Thursday, February 20, 2014

Kenapa hadis Nabi pendek dan ringkas?

Sesiapa perasan, jarang atau tidak banyak hadis hadis nabi Muhammad s.a.w panjang berjela jela, bahkan kebanyakannya ringkas tetapi padat.. Rujuk sahaja kitab Hadis 40 imam Nawawi , 28 daripadanya adalah sangat pendek , 12 daripadanya sederhana dan hanya 2 hadis yang boleh dikatogerikan sebahgai panjang iaitu hadis kedua dan hadis ke 24 (dua puluh empat)..

Menjawab persoalan "kenapa" , aku sendiri tidak punya jawapan tepat, tetapi sekadar pandangan aku sendiri, Nabi memudahkan proses pembelajaran para sahabat ketika itu dengan hanya memberi ilmu melalui kata kata yang ringkas akan tetapi punya pengertian yang luas..

Pengajaran yang sewajarnya kita ambil adalah , sesuatu nasihat itu tidak perlu panjangnya berjela jela sebagaimana status ni , sebolehnya jangan sampai pembaca perlu klik "Continue reading" , cukup sahaja setakat "see more" , sebab nasihat yang panjang belum tentu orang ambil peduli walaupun ia mungkin berguna.. Kecuali , memang diperlukan penjelasan yang panjang lebar tentang sesuatu perkara atau tentang cerita cerita.. Bukan sahaja dalam tulisan,begitu juga dalam nasihat melalui lisan , tidak perlu berjela jela,cukuplah seadanya ..

Wednesday, February 19, 2014

Abdullah Ibnu Ummi Maktum..

Abdullah Ibnu Ummi Maktum..

Namanya pertama kali aku dengar di dalam Usrah,
Sebelum ini surah Abasa sering kali dibaca, tanpa datang rasa terharu,
tapi saat ketahui akan kisahnya yang menyebabkan turunnya 16 Ayat dari surah Abasa ,iaitu seorang manusia biasa yang tidak memiliki keupayaan untuk melihat,maka tiap kali membacanya terbayang kasih sayang Allah pada setiap hambanya tanpa mengira siapa orang itu.

Abdullah Ibnu Ummi Maktum,
adalah seorang yang BUTA,
Beliau adalah antara kelompok pertama memeluk islam,
tentu sahaja beliau antara orang yang menghadapi tekanan dari kafir Quraisy,namun beliau tabah menghadapinya..

Satu hari Saat Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh kepada pembesar Quraisy, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran. Beliau meminta Rasullullah membacakan ayat suci Al Quran kepadanya, reaksi Rasulullah ketika itu adalah baginda Berpaling dan BerMasam Muka terhadap Abdullah,dan baginda meneruskan dakwah baginda kepada pembesar Quraisy mengharapkan mereka (pembesar) itu memeluk islam..

Maka turunlah ayat Suci al-Quran iaitu surah Abasa (1-16)

1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling.
2. karena telah datang seorang buta kepadanya .
3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
4. atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran lalu pengajaran itu memberi manfa’at kepadanya?
5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup
6. maka kamu melayaninya.
7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), (QS. 80:8)
9. sedang ia takut kepada (Allah)
10. maka kamu mengabaikannya.
11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Rabb itu adalah suatu peringatan.
12. maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya.
13. di dalam kitab-kitab yang dimuliakan.
14. yang ditinggikan lagi disucikan.
15. di tangan para penulis (malaikat).
16. yang mulia lagi berbakti.

Bayangkan,seorang yang buta,perhatikan sahaja orang yang buta hari ini,bagaimana kita melihat mereka,tapi bagi Allah,hambanya SAMA sahaja.. Apa macam satu lagu dimana liriknya tertulis,

"Kita,sama sahaja bedanya cuma...amalan kita.." - yantzen insan

Walaupun beliau buta,beliau cuba untuk tidak terlepas dari sebarang peperangan.. Menurutnya,dia buta mata maka sama sekali beliau tidak akan lari dari peperangan,dan akhirnya beliau menemui syahid di dalam perang menentang Parsi...

Tuesday, February 18, 2014

Dakwah : Antara lembut dan kasar..

Qoute "Berdakwah secara hikmah" seringkali disalah tafsir sebagai "dakwah secara lembut" , sedangkan kalau menurut kamus pun, "Hikmah" tidak bermaksud "Lembut" ..

