Ketika umurnya 12 tahun,beliau telah dinobatkan
sebagai juara Qari Quran peringkat antarabangsa,dan ketika usianya 15
tahun,beliau diberi amanah untuk membaca khutbah di masjid besar di
tempatnya..
Disebabkan oleh itu,beliau dihormati oleh semua jirannya,dan orang kampung serta daerahnya..
Satu hari,ada seorang mak cik dari kampungnya yang berjumpa dengannya dan ingin meminta bantuannya.
Menurut
mak cik itu,anaknya sakit dan dia mahu si ustaz tadi untuk membuat satu
tangkal pelindung@azimat kepada anaknya untuk menyembuhkan penyakitnya .
Ustaz itu berfikir sejenak,tidak lama kemudian dia bersetuju ..
Dia menyuruh mak cik itu datang ke rumahnya pada keesokkan harinya..
Ibu
kepada ustaz itu yang mengetahui tindakan anaknya bersetuju untuk
membuat tangkal pelindung kepada mak cik tu terus memarahinya,dan
membebel kepadanya..
Namun ustaz tadi tetap meneruskan apa yang dibuatnya ..
Pada keesokkannya(hari ahad),mak cik tu datang,dan berjumpa dengannya..
Lalu
dia menyerahkan dua tangkal dan berpesan satu tangkal ini harus dipakai
pada jam 2 pagi,hari isnin,sebelum itu anak ini mesti dimandikan
dahulu.
Kemudian,selepas seminggu,pada hari isnin yang berikutnya harus tukar tangkal satu lagi pada jam 3 pagi ..
dan harus datang semula berjumpa beliau pada hari jumaat dua minggu dari hari itu ..
Lalu mak cik itu pun ikut je arahan ustaz tadi..
Mak kepada ustaz ni membebel dan memarahinya sepanjang dua minggu,dan dia hanya menjawab "mak tunggu saja"
Cukup
2 minggu,dan kedua dua tanggal digunakan,pada hari jumaat,dia datang
dan beritahu ustaz itu bahawa anaknya sudah sembuh dan tanggal itu amat
mujarab..
Lalu ustaz tersebut menyuruh mak cik tersebut membuka kedua dua tanggal itu yang menurutnya terdapat "ayat jampi" nya ..
Ibu kepada ustaz turut sama disitu ..
Lalu dibuka tanggal pertama,ia tertulis ,
"kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh kamu bodoh"
dan di tanggal kedua tertulis
"kamu gila kamu gila kamu gila kamu gila"
Maka malu dan merah padam mak cik tersebut ..
Niat si ustaz itu bukanlah untuk memalukan mak cik tersebut ..
Tetapi
untuk mengajar nya bahawa amalan khurafat,percaya kepada tanggal dan
azimat itu adalah kerja orang bodoh dan gila sahaja..
Allahlah yang maha berkuasa dalam SEGALA SESUATU..BUKAN LAH TANGkAL ATAU APA APA AZIMAT ...MOHONLAH PADA ALLAH :)
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)