Aktiviti seawal pagi tadi akan mendaki Bukit Bauk,perjalanan yang
memakan masa 1 jam,dan sangat meletihkan,bukitnya menegak selepas
separuh perjalanan sangat menyukarkan.. Saat keletihan di paras paling
tinggi,saat tu lah terdetik dalam hati :
"Inilah benda paling penat aku buat sepanjang hidup ni"
Kemudian aku imbas kembali Mukayyam di Jeram Penitir,Kemaman pada 29/09/2013,
kira kira 2 bulan yang lalu, perjalanan dari tepi jalan raya tempat
kami ditinggalkan sehingga ke tapak perkemahan, memakan masa 4 JAM ,
terutamanya perjalanan balik di tengah matahari panas,jalan berbatu dan
penghujungnya hanya fatamorgana sehinggalah perjalanan berakhir jam 1
tengahari.. Saat tu,aku fikir dalam hati juga,bahawa perjalanan itulah
yang paling letih dalam hidup aku..
Pun begitu,dalam kedua perjalanan ini, kaki tetap melangkah menuju ke depan walau peluh mengalir hingga ke titisan terakhir..
Bila aku gabungkan kedua pengalaman ini,aku berjaya simpulkan satu
pengajaran berguna, saat kita menghadapi masalah,dugaan,cabaran mahupun
kesukaran dalam hidup, jangan sesekali mengalah,walaupun kita rasa
teramat sukar untuk melaluinya, sebab bilamana tiba saat kita berjaya
mengatasi masalah itu, kita sendiri akan lupa akan kesukaran itu,bahkan
bila datang musibah lain, mungkin yg lebih kecil berbanding cabaran
sebelumnya,kita akan rasa yg kecil ini lebih berat cubaannya,kerana apa?
Kerana kita sedang melaluinya.. Kita akan rasa itulah paling susah,tapi
yakinlah pada tuhan,jika kita tetap teguh berjalan,insyAllah.. Bila
kaki kita membuka langkah terakhir,melepasi masalah itu.. Kita akan lupa
akannya.. Dan kita mampu kembali tertawa,melihat gelagat kucing yang
kecewa..
Pun
begitu,kedua pengalaman aku diatas,adalah sesuatu yang aku akan sentiasa
hargai kenikmatannya, perjalanan untuk mencari redha Ilahi,disamping
mendapatkan tubuh yang sihat..
PS-Pasang niat, sebulan sekali naik insyAllah
Friday, November 22, 2013
Wednesday, November 20, 2013
Teladani Ahmad Ammar..
Aku baca kisah Ammar yang syahid di syria, mulanya menyangka ia spread dalam facebook sahaja sehinggalah hari ni, cerita tentang beliau disebut sebut di dalam kelas..
Beliau adalah contoh teladan yang baik , sepatutnya boleh jadi batu loncatan buat kita yang sebelum ini tidak pasang niat utk "Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina" , boleh lah berbuat demikian..
Kita sewajarnya jangan jadikan kisah ini sebagai satu kisah yang kita kagumi,tapi tidak mahu contohi, ia tidak beri kesan kepada beliau,tapi kalau dengan kisah beliau,kita contohi beliau,tentu sahaja pahala berterusan buat beliau insyAllah kerana beliau yg "mengajar" kita erti perjuangan..
Kita tidak perlulah mengatakan "umur beliau 20 dah syahid dan aku masih tak kemana" , sebab jelas kita tidak akan kemana hanya dengan mengeluh sedemikian.. Mulakan langkah pertama utk mcontohi beliau..
Bagaimana?
Usrah.. saya yakin beliau adalah seorang yang mengikuti usrah, dari usrah pergi kepada kefahaman dan insyAllah,dari kefahaman akan pergi kepada amal..
Tapi usrah sahaja tidak cukup, kita perlu ada org disekeliling untuk mendidik dan tarbiyah kita, maka langkah kedua adalah sertai gerakan dakwah,sebagaimana beliau menyertai ABIM.. Dan kita banyak pilihan lain lagi,asalkan ia membawa islam sbg dasar perjuangannya ,cuma saya sarankan selain daripada ISMA.. yg lain insyAllah boleh :)

Friday, November 15, 2013
Sikap kita terhadap pengamal LGBT..
Amalan seks songsang sememangnya sangat dilarang dan diharamkan oleh islam. Tidak ada sedikit pun keraguan terhadap pengharaman ini. Sikap kita terhadap amalan ini mestilah dengan penuh rasa benci dan jijik,kerana ia juga dibenci oleh Allah.. Dan tidak ada satupun agama yang menghalalkan amalan ini..Sesungguhnya Allah melaknat kaum ini sebagaimana disebut dalam surah Hud.ayat 83
"Maka tatkala datang azab Kami, Kami balekkan jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"
Bagaimana pula sepatutnya sikap kita terhadap pengamal amalan ini,apakah kita disuruh untuk benci mereka oleh tuhan ataupun Allah beri tugas lain pada kita terhadap mereka?
Soroti kisah Nabi Luth dan sikap baginda terhadap kaum gay di dalam masyarakatnya,apakah apabila baginda ditugaskan sebagai rasul kepada kaumnya,adakah baginda telah melaknat kaum itu dan maki hamun mereka atau baginda berdakwah kepada mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar?
