Wednesday, April 23, 2014

Kisah Ibnu Taimiyyah..

Ibnu Taimiyah sangat masyur akan kisah beliau menegakkan pendirian agama, ramai ulama ulama lain yang berpihak kepada pemerintah ketika itu merendahkan dan menfitnah Ibnu Taimiyyah. Beliau sering keluar masuk penjara kerananya..
Namun kerana beliau adalah ulama yang betul betul ulama, kebencian orang terhadapnya tidak mematikan semangat juang beliau pertahankan kebenaran agama.
Beliau kuat pertahankan bahawasanya faham yang dipilih ulama ulama ilmu kalam yang pertahankan adanya tuhan dengan mengambil satu sistem falsafat,tidaklah boleh diambil begitu untuk menegakkan keterangan al Quran.
Tuhan berkata dalam Quran bahawa Dia bertangan,dia bermata, Dia duduk di atas arasy, bagaimana tangaNya, mataNya dan dudukNya di atas 'arasy janganlah dibicarakan pula. Jangan diambil falsafat aristo untuk membicarakannya atau pendapat aristo yang diislamisasikan.
Lantaran kekerasan pendirian beliau, Ibnu Taimiyah dimurkai kerajaan dan ulama ulama yang sefahaman dengan kerajaan. Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian beliau dikeluarkan, namun kemudian dimasukkan kembali sehingga beliau meninggalkan dunia ini di dalam penjara..
Maka kata kata Ibnu Taimiyah yang menjadi sebutan orang ,
"Apalah aku dibencikan musuh musuhku kepadaku, aku dimasukkan ke dalam penjara dan diasingkan dari kampung halamanku! Kalaulah mereka mengetahui nikmat yang kudapat lantaran diasingkan atau dipenjarakan,tentu mereka dengki pula. Jika aku dibuang dari kampung halamanku, bertambah luaslah pemandanganku, dan dapatlah aku melakukan perintah tuhan iaitu bertemasya di bumi Allah. Dan jika aku dipenjarakan, lebih bebaslah aku berkhalwat dan memuja tuhan di tempatku yang sepi, bagiku, orang yang terpenjara ialah yang dipenjarakan oleh hawa nafsunya, dan orang yang terbuang , ialah yang telah keluar daripada jalan Allah dan masuk ke jalan syaitan!"
Beliau meninggal dunia di dalam penjara, saat ketika jenayah beliau dihantar ke pusara, beribu ribu umat mengiringkannya di belakang.....
ps- Beberapa hari lepas aku dihubungi seorang sahabat fb menerangkan sesatnya org yg berpendirian sebagaimana ibnu Taimiyah .. Aku juga memilih utk tidak menjawab pertuduhan dan dakwaan tersebut kerana bertanya sahaja soal itu (istiwa dan seumpamanya) adalah Bid'ah menurut Imam Malik apatah lagi kalau berdebat perihalnya..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)