Thursday, August 30, 2012

Tidak solat punca pernceraian !

Sangat sangat benar.. Orang terdekat dari aku sendiri adalah "mereka"..

Bila solat pun tidak ia sekaligus memunjukkan makhluk itu tidak berdisiplin dan bagaimana bisa org yang tidak punya disiplin mampu menjaga keharmonian rumah tangga..

Solat itu bukan hanya ibadah,tapi ia merupakan salah satu cara melatih diri berdisiplin dan juga memberi tubuh badan yang sihat..

Org yg gagal untuk melaksanakan solat 5 rakaat sehari itu tidak selayaknya lagi bergelar suami apatah lagi bergelar bapa..


Kalau ada suara sumbang cakap "org kafir tak solat ramai juga bahagia rumah tangganya"..

Jawab je "bahagia dunia akhirat ke?"

Secara kesimpulannya :Salah satu tip keharmonian rumah tangga adalah dgn menajga solat ;)

Ciri ciri perempuan yang hodoh!


Perempuan yang hodoh akan menggedik dengan lelaki,
 
Perempuan 
yang hodoh akan suka membuka auratnya,

Perempuan 
yang hodoh akan mula make up tebal-tebal,

Perempuan 
yang hodoh akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,

Perempuan 
yang hodoh akan merasakan dirinya paling 'cute', 

Perempuan 
yang hodoh akan rasa diri dia paling ramai peminat,..

Anda tergolong? 

Haha..

Kalau Cantik mengedik itu perkara yg hina baginya,
Kalau cantik pasti aurat ditutup supaya mahal harganya,
Kalau cantik make-up itu tidak perlu,
Kalau cantik gambarnya adalah untuk mahram sahaja..
Kalau cntik mmg akan rasa dirinya cantik lah,xde cuit cuit..Ko ingat kucing je main kiut kiut..

Last skali... kah kah kah 

Wednesday, August 29, 2012

Dialog tiga Ultraman: hudud



Ultraman Cosmos: Eaii..takutnya aku hukuman sebat dan penjara bagi perogol..Mesti sakit tuh..

Ultraman Mebius : Ala nak takut apa kalau kau tak buat salah,jangan merogol takde lah kena rotan kena penjara..Itu baru hu
kum dunia kalau ko buat jenayah tu,akhirat belum lagi.

Ultraman Zero : Betul betul betul. Kalau kita tak buat salah apa nak takut?

Ultraman Cosmos : Betul juga tu,tapi kenapa ada orang yang tak suka hukum islam terlaksana yea?Kalau tak buat salah bukan kena apa apa pun,dengki sangat dengan hukum Allah itu..Aku tahu bukan kewajiban untuk melaksanakan dalam kontek situasi hari ini,cuma kenapa ada yang lantang menentang ,dan mereka dalam kalangan islam sendiri?

Ultraman Mebius : Aku pun tak tahu lah manusia nih,mungkin hati mereka busuk sangat untuk menerima hukum Allah kot..Tak pun sebab mereka tahu mereka ada buat jenayah tu,sebab tu mereka takut..

Ultraman Cosmos: Emm,Zero,apa pandangan ko?

Ultraman Zero : Entah lah.. Mungkin betul cakap mebius tuh,mereka buat salah sebab tu takut,bagi orang kafir,mereka dengki je dengan kesempurnaan hukum islam..

Ultraman Mebius: Kita harap kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka..

Ultraman zero dan cosmos : Amin .. Amin Ya Allah..Aku takut api nerakaMu ..

Cara elakkan fb dari di Hack oleh Hacker (yela,xkan kambing pula nak hack kan) hehe

Dalam news feed aku kira2 3,4 org rakan FB kena hack..Mungkin ini trend skrg meng'hack' fb org..harap semua jaga2 ... :)

Tapi apa langkah utk elak dari dihack yea ??

