Sejak isu pertindihan kerusi dulu aku agk tertanya tanya
soal sosialisme .. 'menatang' apakah itu sosialis .. memang aku pernah dengar dan sekadar tahu
ia idealogi ciptaan manusia yg bertentangan dengan islam .. namun lepas isu
haji hadi dan PSM ni , aku teringin ambil tahu , beberapa kali aku ke library
untuk cari buku yang berkaitan sosialisme.. Beberapa kali aku jumpa buku namun
hasilnya, sama seperti yang aku sedia tahu iaitu ia bertentangan dengan islam
.. Aku kemudian tutup buku (berhenti mengkaji) .. Mungkin betul lah kot...
bertentangan dengan islam..
Namun mungkin takdir , atau sememangnya ketetapan untuk aku
terjumpa satu buku berwarna "pink" dalam library selepas bersembunyi
di sebalik rak buku sambil menikmati kesejukan ‘aircond’ pagi tadi , tajuknya
"Islam dan Sosialisme" , yang dikarang oleh 4 orang tokoh dimana
salah satu tokohnya adalah ikon untuk aku sendiri iaitu Dr. Burhanuddin Al
Helmi ,Bekas Yang Dipertua PAS..
Ia sedikit sebanyak mengubah beberapa tanggapan aku.. Dan antara
isi menarik aku masih ingat adalah adalah hujah salah seorang penulis iaitu
beliau mjawab bilamana didakwa sosialisme adalah idealogi ciptaan manusia maka
ia haram , maka dijawab penulis itu sejak bila islam mharamkan sesuatu yang
dari ciptaan manusia selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran islam?
Ditulis beberapa ciri ciri sosialisme seperti sosialisme
menitik beratkan keperluan manusia, jadi alat produksi bahan keperluan perlu
dimiliki negara atau syarikat kerjasama dan tidak boleh pd org perseorangan ,
negara perlu wujudkan undang2 agr pengagihan barang keperluan mestilah scra
adil , mereka mahu hapuskan kapitalisme dan melawan ketidakadilan.. Sosialisme
juga berpendapat bagi manusia yg sihat perlu bekerja dan mereka perjuangkan
kaum yang tertindas (mustadhafir) dan banyak lagi yg selari dengan islam .
Dibincangkan juga bahawa sosialis yang haram itu adalah
sosialis yang tidak bertuhan , ciptaan Karl Mark namun sosialis yg bela
keadilan utk rakyat itu berlainan dari yang tidak bertuhan itu .. Perlu
diingatkan , perkataan sosialis dan sosialisme telah terbit 15 tahun sebelum
Karl Mark lahir iaitu pada thn 1803 di Itali.. Yang menjadi keutamaan adalah
konsep sosialisme itu sendiri.
Banyak kisah kisah sahabat nabi yang diberikan yang ada
relation dengan sosialisme..
Aku tidak sempat membaca sehingga ke muka surat terakhir
buku itu memandangkan kesuntukan masa, insyAllah esok akan sambung ke bab
pertama.. (sehingga tadi sebanyak 14 muka surat adalah kata penghantar oleh
keempat orang pengarang).. Mungkin perkongsian yg lebih menarik selepas selesai
semuanya bagi yang berminat untuk mengetahui tentang sosialisme ini ..
Aku bukan pertahankan sosialisme .. Sehingga sekarang aku
masih mkaji , soal baik dan buruk sosialisme , setakat hari ini aku kongsikan
beberapa sudut positif mereka .. Namun jika ada negatif , itu bukan pelik
kerana ia bukan dari tuhan.. Satu lagi quote yg aku rasa menarik dari buku
tersebut adalah “Barang siapa yang mengetepikan atau mengkritik buku ihya ‘Ulum
al Din karya imam al Ghazali tanpa memahaminya adalah bebal dan siapa yang
mengatakan kitab itu sempurna, dia juga bebal” kerana tiada buku dan kitab yang
sempurna melainkan al Quran. Dari dari masa ke masa kita perlu memperbaiki
ketidaksempurnaan ini dan tidak seharusnya menolak usaha untuk menambah baik
ini kerana ia bercanggah dengan ajaran islam.
Sebenarnya banyak maklumat yang aku peroleh hasil dari kata
aluan empat tokoh ini, 14 muka surat pertama yang sangat mahal harganya namun
ku lihat kali terakhir buku ini dipinjam adalah pada awal tahun 2009.. Sayang
mereka tidak mhargainya..
Ohh .. Perkongsian terakhir tentangnya hari ini , apa makna
‘sosialis’ , ia berasal dari perkataan latin iaitu socius yang bermaksud
“ukhwah” atau “sahabat” atau “kawan” atau “teman” atau “friend” di mana
sosialis amat mengutamakan fahaman persahabatan sebagai unsur pengikat dalam
pergaulan masyarakat..
To be continue …
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)