Menurut Pusat rujukan Persuratan Melayu, Hikmah itu bermaksud "Kebijaksanaan daripada Allah" , "Kecerdikan" dan tidak ada sama sekali mendefinisikan Hikmah sebagai "lemah lembut"..

Kerana salah faham terhadap maksud Hikmah, ramai orang yang sendiri mahu bikin bahasa melebel orang yang berdakwah secara keras dan kasar sebagai tidak hikmah..

Perlu jelas, maksud "Hikmah" dalam berdakwah adalah "Bijaksana" dalam berdakwah, iaitu ada masa kita lemah lembut, ada masa perlu keras dan tegas, ada masa perlu serius, dan ada masa boleh bergurau.. Hikmah itu jika cara yang digunakan "kena pada tempatnya"

Bilamana "Hikmah" ini disalah faham sebagai lembut, maka berlakulah kelemahan dalam proses dakwah..

Analoginya, bayangkan orang yang didakwahkan itu sedang adalah seorang yang tidur, dan dia harus bangun awal untuk solat subuh dan sekiranya terlewat,maka terlepas waktu.. Dalam kalangan org yang sedang tidor ini, ada yang automatik terjaga bila maksud waktu subuh, ada juga yang terjadi bila dia terdengar pintu sebelah terbuka atau bunyi air di dapur, ada juga yang hanya terjaga bila dikejutkan dengan jam loceng, tidak kurang yang hanya terjaga hanya bila dicuitkan hidungnya.. Dan lebih dasyat, atau yang hanya terjaga bila disepak terajang, padah main DOTA hingga jam 4.59 pagi barangkali ..

Jadi kepelbagaian sifat dan sikap inilah yang membolehkan kita mempastikan apa cara yang perlu digunakan dalam berdakwah kepada mereka. Yang lembut,maka lembutlah,yang keras dan kasar,maka keras dan kasarlah, tujuannya sama sahaja iaitu melaksanakan "Amar Maaruf Nahi Mungkar" ..

Sebab itu bila ada orang marah Ustaz Azhar kasar, aku meletakkan si pengkiritk sebagai "bodoh" kerana Ustaz Azhar telah menggunakan hikmah dalam menyebarkan dakwah dan usahanya berjaya bilamana berjaya memikat audien mendekati majlis agama. Begitu juga Bila Muhammad Bin Abdul Wahhab serta ibn Taimiyah yang keras terhadap ahli Bid'ah kerana hikmah mereka berdepan dengan situasi masyarakat ketika itu ..

Wallaua'lam.

Pengajaran dari Quran : Surah Maryam (23-25)

Gambar penghias sahaja :)
Dalam surah Maryam, diceritakan kisah saat kelahiran nabi isa, Ibunya Maryam mengasingkan diri dan berada di bawah pokok kurma,bersedih mengingatkan nasibnya , lantas kemudian jibril datang dan menyuruh Maryam goyangkan pangkal pokok kurma itu kearahnya lalu jatuh lah buah kurma itu..

Hikmah dari kisah ini,kita timbulkan persoalan kenapa Allah suruh (melalui jibril) Maryam goyangkan pangkal pokok kurma itu saat beliau menderita mengandungkan seorang anak lelaki, bukankah kalau Allah mahu,boleh je Allah beri tanpa Maryam usahakan apa apa..

Kisah lain, siapa ingat kisah nabi Musa belah lautan , kenapa Allah suruh Nabi Musa pukul lautan pakai tongkat kenapa tidak Allah belah je terus masa nabi Isa dan pengikutnya sampai?

Kat sini kita boleh faham Allah mahu kita BERUSAHA walaupun sedikit untuk mendapatkan sesuatu.. Kita tidak boleh harap makanan jatuh dari langit atau masalah kita semuanya nak diselesaikan oleh Allah cukup dengan berdoa, usaha harus ada..

Sunday, February 16, 2014

Perlukah menangkap pasangan berzina ?

Sempena hari 'kekasih' 14 febuari lepas, mana mana portal berita aku baca kisah pegawai pegawai agama menyerbu hotel2 bajet menangkap pasangan yang bermaksiat (samada berdua duaan ataupun berzina).. Persoalan kenapa hotel bajet sahaja tetapi tidak hotel mewah aku ketepikan, cuma aku ingin membawa pembaca kepada satu persoalan,iaitu wajarkan tindakan pegawai agama tersebut?