Ginim :
1.Kawal security setting kita, hanya benarkan friends sahaja yang boleh melihat maklumat diri dan gambar-gambar kita.

2.Jangan berkongsi atau memberitahu password akaun Facebook kita kepada orang lain termasuklah kawan-kawan, adik-beradik atau pun kekasih hati.

3.Jangan letakkan email, nombor telefon dan alamat rumah kita.

4.Jangan terima rakan facebook yang tidak dikenali, hanya yang memang kenali atau yang kita percaya sahaja yang confirm menjadi salah seorang friends kita.

5.Gunakan password yang kuat (combination abjab dan number)dan jika rasa dihack tukar semula password yang berlainan.

6.Pilih gambar yang betul-betul sesuai untuk di upload kedalam album facebook kita.

7.Berfikir dahulu sebelum hendak klik apa-apa link yang di post di dalam facebook kita

8.Block member yang kita rasa tidak selamat akan maklumat yang ada di dalam facebook kita

9.Pastikan kita telah benar-benar log out akaun facebook kita terutamanya apabila kita menggunakan komputer awam atau public.

Rachel corrie.. Non Muslim penegak keadilan rakyt Palestine



Dia bukan muslim!

Dia seorg kristian berbangsa inggeris.
Dia bukan juga rakyat Palestine!
Tapi dia bangsa Amarika yang punya hati dan kemanusiaan..

Matinya dia bertemu tuhan,

Tika usia 23 tahun..

Kerna dipijak dgn sengaja oleh Bulldozer Israel,

Ketika beliau pertahankan tanah rakyat Palestine ..

Teringat satu hadis ttg akhir zaman yg menyebut ada satu ketika umat islam x ambil peduli ttg kesengsaraan saudara2 mereka,Allah akan pilih org kafir untuk bantu islam.. (tapi aku x leh pastikan hadis ni sahih atau palsu,cuma ak berani post sebab ia xde kaitan akidah,kalau salah gtaw larh)

Tuesday, August 28, 2012

Menjawab "membangun umat beragenda"

Kalau kita baca (kalau) surah al hujurat ayat 10,ia bermaksud   "Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara".

Baca dah?

Ce fikir fikir molek kenapa Allah sebut "Orang orang mukmin" dan bukan Allah sebut "Orang orang islam" ?

Agak agak kenapa yea?

Pada aku adalah kerna bukan semua semua orang Islam itu beriman kepada Allah dgn sepenuhnya..

Mereka solat,puasa,mengaji dan beribadah tp itu tidak bermakna "lengkap" iman mereka..

Sebab dalam islam,utk melengkapkan iman ada 3 syarat iaitu pertama kita kena PERCAYA, dari apa yang kita percaya kita kena MENGAKUI/MEMBENARKAN dengan LISAN,dan last sekali kita kena BERAMAL!



Jadi aku Off topik atas dan aku nak buka satu topik orang yang beragenda mahukan "umat 'islam' bersatu padu".

Hujah mereka bila buka blog atau bila berhujah dgn mereka,mereka guna ayat yang sama aku beri kat atas iaitu "Sebenarnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."..

Jadi adakah kedua dua pecahan umat islam ini adalah org org "Mukmin"/org yg beriman sepenuhnya kepada Allah?Dari segi akidah iaitu beragama islam,betul kita still bersaudara,tp menggunakan hujah ayat tersebut iaitu damaikan antara keduanya itu saya kira tidak sesuai..kerna apa?

Biar Quran menjawab "“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami),jika kamu memahaminya”.
Faham ke dok? haha

Akhowat Gedik

Akhowat gedik~ wanita yang suka post pasal jodoh, tulang rusuk, ayat-ayat chenta dan yang sewaktu dengannya
 

via Fakhrul Ezam
 

Kata biar terasa kan? Bila terasa timbul kesedaran dari kesedaran timbul keinsafan,dari keinsafan insyAllah tak buat lagi ^_^

Aurat kita maruah cucu kita :)

Aurat saya maruah saya!

