KUNING,hukumnya MAKHRUH jalan,dan bila lampu warna HIJAU dinyalakan,WAJIB kita jalan(Biru tidak tersenarai,sorry ) ,sekiranya kita tidak mengikut peraturan ini,maka balailah jawabnya .. Then bayar denda..


(ps-yg HARUS jalan tu camne?ehe...kira macam nak kereta tengah malam,kul 3 PAGI  ke,takde kereta langsung malam tu,lampu merah tapi jalan je ...hahahha,tapi lau kena saman tanggung sendiri la ekk .. )

Tetapi kalau berkait HUKUM ISLAM/HUKUM ALLAH,kalau tidak ikut,fuuhh,neraka jawabnya (dengan izinNya)


Hukum islam atau lebih sedap sebutannya ialah HUKUM SYARAK dibahagi kepada 5 seperti yang penulis nyatakan tadi iaitu Hukum wajib,hukum haram,hukum sunat,hukum harus,dan hukum makhruh.


Hukum WAJIB adalah suatu perkara yang wajib dilakukan/dikerjakan oleh orang islam yang mukallaf (org islam yg telah dewasa,dan cukup syarat).Jika hukum ini dilaksanakan,maka akan peroleh ganjaran berupa PAHALA , akan tetapi,jika ditinggalkan,akan juga peroleh ganjaran iaitu tiket ke neraka berupa dosa (dengan izinNya)

Hukum WAJIB ini terbahagi kepada 2 iaitu fardu ain dan fardu kifayah ...


Fardu ain wajib dilaksakan oleh setiap orang islam yang mukallaf,dan diri sendiri menaggung dosa jika meninggalkannya ..misalnya solat 5 wktu,fasting di bulan ramadan,MENUNTUT ILMU,dan sebagainya ..


Manakala fardu kifayah iaalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mukallaf,tetapi jika sudah ada di kawasan itu oleh sebahagian orang islam,maka gugurlah dosa orang yang tidak melaksanakannya :)..Contohnya sembahyangkan jenazah dan kuburkan jenazah .. Understand ?? ehe


Hukum HARAM pula adalah sesuatu yang WAJIB DITINGGALKAN , bila kita tinggalkan yg haram,maka akan peroleh pahala,dan dapat dosa bila dikerjakan..contohnya berZINA,minum arak,mencuri,merokok dan sebagainya.. ada faham?ehe ... tak faham tanyalah ustaz di tv9..


Manakala hukum SUNAT pula adalah sesuatu perkara yang lebih baik dikerjakan tapi bila ditinggalkan tidak berdosa ... kira macam ibadah sambilan..kalau buat,dapat la pahala .. contohnya solat tawarikh(katanya ipin)solat rawatib,dan sebagainya :)

Hukum HARUS @ MUBAH  pula satu perkara yang boleh dikerjakan,atau ditinggalkan ..dua dua tak berdosa,dan tidak pula peroleh pahala...contohnya ialah ...... urmmm,pembaca tolong bagi contoh perkara harus yang lain,pennulis tak yakin ...haha..tapi wrasenya kalaua ada yang tolong bagi contoh,harus hukumnya..ehe

Last but not least adalah (bukan 'ialah',penggunakan' ialah' adalah untuk benda hidup sahaja,ehe...ajar bm kejap)hukum makhruh iaitu kalau kamu tinggalkan dapat pahala,tapi bila buat tak berdosa,misalnya makan petai,dan lain lain yang ada...


Jadi,kita (saya,kamu,awak,kami),sebagai muslim..as a muslim,untuk hidup dengan diredhaI Allah di muka bumi ini adalah,hiduplah berpandukan HUKUM ISLAM yang ditetapkan ...


Lagi pun,tadi kita ambil contoh,bila di jalan raya,untuk selamat,ikutlah peraturan jalan raya,kerna jalan raya tu bukan kamu yang punya ..Apatah lagi kamu semua ni,duduk di BUMI MILIK ALLAH ,jadi tak reti reti nak ikut hukum ALLAH? (BAGI YANG MASIH TAK RETI LA,YG DAH IKUT,ALHAMDULILLAH,ehe).

Kalau tak nak ikut hukum Allah,sila buat BUMI sendiri,Udara sendiri,makanan sendiri...jangan ambil yang Allah ciptakan,haa..baru adil untuk Allah dan kamu..SETUJU? Selagi tak buat bumi sendiri,selagi hidup di bumi Allah,hirup udara Allah,so,ikutlah Allah ...ada paham?ehe..