Rasanya baginda bertindak dengan berdakwah kepada mereka, sebab jelas tugas kita adalah berdakwah dan ajak mereka ke arah kebenaran,bukan menghukum mereka,kerana menghukum itu tugas Allah.Apa kita mahu ambil tugas Allah kah?
Kita cuba selami jiwa mereka,kita tanya mereka.. Apakah mereka minta utk dilahirkan sebagai seorang gay,lesbian,bisexual, atau transgender. Saya yakin tak ada satupun orang didunia ini bersedia dilahirkan sebagai seorang Gay dan Lesbian atau mana2 citarasa seks mereka yg songsang. Menghina, mencaci, menjauhi orang yang memiliki kelainan seksual adalah hal yang salah tanpa kita ada usaha untuk mengajak mereka ke jalan yang benar.
Kita orang normal ini memandang mereka dengan hina dan jijik,jauhi mereka, tapi tidak pula berusaha untuk mengubati mereka, kita buat seminar seminar bahaya LGBT tapi ada kita buat seminar untuk dakwah kepada mereka? Kita buat seminar untuk mengutuk mereka,dengan ayat2 quran,tapi kita lupa untuk memetik ayat2 quran yang minta kita amar maaruf nahi mungkar..
Apakah kita rasa mereka manusia yang sudah tidak ada harapan untuk kembali bertaubat? untuk menjadi normal.. Kalau ada org normal boleh berubah jadi Homo,mana mustahil org homo berubah jadi normal,yang penting kita jalankan dakwah kepada mereka..
Fikir semula,apakah golongan LGBT ini,berdosa kepada KITA atau berdosa kepada tuhan?Sehingga kita menjadi tuhan untuk menghukum mereka?
Apakah mereka zalimi diri kita sehingga kita perlu benci pd sosok tubuh mereka,atau mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri dan kita sewajarnya kasihani mereka dan cuba bawa mereka kembali kepada kebenaran..
Setiap insan diberi peluang dan harapan untuk kembali ke jalan yang benar,aku memetik kata Mat Lufthi, "Kalau agama itu tidak beri harapan, maka ia bukan dari tuhan" ..
Dan aku memetik kata kata hikmat dari ISHAB,
"Kita akan perangi mereka ini dengan CINTA" , dan aku tambah "bukan dengan kebencian.."
wallahualam..
Sunday, November 10, 2013
Ujian Allah di dalam Ujian peperiksaan..
Lama gila tak menulis tulisan berbentuk nasihat, cuma hari ini terfikir
untuk kongsikan,ia berdasarkan pengalaman sebagai pelajar di
sekolah,juga di univerisiti..
Ujian/peperiksaan perkara yang wajib dilalui setiap pelajar,dan tahukah kita,saat kita berhadapan ujian tersebut,kita juga diuji oleh Allah,akan sikap jujur kita..
Sedang kita menjawab ujian,pengawas yang menjaga telah keluar dari bilik ujian,maka disitu satu ujian dari Allah kepada kita,apakah dengan keluarnya pengawas,kita mengambil langkah tipu daya demi memperoleh markah yang lebih baik? dengan erti kata kita meniru dan menipu? Jika Ya, tanpa menunggu keputusan ujian dari cikgu/pensyarah,kita telah GAGAL ujian dari Allah.. Itu ujian level pertama,bagi yang kurang imannya.. Yang berjaya, bergembiralah.. Yang gagal,bersedialah..
Ujian level kedua adalah untuk insan yg berjaya dengan ujian pertama dari Allah,Allah beri dia ujian yang lebih berat,dengan menunjukkan sahabat sekelilingnya meniru,dan dia boleh melakukan tindakan yang serupa,yakni bukan kerana faktor pengawas keluar,tapi faktor sekeliling, "ah,semua org tiru,takkan aku xnak tiru" ..Bagaimana begitu?? hanya iman dapat menghalangnya..
Tanya diri kita.. Dalam ketiga ujian ini,apakah yang melepasi semuanya?
Ada yang berjaya semuanya,Alhamdulillah..
Ada yang berjaya ujian bertama , dapat A+ dari cikgu,apakah dapat "markah" yang sama dari tuhan?
Ada yang gagal di ujian pertama,tapi Lulus dengan ujian tuhan..
Tapi looser yang paling unggul adalah,gagal ketiga ketiganya.. Dah la meniru,tapi gagal juga
Tanya diri kita.. Dimana kita..
Allah sebut juga dalam Quran, jangan kata diri kamu beriman sebelum kamu diuji,maka dgn ujian ini..Apakah kita seorang yang beriman? Wallahualam,kita sendiri jawab..
Aku ada sahabat masa bersekolah,satunya yang aku bila peperiksaan,aku bertanding markah tinggi.. Aku tak suka bandingkan dengan org lain kerana aku tak tahu itu markah sebenar atau hasil dari meniru,tapi dengan salah seorg kawan aku,dari tingkatan 1 hingga 3, 6 bawah dan atas. .Aku cenderung utk iktiraf "perlawanan" dgn dia, sebab dia tak pernah meniru.. Selalunya aku tak menang r,tapi beza sedikit sahaja..

Subscribe to:
Posts (Atom)