Erk..Bukan sahaja "maruah saya" boh, aurat kita maruah mak bapak kita,keluarga kita keturunan kita.. Bila buka aurat post dalam fesbuk,100 tahun akan datang cucu kita terjumpa
gambar kita dalam fesbuk sambil buka aurat..Tepuk dahi dia .. "Oh,My nenek"

Sunday, August 26, 2012

Gila bola bangang bola..

Percaya atau tidak peminat fanatik bola sepak lebih banyak mendoakan kemenangan pasukan kegemarannya dan mengutuk pasukan lawan berbanding mendoakan kemenangan perjuangan islam dan mengutuk kezaliman kuffar terhadap saudara saudara kita di Palestine,Syria dan banyak negara lagi ^_~

Mung salah aku betul.. haha

Kelakar bilamana insan dari jemaah islam yang bukan badan politik kata dan kondem apa yg berkaitan politik dgn mengatakan..

"tak boleh sertai demokrasi,ia salah!!bukan islam,kerna politik lah perpaduan pecah,pas kata umno salah,umno kata p
as salah"

Saling tuding menuding mu salah,aku betul ni tak payah kata org politik,jemaah islam lain sendiri pun sama! kelakar bila mereka kata jemaah yg berpolitik sibuk kata aku betul,kamu salah,sedangkan dia sendiri pun mengatakan org lain salah dia betul .. termasuklah dia kata sertai politik tu salah dan ikut jemaah dia yg betul..haha


ludah ludah..aduhh,kena atas badan sendiri !

Saturday, August 25, 2012

Lautan Api sanggup ku redah ... cehh

Dialog Awek dan Pakwe..

Pakwe : Sayang..Abang menyintaimu lebih dari segalanya...

Makwe : betul ke?


Pakwe : 100% betul dan tiada keraguan darinya awek ku sayang muah muah muah..


Makwe : buktinye?


Pakwe : lautan api sanggup abang redah demi mu sayang..



Makwe : waa awk tahu ke lautan api tuu ape?

Pakwe :Terharu ke sayang? tak tahu..apa tu lautan api?

Makwe : Neraka lah awak wehh..tiada tempat lain dah lautan api..Saya tak nak redah bersama awak,masuk lah sorang sorang yea..Kbai.. 

muahahaha

Wednesday, August 22, 2012

Faktor islam Kuat ! Dan kenapa lemahnnya islam hari ini >

Umat islam adalah kecil,tapi bukan dari segi bilangan,tapi kecil dari kekuatan,dan org lain melihat kita kecil?

Pasai apa??

Ustaz Fdhil menjawab ..

Oriantalis menulis satu buku yang bertajuk masa depan islam, dalam buku itu mengatakan ada 3 kekuatan islam dimana satu hari umat islam akan bangkit kembali.

Tiga kekuatan itu adalah:
1.Akidah yang sama.
Tak kira di negara mana,umat islam berpegang kepada kalimah yang sama iaitu la ilaha illa'llah wa Ashadu anna Muhammadan Rasululu'llah.
2.Kekayaan ekonomi yang sangat mentap.
Negara2 umat islam punyai sumber ekonomi yg besar,sumber minyak misalnya.

3.Kekayaan manusia.
Islam mempunyai penganut yang ramai,dan cara terbaik untuk mengembangkan bilangan umat islam adalah. mengalakkan poligami,dan orang barat/kafir harbi amat menentangnya..

3 perkara ini meletakkan islam satu kuasa besar di dunia,tapi kenapa umat islam menjadi kecil dari segi kekuatannya adalah merebaknya satu penyakit yang dinamakan sebagai Nasionalisme,iaitu umat islam dipecahkan mengikut kaum kaum,arab dengan arabnya,parsi dengan parsinya,pakistani dgn pakistaninya,indonesia dgn indonesianya,Malaysia dengan malaysianya,melayu dengan melayunya.Oleh kerana pemecahan dan berjayanya penjajah meletakkan tembok pemisah ini telah menyebabkan umat islam sama umat islam menjadi kecil,bahkan bangsa arab yang besar pun telah dipecahkan kepada berpuluh puak,kerana apa?Nasionalisme..siapa yang perjuangkan nasionalisme di negara kita ???? Anda jawab ___________!!

