Friday, March 14, 2014

Open Minded?

Ramai dalam kalangan kita cuba "mencontohi" sikap keterbukaan masyarakat barat pada sesuatu yang tidak sewajarnya (tidak kena tempat) .. Alasannya?

"Aku tidak mahu hipokrit" ..

Maka itu berlakulah situasi dimana kita berbangga dengan maksiat yang dilakukan.. Kita menyangka "Yeah,aku berfikiran terbuka" sedangkan tindakan itu hanya lebih membuka pintu neraka dengan lebih luas kepada kita. Nabi sebut bahawa setiap umat dia akan diampunkan dosa mereka,kecuali mereka yang menampak nampakkan dosanya.. Yakni jika dosa itu dilakukan pada malam hari dan Allah tutup aib dia pada waktu pagi , tapi kemudian dia menceritakan keaibannya kepada temannya..Yakni mereka bercerita sesama mereka dengan maksiat yang telah mereka lakukan.

Disini timbul perihal "Berbangga dengan dosa" , hal yang demikian sebenarnya tidak memberi apa apa keuntungan kepada kita sebaliknya ia salah satu tanda kita sedang dibinasakan Allah..

Memetik kata kata dari Salman al Farisi , menurut beliau , cara Allah nak binasakan seseorang adalah dengan membuang rasa malu dalam hatinya,lantas dia berbangga bangga dengan dosanya..

Malu adalah sifat yang terpuji bahkan dituntut , sebab itu nabi sebut "malu itu sebahagian daripada iman" , perhatian perkataan "sebahagian" ia membawa erti perasaan "malu" dan "iman" itu terikat dengan satu sama lain..Jika "malu" sudah tiada, maka hilang jugalah imannya..

Allah murka terhadap mereka yang menzahirkan maksiatnya dan Allah mengampunkan orang yang malu terhadap dosa yang dilakukan bahkan Allah menutup aibnya .. Kita seolah mencari pasal dengan Allah jika kita sengaja menzahirkan dan menunjuk nunjukkan dosa kita..

Satu juga jenis yang buat "pengakuan terbuka" tentang maksiat dan fikir ia jalan menuju taubat .. Diceritakan tentang maksiat silamnya lalu di akhir tulisan mengatakan "Saya telah bertaubat" .. Aku tertanya tanya , Allah dah tutup elok elok aib dia , pi cherita kat orang buat apa? cerita setakat jalan menuju hijrah cukuplah.. "censored" lah part awal..

Kesimpulannya , kita berada dizaman "malu pada maksiat" itu dianggap 'hipokrit' dan tidak terbuka , sebaliknya yang berbangga dengan maksiat mendapat "LIKE" yang banyak.. Pun begitu , "malu untuk bercerita tentang maksiat" tidak menjadi lesen untuk bermaksiat , dan tidak kita mampu menolak bahawa manusia itu tidak akan lepas dari melakukan kesilapan , jadikan setiap yang berlaku sebagai pengajaran buat diri sendiri dan perbaiki diri dari masa ke masa agar "ending" hidup kita dalam keadaan yang baik ..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)