Wallahualam :)


Layari  www.tazkirahamar.blogspot.com  untuk notes yang lepas...follow lA juga kalau baik hati...ehe :) peace no war ...

Saturday, June 11, 2011

Nikah wehh .... ehe



Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Tengahari tadi kebetulan sempat menonton rancangan Iman Muda episod 8 yang berkait dengan alam perkahwinan..Tapi malangnya sempat lihat di 30 minit terakhir je,yang semasa para peserta iman muda jalani ujian praktikal,tidak kesempatan ..urmm..


Apapun,abaikan tentang peserta buat masa sekarang,kita pergi kepada bab ni deh ..
First of all,kita bicara sikit tentang definisi khawin / nikah ni..


Menurut buku pendidikan islam SPM , perkhawin adalah satu ikatan yang melibatkan 2 jantina berbeza iaitu lelaki dan perempuan yang akan menghalalkan untuk dua orang ajnabi ni bersentuhan,katanya ustazah masa penulis kecik kecik dulu,selagi tak ada ikatan,HARAM sentuh mana mana ajnabi yang berlainan jantina kecuali darurat .Ada rukunnya dan penulis rasa korang pi google je la....panjang sangat nak cerita,penulis hanya nak tekan bahagian HUKUM kahwin..


Ada 4 hukumnya iaitu HARAM kahwin,WAJIB kahwin,Harus kahwin dan Makhruh Kahwin..
Mari kita lihat secara sepintas lalu keempat empat hukum ini :


Haram Khawin: Tidak mampu dari sudut zahir(harta) dan batin serta berpotensi melakukan kezaliman terhadap isteri
Situasi ini sebagai contoh adalah : NaZAK(Bukan nama sebenar) ni adalah seorang pemuda yang tidak berkerjaya,makan minum mak bapak yang tanggung,kemudian ada penyakit lemah tenaga batin coz selalu merokok(menurut kajian,lelaki yang merokok akan menghadapi penyakit lemah tenaga dalaman dan luaran)..Jadi masalahlah dalam urusan rumah tangga lain...(??).Jadi kalau dia khawin dengan Latantuya (bukan nama sebenar) ,maka setiap hari hanya makan meggie dan air masak..Dan
 

Jadi HARAM hukumnya untuk dia khawin...

Wajib Khawin: Mampu dari sudut zahir dan batin serta bimbang akan melakukan zina jika tidak berkhawin.

Situasi sebagai contoh: Akhil adalah seorang lelaki berkerjaya yang berpendapatan cukup untuk menyara lebih dari dirinya , Akhil juga sihat batinnya (tidak rugi tidak merokok),dan Akhiljuga dibimbangi akan dekat kepada zina kalau tidak berkahwin kerana sudah menjadi lelaki dewasa.(??)
 

Jadi WAJIB untuk nya berkahwin dan mendirikan rumah tangga (2x5)

Harus Khawin:Mampu dari sudut zahir dan batin


Situasi sebagai contoh :Anwar seorang lelaki berumur 27 tahun yang berkerja dan mampu untuk memenuhi kewajiban sebagai ketua keluarga dan suami.Tapi walaupun tidak berkahwin,tetap jauh dari perkara maksiat..Maka hukumnya harus ..


Makhruh khawin:Kurang berkemampuan dari sudut zahir tetapi batin lebih lebih ..haha,camne tu?


Situasi sebagai contoh: Khairy ni tak bekerja,tapi sebab tak merokok,maka tubuh badannya sihat ..Dan berkeinginan untuk berkahwin..Maka hukumnya Makhruh..Sebabnya dia nak bagi bini dia makan apa?meggie?best gak...wakakaka...

Jadi kalian rasa kalian di bahagian mana?haha..Penulis sendiri baru 20,so lambat lagi....10 tahun
lagi..wakakkaka....insyAllah ..


Lapi perkara tentang perkahwinan akan dibincangkan kelak seperti ciri ciri yang patut ada pada bakal pasangan,orang yang haram dinikahi,dan sebagainya..InsyAllah..

ps-Penulis tidak merokok...hahhahaha...

Korang nak mati camne ? gitu ke gini ? ehe

Assalamualaikum dan salam menghadapi kematian ..
Penulis tertarik dengan satu isi ceramah oleh seorang ustaz di Besut berkenaan mati tidak lama dahulu..