Sebab itu tembok2 ini perlu dielakkan kerna ia menjadi faktor kecilnya kekuatan umat islam ..

Kalau kamu berpaling meninggalkan islam,maka kaum lain akan mengambil tempat kamu.Kalau org arab sendiri meninggalkan Quran,mereka akan hancur,apatah lagi kita !

Tuesday, August 21, 2012

Hantu kuasai raya di Malaysia .. Artis Bogel penyeri raya.

Hantu ke manusia yang beraya kat Malaysia nih?

Sejak raya pertama tiap tiap malam disiarkan cerita hantu ?

Apa tujuan sebenarnya? Nak melahirkan masrayakat yang berhantu?

Apa ke bangang group2 pembuat filem ni, cerita pun taraf gred F, fail..tak lulus masuk tv kalau kat ngra lain ..

Tapi nak salahkan pihak yang menghasilkan 100% tak boleh juga, sebab kalau xde permintaan dari penonton,mereka tak kan nak hasilkan..Rakyat Malaysia memang suka untuk menonton cerita mengarut seperti ini,sebab tu nak capai manusia minda kelas pertama,tunggu 1000000 tahun lagi lah .. 

Selain cerita hantu muka hoduh,tak kurang juga tv siarkan rancangan berbentuk hiburan "berhantu", penyanyi wanita separuh bogel nyanyi lagu raya..Ea siall lah ..

Game : Cari mana lembu sekeliling anda

Jom Main satu game :)

Spot the cow/cari mana lembu sekeliling anda!

Klu:

1. Pakai tudung tapi jambul di depan.
2. Pakai tudung tapi pakaian ketat ketat.
3. Pakai tudung tapi pakai baju baby/baju budak.
4. Pakai tudung tapi pakai seluar jeans /legging.
5. Pakai tudung tapi pakai baju nampak bentuk badan.
6. Pakai tudung tapi ada bonggol unta atas kepala.
7. Pakai tudung berbaju kurung tapi jarang,nampak singlet pink di dalam.
8. Pakai tudung tapi baju lengan pendek.
9.Pakai tudung tapi seluar pendek.
10.Pakai tudung tapi ....

Amaran: Kalau korg betul2 cari tanggung r neh dosa skodeng aurat org.. wahaha..

Kasar ke status ni? Haa,ce baca "Status yang Allah "update" dalam Quran 1400 dahulu,then kaitkan dgn apa yang aku tulis diatas..hehe ..

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf 7:179)

ps: Binatang ternak tu mestinya bukan rimau gajah kan?? Lembu lah jawabnya..hehe

Monday, August 20, 2012

Perempuan bangang berhari raya ..

Aku agak lama suda tidak menulis dengan menggunakan bahasa yang benar benar kasar dan biadap.. haha,last skali aku guna adalah dalam blog berbaur politik aku,itu pun sudah deactive blog tu.. Malass.. Politik di fesbuk sudah..Lagi luas audien.

Tapi kali ni aku ingin sekali kembali ke cara lama aku..Kasar dan biadap kepada yg jenis tak reti bahasa tak reti agama.

Mood aku di raya rosak teruk dek tengok news feed , si betina betina lembu upload gambar berhari raya dalam keadaan seksi dan tidak nenutup aurat.

Perayaan Tahun baru lantak ko lah nak bogel pun, raya ni utk umat islam Hormat agama islam.Perempuan Kapir pun lagi aku respek dalam berpakaian..

Dengan tidak bertudung nya,bangga berpakaian baju kurung yang ketat...Ea siall lah ..

