Sunday, February 10, 2013

Yeke "Kahwin Itu Mudah" ..?


                                                                                        Salammm....

gambar dari mr.google
Ok,aku terasa agak tidak bersetuju bila ada minah2/mamat2 yang update status "kahwin itu mudah" disertakan dgn kata2 ustaz Azhar  ,kata2 ustaz bahkan hadis2 nabi,aku kurg rasa mereka sampaikan hadis nabi itu dgn tujuan yg betul tp sebenarnya memanipulasi dan pergunakan itu keseronokan/kepentingan diri.

Aku tak kata kata2 ustaz Azhar salah,ajaran2 ustaz salah,jauh aku nak kata hadis nabi salah,tidak sama sekali,betul 100% dah,cuma apa yang salahnya mereka ambil sekerat sekerat.

Contoh,menggunakan hadis mengatakan syaitan menangis melihat pemuda islam kahwin,betul dah,tapi tidak disertakan bersama bahawa akan perlunya ilmu terlebih dahulu sebelum kahwin..Sertakan lah sekali.

Kahwin pun ada hukumnya,ada hukum wajib,ada hukum harus,ada hukum makhruh,ada hukum haram,kalau kahwin dalam keadaan hukum kahwin itu haram,syaitan akan menangis ke?

Bagi yg tak tahu, wajib kahwin bila mampu dari sudut harta,mampu dari sudut batin dan jika tak kahwin,boleh bawa pada penzinaan.Wajib..

sunat kahwin kalau cukup syarat,ada harta,batin ok,dan sanggup memikul tanggungjawab

Makhruh kahwin kalau tak mampu,harta xde tp nafsu ada -_- , itu makhruh. (Ini ramai..haha)

HARAM kahwin kalau bila kahwin tu boleh bawa mudarat pd sang isteri,cm kamu tu ada penyakit aids,ad HIV,kalau sang lelaki tu pembunuh kejam,ikut rekod dah bunuh 11 org isterinya yg sebelum ini.. haram r tuh..tak pun kahwin dgn org gila,haram.. muka hensem,ad duit tp gila..nak wt cmne..

Jadi,bagaimana syaitan nak menangis jika time kamu kahwin tu dalam kondisi yg makhruh atau pun haram kahwin?

Satu lagi,perkahwinan yang bahagia itu datang dari berasaskan kepada sikap amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

Kalau kahwin tapi lalai,sekali pun setan menangis time kamu kahwin,then kemudian syaitan ketawa berdekah dekah juga.. ke gane?

Mungkin "proses kahwin" tu mudah,tp proses nak menyelesuri perkahwinan itu tidak semudah proses nak kahwin.. faham molek..

Jadi budak2 muda,stop lah cakap dan fikir soal kahwin je.. cari ILMU dulu agar perkahwinan tu betul2 menjadi perkahwinan yang diredhai Allah,jadi perkahwinan yg setan akan nangis dari hari pertama korg kahwin,hingga hari terakhir usia kamu ..

Sekian :D

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)