Sayang nabi ada 2 jenis , satu sayang Abu Thalib, satu lagi sayang Abu Bakr..
Sayang Abu Talib tetap bawa ke neraka sebab sayang nabi tapi tidak ikut ajaran nabi..
Sayang Abu Bakr bawa ke syurga sebab ikut ajaran nabi sepenuhnya..
Persoalan buat kita, kita sayang nabi cara Abu Talib atau sayang Abu Bakr?
Kedua dua sayang mereka pada nabi tentu sahaja lebih dari sayang kita
pada nabi , Mereka sama sama rasa susah senang bersama nabi..
dua dua orang yang terbukti sayang pada nabi dengan sepenuhnya dan nabi juga sayang akan keduanya ..
Namun tidak semua sayang itu bawa ke syurga T_T
Satu
kisah di zaman Abu Nawas , ada seorang perempuan tua dia dapat surat
tapi dia tak reti membaca , lalu untuk mengetahui isi surat itu, dia
perlu cari orang yang reti membaca ..
Bagi perempuan tua ni
,antara ciri ciri orang yang reti membaca adalah org yg berserban , lalu
dia pun carilah orang2 yang berserban untuk meminta pertolongan ,
lantas kemudian dia ternampak Abu Nawas ...
Dia pun dekati Abu Nawas yang berserban tu untuk minta dibacakan surat dia , kebetulan Abu Nawas ni tak reti membaca..
Dia tanya perempuan tu , apa yang buat dia fikir Abu Nawas reti membaca , jawab perempuan tu ,sebab Abu Nawas pakai serban ..
Abu Nawas fikir panjang , lalu kemudian dia nampak seekor unta lalu dia
mendekati si unta dan pakaikan kepada unta tersebut dengan serban dia
.. Kemudian dia dengan selamba beritahu kat mak cik tu ,
"Pergilah tanya pada unta yang berserban tu mak cik.. "
Pengajarannya?
Jangan menilai orang dengan pakaian , dalam satu kajian personaliti ,
orang lihat individu yang pakai spek mata ni cerdik .. maka , tolong
pakaikan spek mata kepada mana mana lembu k tengok bagaimana
Dunia
astronomi sekali lagi gempar apabila satu bukti baru yang membenarkan
teori Big Bang oleh Eisntein isnin lalu. Einstein mengemukakan teori ini
kira kira hampir 1 abad yang lalu..
Pada hari isnin yang lalu
(17 mac 2014) Sekumpulan ahli astronomi telah mengumumkan kejayaan
mereka menjumpai bukti dari pembentukan alam semesta 13.8 bilion tahun
yang lalu..sekaligus perkuatkan hujah bahawa teori big bang adalah benar..
Secara ringkas , big bang ini satu teori dimana satu ledakan besar
berlaku dan menjadi asbab wujudnya alam semesta ini.. Sebelum berlakunya
ledakan besar ini, semua energi dan apa yang ada terkumpul dalam satu
bebola yang besar...
Para saintis yang berjaya dalam penemuaan
ini , ramai dalam kalangan mereka menerima nobel perhargaan yang mana
nama mereka tercatat dalam sejarah penemuan ini......
Sayangnya
para saintis ini sedikit ketinggalan kerana .... 1400 tahun lalu
telahpun Quran menyebut dalam surah al anbiya ayat ke 30 yang berbunyi,
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit
dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami
pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang
hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" - Surah al anbiya,
ayat 30..
Allah sebut "Sesuatu yang padu" maknanya ia satu kesatuan yang kemudian "bommm" pecah membentuk alam semesta..
Allah sebut juga dalam ayat tu , "Daripada Air,kami jadikan segala
sesuatu yang hidup" .. Disini kita lihat keindahan alam ini adalah hasil
dari kekuasaan Allah ..
“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Al Qur’an, 51:47)
Fa bi ai yie aala irobbi kuma tukaz zibban ..
"Maka, Nikmat tuhanmu yang manakah, yang mahu kamu dustakan??" - Surah ar rahman , ayat 13 ..
Allahuakbar ..
apapun2, terima kasih kepada ahli sains yang telah membuktikan bahawa
Al-Quran adalah benar, Firman tuhan kami adalah benar, kata kata nabi
kami adalah benar..

Ramai dalam kalangan kita cuba "mencontohi" sikap keterbukaan
masyarakat barat pada sesuatu yang tidak sewajarnya (tidak kena tempat)
.. Alasannya?
"Aku tidak mahu hipokrit" ..
Maka itu
berlakulah situasi dimana kita berbangga dengan maksiat yang dilakukan..