Sebelum tu,sedikit penulis nak beritahu,bahawa setiap hari,setiap langkah kita ada menuju kematian .. maknanya,tak kiralah hari ini or esok or tahun depan or 100 lagi,tiap kali kita melangkah,semakin hampir kita dengan kematian..FAHAM? ehe .

oKEYH..Berbalik kepada ceramah ustaz tadi,katanya beliau,BILA kita mati,dan DIMANA kita mati,itu semua kerja Allah,kita tidak tahu semua itu...Tetepi CARA kita mati ...Itu atas kita..
Mahu mati dalam keadaan baik/mulia,mahupun mati di jalan raya lepas terlanggar lori najis kerna tak sempat nak brek lepas dikejar polis krna merempit.

Ustaz tu cakap,orang mukmin,semahunya mati dalam keadaan ingin berbuat kebaikan,mati tika solat,tika sujud,tika berwuduk..Sebab tu l;a sentiasa berdoa agar Allah matikan dia dalam keadaan baik ..

Tapi jenis manusia tak beriman pulak,yang langsung tak fikir mati,mungkin mati atas jalan raya kerna merempit,atau pun mati semasa bermaksiat/zina ..

Sebaiknya,kita jangan fikir, "Bila la aku mati..bila la aku mati" , tapi patut fikir, "camne la aku mati...camne la aku mati....takut juga mati dalam keadaan mengaibkan .... wooorrhhh.."

Oleh itu,barulah kita akan sentiasa takut untuk buat maksiat coz bimbang mati anytime ..ehe..
setakat itu perkongsian penulis hari ini..jika ada salah silap dalam notes ni..tegur tegurlah..kadang kadang x kena juga penulisan.

.Penulis hanya berkongsi apa yang penulis tahu yang penulis ambil panduan dari kuliah kuliah yang penulis dengar ... hehe..salah silap..mohon dimaafkan :p

SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATI.....HI HI HI

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)

Solat memang sudah tidak asing kepada orang islam (yang bersolat la,bagi yang tak pernah solat..memang la sentiasa asing bagi mereka),

Perlu diingat solat adalah perintah Allah yang paling utama dan istimewa,kerana kalau diingatkan semula,perintah solat ni secara langsung dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW  tanpa perantaraan malaikat jibrail as..iaitu masa peristiwa isra' mikraj..kan..kan..kan (kalau saya salah,perbetulkan ) :)

Solat ni adalah satu ibadat kita menyembah Allah,atau dari sudut istilahnya adalah perbuatan ibadat yang ucapan dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam :)

Ada 5 senarai solat WAJIB iaitu solat subuh,zuhur,asar,maghrib,dan isya' ..

Kalau tinggal mana mana satu dengan sengaja...dosalah jawabnya .. :(

Dalam notes ni,penulis sekadar boleh berkongsi syarat syarat solat , yang lain belum mampu lagi buat penulis ...aci deh? ehe

Antara syaratnya :

1:Beragama islam :

Iaitu kita lah,iaitu manusia yang mengucap syahadah yang mengakui tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..Kalau yang tidak berpengang pada kalimah ini,maka tidak boleh solat ..

Maka beruntung lah kita yang boleh solat dan isnyAllah diterima Allah solat kita .. Kalau kita yang beragama islam ni tak reti nak solat juga,tak solat juga,maka tiada bezalah dengan si kafir  yang tidak berpengang kepada kalimah syahadat itu atau kalau mahu perumpamaan yang lebih dasyat,..Juga tiada beza juga kita dengan lembu dan kerbau yang turut sama tidak solat .. :) ehe ... fuh ..,teringat dulu time bagi tazkirah kat pelajar ,penulis guna ayat "kalau tak solat,sama je kita dengan beruk,kerana beruk tak solat,kita tak solat,anak beranak beruk la kan" then ada satu hari ada kem dimana ada satu slot  yang nak jeng jengjengkan  penulis,budak budak guna isu ni untuk jatuhkan aku ..haha.cari la isu lain....n ada juga yang hantar sms marahkan penulis coz guna istilah beruk dalam surau,entah la,tapi itu perumpamaan je..pelik juga,time kata "beza antara kafir dan islam adalah tak solat" takde pulak yang marah .. padahal istilah kafir tu lebih teruk dari beruk ..haha ..satu kes penulis guna perkataan "gila babi" , iaitu tiru ayat sorang ustaz fames dari Trg, penulis cakap "kalau main bola tiap tiap petang nak isi masa lapang,itu namanya hobi,tapi kalau pagi petang siang malam,pagi petang siang malam duk main bola,tapi tak solat,itu bukan hobi,itu gila babi ... ramai yang terguris,sebab guna perkataan "babi" dalam surau,tapi penulis sebut "bahawa penyakit selsema babi" xde pula yang marah ...wahaha..pelik ...kih kih kih ..bukan kata tak puas hati,sajer je penulis nak citer untuk gtaw begini pemikiran sesetengah orang yang tak dapat terima ...makan cili kot ...tapi last last,penulis buat ucapan maaf terbuka pada semua atas kekasaran ... skrg ok je lake...bukan semua,hanya sebahagian..