Allah sebut dalam firmannya, orang yang tak turut ajaran islam,tiada beza dengan binatang ternak..Takde beza dengan lembu kerbau kambing! Mereka semua satu spisis!

Perempuan perempuan ni macam takde agama dalam berpakaian .. Setan baru sehari terlepas dah macam ni,tunggu seminggu jadi apa lah pula?

Jap..opss..silap..bukan perempuan perempuan..tapi BETINA BETINA!! mereka lembu kan?

Sunday, August 19, 2012

Serba sikit mengenai Syiah dan jelasnya kenapa kita tidak boleh bersekutu dengannya :)


Berdasarkan bahan bacaan aku melalui internet , aku ingin kongsikan beberapa maklumat mengenai syiah..

(Betulkan jika aku salah)

Aku mulakan dengan sedikit pengenalan mengenai syiah terlebih dahulu..

Syiah adalah satu aliran/cabang agama islam yg melebihkan atau mengagungkan Ali r.a melebihi segalanya ..Bahkan mereka telah mengkafirkan para sahabat terdekat Rasulullah seperti Umar Khattab r.a,Abu Bakar r.a dan majoriti sahabt Rasulullah.

Mereka juga HALALkan darah umat islam yang tidak sealiran dengan mereka (Rujuk : Syria).

Syiah ada menyabut satu perayaan menyeksa diri sendiri iaitu perayaan sempena peristiwa Karbala.

Mereka percaya Fatimah meninggal kerna dikasari para sahabat.

Mereka juga yakin iman syiah bersifat maksum.

Satu prinsip utama (wajib) bagi mereka adalah Taqiyah iaitu berpura pura ..(Munafik)..bahkan ada golongan syiah yg begitu taksub dengan konsep Taqiyah ini.

Mereka juga percaya al Quran yang digunakan hari ini telah diseleweng !

Mereka juga menuduh Aisyah r.a (isteri Rasulullah) sebagai perempuan penzina. (Di Iraq,bilamana ada perempuan bernama Aisya,maka dia akan dibunuh dirogol oleh penganut Syiah!)

Mereka juga mengamalkan dan menghalalkan Nikah Mutaah (Sejenis nikah utk halalkan zina lah ni kononnya)

Sejarah lahirnya syiah ni aku kurang mahir sbb bahan bacaan tentang sejarah dalam tenet panjang giler..Macam kamus dewan bahasa,tapi aku try ringkaskan dgn kefahaman aku,kalau salah perbetulkan ! :)

Ia bermula time zaman Khalifah Uthman , bilamana penyokong penyokong Ali r.a inginkan Ali r.a menjadi Khalifah kerna yakin,sepatutnya Ali r.a sepatutnya menjadi khalifah yang pertama lagi.

Menurut apa yang aku baca,ia lahir juga kerna jarum jarum yahudi,ketika islam semakn kuat dan sukar untuk ditewaskan, orang yahudi guna propaganda kepada penyokoNG2 Ali r.a supaya Ali r.a dinaikkan menjadi khalifah kerna Ali r.a adalah yg selayaknya ! Kerna terpedaya dengan jarum jarum yahudi,munculkan golongan ini.

Ok itu secara ringkas berkenaan Syiah..Sekali lagi aku ulang kalau ada salah,Betulkan!

Layari www.tazkirahamar.blogspot.com utk notes2 lepas :)

Saturday, August 18, 2012

Siapa yang layak beraya ?

Aku tertarik dengan post dari YB Nga Kor Ming dengan ucapan hari raya beliau .. Beliau mengucapkan "selamat hari raya kepada semua YANG BERIMAN" yakni bukan semua org islam..

Ada betulnya,sedikit perkongsian dari khutbah raya tadi,iman mengatakan,

"Orang yang layak berhari raya adalah orang yang sempurna puasanya" , yakni bukan hanya puasa perut ,puasa tak makan tak minum..

