Wednesday, April 23, 2014

Gejala taksub.

Gejala taksub melulu merupakan sesuatu yang menjadi barah kepada perpaduan umat islam,bermakna ,dengan sifat ini segala pendapat atau teguran pihak lain tidak diterima walaupun baik. Pendapat kumpulannya akan dipertahankan walau bertentangan dengan syarak.

Apabila sifat taksub ini berleluasa,ia akan mengenepikan segala kebaikan pihak lain, apa sahaja perbuatan baik dicemuh,segala usaha menegakkan kebenaran tidak disokong bahkan tohmah dan fitnah disebarkan kepadanya.

Sikap taksub ini kadang kala ditunggangi oleh kejahilan terhadap yang hak ,apabila pintu hati telah tertutup untuk menerima kebenaran,maka yang batil akan mengatasi kebenaran. Biasanya perkara yang bertentangan dengan syarak akan diletakkan sebagai pengaruh kerana ia datang dari orang yang taksub.

Apabila jumlah ketaksuban ini bertambah bilangan penganutnya , maka akan wujudlah ajaran ajaran sesat yang dipelopori individu yang ingin mengukuhkan lagi ketaksuban pengikutnya terhadap dirinya.

Jika perkara ini tidak disekat atau dibendung , maka perpecahan yang sangat dasyat akan muncul satu masa kelak.

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)