2:Baligh dan berakal :

Baligh ni macam dah cukup umur,kalau lelaki bila dah mimpi (katanya ustazah dulu),dan kalau perempuan datangnya 'kepala '(dalam bahasa inggeris kita sebut head,dieja dalam BM haid). Bila dah tiba saat gini,kalau tak solat juga,maka tanggunglah dosa.. HUKUMNYA DAH WAJIB teman teman ...Tapi Nabi dulu ajar anak baginda solat diawal usia 7 tahun,dan kalau 10 tahun kalau tak solat juga,rotanlah dia ... :) Tapi mak bapak sekarang,katakan nak rotan anak,kalau cikgu rotan anak pun dia serang cikgu tu...sampai bila anak nak diajar ... perghh ..

Berakal ni maknanya tidak gila la...siuman ... tahu bezakan yang mana salah dan betul,dosa dan pahala..ada fahams?ehe

3:Suci dari hadas kecil dan hadas besar :

Hadas kecil ni kalau kita tiada wuduk,dan dalam keadaan 'bersih' dalaman iaitu camne ea nak cerita...urmm,kamu tak dalam keadaan berhadas besar la seperti dalam keadaan haid,atau yang lelaki,dah mandi wajib...urmm..betul ke......faham faham je la ..Jadi untuk suci dari hadas kecil,berwuduklah ..

Yang pentingnya hadas besar , kalau ada hadas,yang perempaun,kalau dah cukup masa,maka mandi wajiblah,dan baru leh solat...lau lelaki,mandi lah 5 kali sehari pun,wajib tiap masa solat bila sampai waktu ..ada paham? urmmm ..cam x kena je penjelasan ni ... tak pe la...check google .. :)

4: Suci badan,pakaian dan tempat solat

Bersihkan luaran  juga :)

5:Mengetahui yang mana rukun dan yang mana bukan rukun.

Yang rukun tu,wajib la buat cam niat ,berdiri bagi yang berkuasa,takbiratulihram,baca al fatihah,rukuk dgn tuma'ninah,iktidal dengan tuma'ninah,sujud dgn tuma'ninah,duduk antara 2 sujud dgn tuma'ninah,duduk tasyahud akhir dgn tumaninah,baca tasyahud akhir,baca slwt ke atas nabi si tasyahud akhr,baca salam yang pertama dan tertib..Ini rukun,tak buat tak sah,kalau yang sunat tu (selain dari yg ni dalam solat) itu sunat,jangan pulak yang sunat korang wajibkan,yang rukun ditinggalkan ... Macam puasa,korang bila bulan puasa tak puasa,tapi beli buah kurma nak makan untuk pahala sunat...ada ke patut ..jangan makan kurma..makan pelepah kurma la ..bukan gitu? ehe

6:Menutup aurat ":

Sewajibnya semasa solat,tutup aurat ... kalau di luar solat pun,tutup gak aurat ..jangan masa solat je pakai telekung,lepas solat free hair ... masa solat pakai seluar panjang,lepas solat pakai boxer main bolA, ..huh.

7:Mengadap kiblat ..

Jika tahu arah kiblat...maka mengadaplah kiblat..tapi kalau tak tahu,anda ditempat yang asing,maka solatlah arah mana pun,tetap sah (wallahualam,tapi leh try tnya ustaz untuk kepastian)

8:Masuk waktu solat :

Yang ni syarat penting nak solat,jangan la korang solat sebelum waktu ....tak betul la tu,kecuali jamak (jika dalam keadaan yang membenarkan)..Tak lojik akal solat subuh kul 11 malam sebab bimbang tak jaga pagi esok ...ehe

Jadi,tepuk dada tanya diri kamu,cukup tak syarat ni?kalau cukup ....solat la ... jangan jadi macam ______________________ (isi tempat kosong) ..ehe

Layari www.tazkirahamar.blogspot.com untuk notes lepas .. follow la juga ekk :)

Terima kasih sudi baca...sampaikan walau sepotong ayat :)