Tuesday, June 11, 2013

Dr. Ali Shariati : Tokoh reformis Iran

Keinginan utk aku terus mengkaji tentang sosialis hari ini membawa aku kepada seorang tokoh sosialis islam (syiah) yang masyur dan dikatakan menjadi punca kepada meledaknya revolusi iran untuk menjatuhkan Shah Iran, Dr.Ali Shariati..

Sebelum aku berkongsi sedikit berkenaan idea beliau , diingatkan walaupun aku setuju dengan beberapa idea idea beliau dan terkagum dengan beberapa 'qoute' beliau , tapi tidak bermakna aku menerima akidah syiah bahkan berpegang bahawa 'mazhab syiah' adalah selamanya sesat,sama seperti yakinnya aku dengan agama lain selain islam.

Membaca karya beliau perlukan keterbukaan dan perlu tahu untuk membuang perkara yang salah dari diresapi hati kita..

Dr.Shariati kerap mengkritik ulama tradisional syiah (mungkin boleh diguna pakai untuk sebahagian ulama sunni juga) iaitu sikap yg cuba mendapatkan ketaatan membabi buta dari pengikut mereka (taksub), tunduk pada pemerintahan yg zalim , enggan melihat ke depan dan selalu berkhayal dgn 'zaman kegemilangan' ..

Bagi Dr.Shariti , ulama tidak sewajarnya hanya mengatakan mereka mengambil berat terhadap golongan miskin dan tertindas , kerana pemerintah yang korup dan zalim juga berkata sedemikian , islam sebenar lebih dari 'mengambil berat', ia mengarahkan seorang mukmin untuk perjuangkan keadilan,menolak penipuan, dan menghapuskan kemiskinan.

Sebab itu Shariati kerap kali menekankan bahawa kebangkitan islam itu tidak akan dipimpin oleh golongan ulama sebaliknya oleh cendekiawan progresif. Islam akan ditegakkan oleh golongan pemikir berbanding ulama traditional , dalam satu pidato beliau yang bertajuk "Agama Melawan Agama" , Dr.Shariati mendakwa di zaman moden , kaum cendekiawanlah yang memainkan peranan untuk menafsirkan agama yang sebenar.

Beliau juga menyebut dalam buku beliau bahawa walaupun ulama menguasai ilmu pengetahuan dalam buku,tetapi islam yang sebenar dimiliki oleh Abu Dzar , para mujahidin dan revolusioner.

Shariati digelar pembawa marxisme islam , namun sesetengah orang melihat beliau anti marxisme , sangat pertentangan pandangan yang ada namun jika dikaji pemikiran beliau , Dr.Ali Shariati menyifatkan marxisme punyai 3 aliran iaitu Marxisme muda , marxisme dewasa dan marxisme tua , beliau menentang yang muda iaitu marxisme tidak bertuhan dan aliran ketiga iaitu marxisme tua iaitu lebih kepada seorg ahli politik yg suka membuat ramalan yang mungkin perlu dari segi politik tapi tidak yakin berasaskan teori atau ilmu sosialnya.

Aliran kedua Marxisme adalah seorg ahli sains sosial yang mendedahkan kepincangan golongan pemerintah,pentingnya pengaruh sejarah dan kebudayaan pada sesuatu bangsa.

Kesimpulan awal yang aku boleh buat berdasarkan pemikiran Dr.Ali Shariati adalah beliau seorang tokoh perubahan yang menentang kejumudan , menolak ketaksuban , dan berjuang bukan dengan khayalan teori sebaliknya menyeru kepada perubahan yang total , menolak segala maksiat dan ketaatan yang membabi buta kepada pemerintah dan ulama tradisional.

idea beliau mungkin boleh diterima,dan mungkin tidak boleh diterima.. Tapi alangkah baiknya jika semua berlapang dada ..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)