Wednesday, April 30, 2014

Zainab Al Ghazali - Tokoh pejuang Muslimat

Membaca buku "Akidah dan Perjuangan" oleh Allahyarham Haji Fadhil Noor, aku sedikit tertarik dengan coretan beliau tentang seorang tokoh srikandi islam dari Mesir , Zainab Al Ghazali .. Namanya jarang disebut sebagaimana tokoh pejuang lelaki , namun ujian yang ditimpa beliau sebenarnya lebih hebat dari kebanyakan pejuang lain..

Zainab Al Ghazali merupakan antara wanita yang sempat berbaiah kepada Imam Syahid Hasan Al Banna, dan menjadi aktivis wanita Ikhwan Muslimin, dan semua tahu,perjuangan Ikhwan di Mesir tidak pernah lari dari seksaan dan rintangan dari pemerintah mesir , ramai kader kader ikhwan dan tokoh tokoh mereka ditangkap dan diseksa dalam penjara, dan Zainab Al Ghazali merupakan salah seorang daripanya..

Namun , ada kisah menarik yang berlaku disebalik kezaliman yang menimpa dirinya..

Beliau diseksa dalam penjara,dipukul dan didera sehingga wajahnya kelihatan seperti berumur 90 tahun walaupun beliau hanyalah berusia sekitar 40 tahun ketika itu.. Bilik kurungannya dipanaskan di waktu siang dan disejukkan di waktu malam,bahkan diletakkan dengan air batu bertujuan untuk menyeksa dirinya..

Satu ketika, anjing anjing yang kelaparan dilepaskan untuk mengigit beliau dan menyeksa beliau,kata Zainab ketika anjing anjing dilepaskan "Aku tidak meletakkan harapan kepada sesiapapun melainkan hanya kepada Allah"

Saat beliau berdoa, tidak ada apa yang mampu difikirkan lagi melainkan membayangkan dirinya digigit dan dimakan anjing anjing yang lapar itu,

Lama kemudian selepas anjing dibiarkan bermaharajalela di dalam bilik kurangan Zainab, dia sendiri merasakan anjing anjing itu mengigit setiap inci tubuhnya tanpa belas kasihan,namun apabila pintu bilik kurungan dibuka dan anjing anjing ditarik dari badannya ketika itu Zainab membayangkan pakaian putih beliau akan merah dipenuhi darah dan air liur anjing... Namun sesungguhnya tuhan maha berkuasa,beliau terkejut saat melihat pakaian yang dipakainya sedikit pun tidak terkoyak dan tubuhnya tidak disentuh sedikitpun oleh anjing anjing yang dilepaskan..

Tidak kurang penyeksaan terhadap beliau selama dalam penjara, dibelasah,disebat untuk mengakui kesalahn yang tidak beliau lakukan dan beliau turut dinafikan hak sebagai muslim namun beliau tetap teguh dan beliau dipenjara..

Setelah enam tahun ditahan scra zalim dalam penjara, Zainab Al Ghazali dibebaskan iaitu setelah Jamal Abdul Nasir meninggal dunia dan Anwar Sadat mengantikannya..

Setelah keluar dari penjara Zainab Al Ghazali meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam dibumi Mesir. Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun.

....

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)