Pasangan penzina tersebut telah menutup aib mereka dengan melakukan perbuatan keji mereka ditempat tertutup,apakah kewajaran pegawai agama membuka aib mereka dengan mengintip dan menangkap mereka? Bukankah tindakan ini memalukan mereka, juga boleh memberi aib kepada keluarga mereka? kemudian disebarkan pula dalam akhbar dan tv oleh golongan media,demi melariskan jualan akhbar mereka maka didedahkan aib peribadi muslim yang lain, ajaran islam mana pula itu?

Ada satu kisah di zaman Saidina Umar, dimana beliau telah mengintip rumah seorang lelaki yg berkelakukan tidak wajar , dan lelaki itu membantah tindakan saidina Umar, dan dia mengatakan bahawa dia telah melakukan satu kesalahan tetapi Saidina Umar melakukan 3 kesalahan iaitu salah satunya adalah mencari kesalahan orang lain (aib peribadi) .. Sedangkan itu dilarang oleh Allah ..

Imam Ghazali sebut jika ada orang berada didalam rumahnya dan kunci pintu rumahnya ,adalah dilarang orang lain mengintip semata untuk mencari kesalahan kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..

Titik..

Aku sama sekali tidak pertahankan tindakan zina dan maksiat mana mana pasangan keji itu, tindakan mereka adalah salah dan jika mereka tidak bertaubat,maka balasan yang berat akan dikenakan oleh Allah kepada mereka..

Pun begitu,Pegawai agama kita lebih cenderung menangkap dan mencari kesalahan orang yang sembunyi sembunyi melakukan maksiat tapi maksiat yang jelas depan mata, tidak pula diambil tindakan .. Aku sempat tengok satu drama di tv3 semasa makan di kedai makan khamis lepas, dimana pelakon lelaki dan wanita bersentuhan dan berpelukan di KHALAYAK ramai,si perempuan baring di peha si lelaki , itu bukan maksiat kah itu? MANA PERANAN PEGAWAI AGAMA MENCEGAH MAKSIAT TERBUKA INI?

Khamis lepas juga, aku berSMS dengan seorang kawan yang dari bidang syariah , aku cakap tentang kerjaya dan menasihati beliau JANGAN SAMA SEKALI BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI AGAMA DI JABATAN AGAMA ,kerana mereka hanya beri nama buruk kepada islam dan tidak sebenarnya melaksanakan amanah yang sepatutnya mereka jalankan..

Saturday, February 15, 2014

Kisah Palsu saat kelahiran nabi ? cinta nabi atau zalimi nabi..

Khutbah jumaat 14/02/2014 bertajuk "Cinta kepada Rasulullah"

Tajuk baik, isi pun ok , cuma permulaan khutbah dimulakan dengan kisah yang dhaif bahkan bertaraf mauduk (palsu) tentang sejarah kelahiran nabi, persoalannya...

"Bagaimana cinta dapat dipupuk jika kita tidak berusaha utk menyebarkan kisah yang benar benar sahih tentang nabi kesayangan semua?"

Khatib memulakan khutbah dengan bercerita peristiwa ajaib yang berlaku saat ibu nabi mengandungkan nabi dan saat kelahiran nabi seperti Siti Aminah nampak cahaya cerah sehingga ke Istani Kisra, Api di parsi terpadam sedangkan kisah itu,tidak ada asas walaupun ia masyur, ia tidak pelik kerana banyak kisah yang MASYUR tapi sebenarnya ia palsu..

Banyak sebenarnya kisah palsu disebarkan dengan tujuan nak besarkan nabi tapi malangnya, ia tidak disemak kebenarannya, bahkan enggan menerima hakikat nabi lahir sebagaimana manusia biasa,Nabi kita hebat bukan kerana mukjizat dan kisah ajaib yang berlaku kepada baginda, tetapi mulia dan agung kerana misi dan perjuangan baginda menyebarkan dakwah ISLAM..Nabi juga dimuliakan kerana akhlak dan sikap nabi,tidak berbohong dan jujur sehingga digelar al-amin..

Nabi suruh kita menyintainya,namun bukan berbohong tentang dirinya atas nama CINTA.. Cinta pada Nabi yang patut disuburkan ialah dengan menghidupkan usaha mempelajari sunnah Nabi yang sebenar,Menceritakan sesuatu yang bunyinya hebat dan ajaib, tetapi tanpa sumber yang boleh dipercayai, itu tindakan ZALIM terhadap Rasulullah..