Ada yang puasa aurat tak tutup ..Puasa tapi tak solat.. Puasa tapi mata tak jaga telinga tak jaga dari benda2 haram..Mereka tu tak layak untuk merayakan hari kemenangan ini..

Kalau anda perhatikan , orang2 yang tak sempurna puasa inilah time raya mereka pula lebih,baju baru mekap lebih2,tapi tudung tak pakai ... bangang !Mereka tak layak sebenarnya merayakan hari kemenangan kerna mereka sesungguhnya tewas !!

Thursday, August 16, 2012

Siapa boleh kita salam time raya nanti? Siapa pula yang haram..?


Salam..Raya dah dekat.. time raya ni memang lah,kita ziarah rumah kawan2,rumah sedara mara datuk nenek.

Antara dosa free di pagi raya yang biasa dianggap remeh adalah dosa ''sentuh bukan mahram" bagi kita.. pakat salam je sape2 yg nak bagi duet .. aigogo.. meh sini,hafal senarai org yg kita leh salam/sentuh k..

1. Ibu kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas. (Maknanya ni org yg melahirkan kia,dan yg melahirkan mak bapak kita..)

2. Anak perempuan kandung, termasuk cucu dan seterusnya ke bawah. (ni anak kita gn isteri kita,gn isteri org haram!)

3. Adik beradik perempuan seibu sebapa.  (haa,ni anak mak bapak kita)

4. Adik beradik perempuan sebapa. (Ni anak bapak kita yg lain ibu gn kita)

5. Adik beradik perempuan seibu. (Ni anak mak kita yg lain bapak gn kita)

6. Emak saudara sebelah bapa (adik‐beradik bapa) dan seterusnya ke atas. 

7. Emak saudara sebelah ibu (adik‐beradik ibu) dan seterusnya ke atas. 

8. Anak perempuan dari adik‐beradik lelaki mahupun dari adik‐beradik perempuan.(ni namanya anak saudara)

Senarai kat atas ni adalah mahram dari keturunan,ada lagi mahram lain iaitu mahram perkahwinan,mereka adalah:

1.Ibu mertua (maknanya mak isteri atau suami kita)
2.Anak menantu (ni tok laki or bini anak kita)
3.Ibu tiri ( isteri baru/lama bapak kita selain mak kandung kita)
4.Anak tiri (Anak suami/isteri kita hasildari perkahwinan terdahulu)

Selain tu kit leh salam gn isteri sendiri,suami sendiri..kalau perempuan,boleh salam gn kawan2 perempuan,nak salam gn kawan2 lelaki pun boleh...boleh blah..! hram weh..jgn nak mengatal sangat! muahaha..

Siapa yang kita takleh salam pula? selain ajnabi merek adalah !

1. Isteri kepada adik‐beradik bapa. (emak saudara sebelah bapa) 

2. Isteri kepada adik‐beradik emak. (emak saudara sebelah emak) 

3. Adik‐beradik bapa mertua perempuan. (maknanya isteri kita ada ayah,pastu ayah isteri kita tu ada adik beradik ..xleh..faham?)

4. Adik‐beradik emak mertua perempuan. 

5. Anak kemanakan isteri perempuan. (anak adik‐beradik isteri,mknanya anak sedara isteri..kot)

6. Kakak ipar. (kakak kepada tok laki/suami atau isteri,kita ni takleh salam2)


7. Adik ipar perempuan.(Ni pun sama teori cm diatas...xleh salam2,xleh sentuh2..boleh kahwin gn dia kalau abg awok yang kawin gn kakak dia mati/cerai gn kakak dia..haha)

Pastu,dari keturunan,tapi bukan mahram kita adalah..

1.Sepupu perempuan (anak kepada adik/abg ayah/mak kita)

2.Sepupu ayah

3.sepupu mak.

haa..dah tahu sape leh sentuh sape takleh sentuh? jaga2 di pagi raya erk...