Kita menyangka "Yeah,aku berfikiran terbuka" sedangkan tindakan itu
hanya lebih membuka pintu neraka dengan lebih luas kepada
kita. Nabi sebut bahawa setiap umat dia akan diampunkan dosa
mereka,kecuali mereka yang menampak nampakkan dosanya.. Yakni jika dosa
itu dilakukan pada malam hari dan Allah tutup aib dia pada waktu pagi ,
tapi kemudian dia menceritakan keaibannya kepada temannya..Yakni mereka
bercerita sesama mereka dengan maksiat yang telah mereka lakukan.
Disini timbul perihal "Berbangga dengan dosa" , hal yang demikian
sebenarnya tidak memberi apa apa keuntungan kepada kita sebaliknya ia
salah satu tanda kita sedang dibinasakan Allah..
Memetik kata
kata dari Salman al Farisi , menurut beliau , cara Allah nak binasakan
seseorang adalah dengan membuang rasa malu dalam hatinya,lantas dia
berbangga bangga dengan dosanya..
Malu adalah sifat yang
terpuji bahkan dituntut , sebab itu nabi sebut "malu itu sebahagian
daripada iman" , perhatian perkataan "sebahagian" ia membawa erti
perasaan "malu" dan "iman" itu terikat dengan satu sama lain..Jika
"malu" sudah tiada, maka hilang jugalah imannya..
Allah murka
terhadap mereka yang menzahirkan maksiatnya dan Allah mengampunkan orang
yang malu terhadap dosa yang dilakukan bahkan Allah menutup aibnya ..
Kita seolah mencari pasal dengan Allah jika kita sengaja menzahirkan dan
menunjuk nunjukkan dosa kita..
Satu juga jenis yang buat
"pengakuan terbuka" tentang maksiat dan fikir ia jalan menuju taubat ..
Diceritakan tentang maksiat silamnya lalu di akhir tulisan mengatakan
"Saya telah bertaubat" .. Aku tertanya tanya , Allah dah tutup elok elok
aib dia , pi cherita kat orang buat apa? cerita setakat jalan menuju
hijrah cukuplah.. "censored" lah part awal..
Kesimpulannya , kita berada dizaman "malu pada maksiat" itu dianggap
'hipokrit' dan tidak terbuka , sebaliknya yang berbangga dengan maksiat
mendapat "LIKE" yang banyak.. Pun begitu , "malu untuk bercerita tentang
maksiat" tidak menjadi lesen untuk bermaksiat , dan tidak kita mampu
menolak bahawa manusia itu tidak akan lepas dari melakukan kesilapan ,
jadikan setiap yang berlaku sebagai pengajaran buat diri sendiri dan
perbaiki diri dari masa ke masa agar "ending" hidup kita dalam keadaan
yang baik ..
Ada satu kisah di zaman Khalifah , khalifah didatangi seorang dukun ,
lalu dia mahu menguji dukun tersebut dengan bertanya , "Wahai dukun ,
apa ramalanmu tentang aku" lalu si dukun mengatakan sang khalifah akan
panjang umur , murah rezeki etc..
Lalu kemudian sang khalifah bertanya lagi , "apa pula ramalanmu tentang dirimu?"
Lalu si dukun mengatakan bahawa dia juga akan panjang umur dan murah rezekinya ..
Sang Khalifah lalu berkata " Kamu berdusta , penggal lehernya sekarang"
Perlu diketahui dukun/bomoh ini ada 2 jenis iaitu yang pertama dukun
asli dan dukun palsu .. Dukun asli adalah mereka yang benar benar
gunakan khidmat iblis dan dukun palsu adalah mereka yang menipu org
sahaja ..
Bagaimana nak kenalpasti dukun yg asli dan palsu ,
jika ramalan seseorang dukun utk tentang masa depan (tidak termasuk
ramalan cuaca etc) ternyata benar , maka itu adalah dukun asli dimana
berita yang diperoleh oleh nya adalah dari iblis yang mencuri berita di
langit .. lalu kemudian berita itu ditokok tambah olehnya (iblis) dengan
100 kebohongan)
Percaya kepada ramalan dukun/bomoh boleh
menyebabkan kita kufur kepada Allah , bertanya walaupun sekadar suka
suka kepada dukun dan bomoh menyebabkan solat kita tidak diterima Allah
40 hari lamanya .. hal ini termasuk jika membaca "ramalan bintang" yang
banyak dikeluarkan di majalah2 remaja dan seumpamanya..
Wallaua'lam.