Wednesday, August 15, 2012

Bangga bergambar dengan Piramid ?

Betulkan jika saya salah :)

Kita perhatikan lah..Jika ada orang islam melancong ke Mesir, mereka suka bergambar berlatarbelakangkan Piramid..Ea agak2 sedar tak dalam piramid tu tersimpannya jasad musuh musuh Allah yang wajar kita benci dan anti..Bukan berbangga dapat "bergambar sekali" .. haha

Mesir adalah Bumi para ambiya,pasti ada lagi kott perkara lain yang boleh dibanggakan utk ''bergambar sekali"... Dan skrg firaun moden mesir.Husni Mubarak dah jatuh..so,mungkin Piramid bukan lagi sesuautu yang akan dibanggakan :) he

Tuesday, August 14, 2012

Hina islam vs persenda islam..Sama dua dua masuk Hell kalau x bertaubat :)

Si A: "Astaqfirullahalazimmmm...org kafir nih hina islam..."

Si B: Ish ish..Kat Mana tu?

Si A: iNDONESIA..!

Si B: teruk teruk..Tapi td kat Bazar ramadan ada ramai org islam persenda ajaran islam,persenda agama islam..

Si A: Hah,,ye ke? Bahaya tol..Bagaimana mereka persenda tu??

Si B:Ada si Minah sorg pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat,lengan pendek, ada juga pakai tudung tapi jambul di depan..~~~~

Si A: erk..emm..ekk..Ko perli aku?

Si B: (Berlalu pergiii) wahahah.

Rekaan semata mata boh .. takde kena mengena dgn yg hidup mahupun meninggal dunia..Tapi mungkin ada kot yg hidup tapi masih tak reti reti nak ingat mati..

PS-Amik islam separuh tolak separuh..Bukan persenda ajaran islam ke tu? ke gitu cara kita muliakan ? tepuk dahi tanya ustaz ...

Sunday, August 5, 2012

Baca quran tapi dilaknat Quran.

Salam nuzul Quran buat semua..

Nuzul Quran ni bersempena turunnya Quran pd nabi Allah Muhammad s.a.w lah kan..semua tahu..(turun sikit je bkn semua skali..berperingkat kan)

Apa patut kita hari ini buat utk "meraikan" hari bersejarah ini?

Dengan baca dan baca Quran ?

tak juga..Kalau baca tapi tak ikut,baca tapi tak amal,Quran tu Laknat kita ..

Laknat??

Camne tu?

Bila dia baca ayat suruh tutup aurat,mengenai jilbab,tapi dia tak tutup aurat.

Bila dia baca ayat supaya solat 5 kali sehari semalam,tapi dia tidak solat juga.

Bila dia baca ayat supaya jangan mengumpat,dia mengumpat juga..

Bila dia baca ayat yang menyuruh menghukum berdasarkan quran,tapi dia IKUT HUKUM Barat...

Bila dia baca ayat jangan makan riba,dia telan riba..

Bila dia baca ayat jangan zalimi orang lain,dia zalimi orang lain..

Bila dia baca ...tp dia tak laksanakan.....DIA DILAKNAT QURAN..

Perkemaskan hati tahun ni, "aku nak ikut apa yg disuruh Allah dalam Quran"..

Engkar arahan Allah kita takde beza gn lembu kambing


Ada orang mendakwa ustaz2 yg kata orang yang tolak hukum Allah ni bodoh, org tak solat ni anak beranak beruk,anak beranak lembu..

Ustaz tak hikmah dalam dakwah la itu dan ini lah .. Kasar,biadap dalam rumah Allah bla bla bla..

Tapi pernah tak baca dalam quran Allah kata org yg tak ikut suruhan Allah tu macam lembu macam kambing?

tAK pernah?

Baca bawah ni..

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf : 179)

Binatang ternak = Lembu/kambing lah kan..xkan rimau pula :)