Wednesday, June 12, 2013

Merokok biar bertempat..

Hujung minggu lalu aku mengikuti trip ke Cameron Highland , dan berpeluang ke Ladang Teh BOH .. Udaranya segar dan nyaman , seperti biasa aku lebih suka asingkan diri dari yang lain , memerhati keindahan alam bersendirian, memerhati juga telatah manusia, si anak yang berlari , si ibu yang sibuk membeli , si ayah pening perlu membayar.

Kemudian aku dihampiri 2 lelaki melayu , lingkungan 20an , dan ditangan mereka punya rokok , aku melihat disebelah mereka seorang pelancong asing wanita bersama anak kecilnya dalam kereta tolak bayi.. Melihatkan pemuda itu merokok,wanita tersebut pandang dengan penuh kebencian , lihat pada matanya dia memandang rendah lelaki tersebut.

Entah kenapa aku rasa malu,mungkin itu bangsaku,diperhati seorang bangsa asing dengan kehinaan , lalu aku mendekati mereka , dan katakan :

"Bro,rasanya ini kawasan larangan merokok,ada tertulis tu" , dan aku jelingkan mata tunjuk ada orang luar sedang memerhatikan ,Aku mharapkan cukuplah mereka memalukan bangsaku,mungkin teguran akan menyedarkan mereka, tapi apa jawab mereka?

"Ehh,tadi aku ada lihat orang isap rokok belakang nuu" , sambil terus menyedut gas beracun itu serta hembuskan pd udara yang segar asalnya 

Entah kenapa sikap sopan ala kucing ku hilang lantas terkeluar perkataan yang biasa disebut negeriku dalam hati "babi natang ni,celaka bodo" .. aku fikir tiada guna terus menegurnya ,lantas memalingkan diri.. Melihat pelancong itu dia gelengkan kepala.. aku menjauhi mereka.

Berbalik kepada persoalan merokok , hukumnya,ada yang kata haram dan sebilangan kecil kata makhruh.. namun bagiku hujah yang haram lebih kuat berbanding harus .. Namun penilaian itu biarlah dibuat bedasarkan ilmu masing masing .. akhir kalam ingin aku kongsikan satu hadis nabi yang berbunyi :

"Yg halal itu sudah jelas dan yang haram itu sudah jelas,namun diantara keduanya ada beberapa perkara yg belum jelas (syubhah) , byk org yg tidak tahu apakah ia sebenarnya halal atau haram , maka siapa yg mjauhinya ,demi untuk mbersihkan dirinya dan kehormatannya,maka dia akan SELAMAT, dan barangsiapa yang mencubanya dengan sedikit,dia hampir akan jatuh ke dalam haram"


(B,M,T)

Tuesday, June 11, 2013

Dr. Ali Shariati : Tokoh reformis Iran

Keinginan utk aku terus mengkaji tentang sosialis hari ini membawa aku kepada seorang tokoh sosialis islam (syiah) yang masyur dan dikatakan menjadi punca kepada meledaknya revolusi iran untuk menjatuhkan Shah Iran, Dr.Ali Shariati..

Sebelum aku berkongsi sedikit berkenaan idea beliau , diingatkan walaupun aku setuju dengan beberapa idea idea beliau dan terkagum dengan beberapa 'qoute' beliau , tapi tidak bermakna aku menerima akidah syiah bahkan berpegang bahawa 'mazhab syiah' adalah selamanya sesat,sama seperti yakinnya aku dengan agama lain selain islam.

Membaca karya beliau perlukan keterbukaan dan perlu tahu untuk membuang perkara yang salah dari diresapi hati kita..

Dr.Shariati kerap mengkritik ulama tradisional syiah (mungkin boleh diguna pakai untuk sebahagian ulama sunni juga) iaitu sikap yg cuba mendapatkan ketaatan membabi buta dari pengikut mereka (taksub), tunduk pada pemerintahan yg zalim , enggan melihat ke depan dan selalu berkhayal dgn 'zaman kegemilangan' ..

Bagi Dr.Shariti , ulama tidak sewajarnya hanya mengatakan mereka mengambil berat terhadap golongan miskin dan tertindas , kerana pemerintah yang korup dan zalim juga berkata sedemikian , islam sebenar lebih dari 'mengambil berat', ia mengarahkan seorang mukmin untuk perjuangkan keadilan,menolak penipuan, dan menghapuskan kemiskinan.

Sebab itu Shariati kerap kali menekankan bahawa kebangkitan islam itu tidak akan dipimpin oleh golongan ulama sebaliknya oleh cendekiawan progresif. Islam akan ditegakkan oleh golongan pemikir berbanding ulama traditional , dalam satu pidato beliau yang bertajuk "Agama Melawan Agama" , Dr.Shariati mendakwa di zaman moden , kaum cendekiawanlah yang memainkan peranan untuk menafsirkan agama yang sebenar.

Beliau juga menyebut dalam buku beliau bahawa walaupun ulama menguasai ilmu pengetahuan dalam buku,tetapi islam yang sebenar dimiliki oleh Abu Dzar , para mujahidin dan revolusioner.

Shariati digelar pembawa marxisme islam , namun sesetengah orang melihat beliau anti marxisme , sangat pertentangan pandangan yang ada namun jika dikaji pemikiran beliau , Dr.Ali Shariati menyifatkan marxisme punyai 3 aliran iaitu Marxisme muda , marxisme dewasa dan marxisme tua , beliau menentang yang muda iaitu marxisme tidak bertuhan dan aliran ketiga iaitu marxisme tua iaitu lebih kepada seorg ahli politik yg suka membuat ramalan yang mungkin perlu dari segi politik tapi tidak yakin berasaskan teori atau ilmu sosialnya.

Aliran kedua Marxisme adalah seorg ahli sains sosial yang mendedahkan kepincangan golongan pemerintah,pentingnya pengaruh sejarah dan kebudayaan pada sesuatu bangsa.

Kesimpulan awal yang aku boleh buat berdasarkan pemikiran Dr.Ali Shariati adalah beliau seorang tokoh perubahan yang menentang kejumudan , menolak ketaksuban , dan berjuang bukan dengan khayalan teori sebaliknya menyeru kepada perubahan yang total , menolak segala maksiat dan ketaatan yang membabi buta kepada pemerintah dan ulama tradisional.

idea beliau mungkin boleh diterima,dan mungkin tidak boleh diterima.. Tapi alangkah baiknya jika semua berlapang dada ..

Islam dan sosialisme..

Sejak isu pertindihan kerusi dulu aku agk tertanya tanya soal sosialisme .. 'menatang' apakah itu sosialis  .. memang aku pernah dengar dan sekadar tahu ia idealogi ciptaan manusia yg bertentangan dengan islam .. namun lepas isu haji hadi dan PSM ni , aku teringin ambil tahu , beberapa kali aku ke library untuk cari buku yang berkaitan sosialisme.. Beberapa kali aku jumpa buku namun hasilnya, sama seperti yang aku sedia tahu iaitu ia bertentangan dengan islam .. Aku kemudian tutup buku (berhenti mengkaji) .. Mungkin betul lah kot... bertentangan dengan islam..

Namun mungkin takdir , atau sememangnya ketetapan untuk aku terjumpa satu buku berwarna "pink" dalam library selepas bersembunyi di sebalik rak buku sambil menikmati kesejukan ‘aircond’ pagi tadi , tajuknya "Islam dan Sosialisme" , yang dikarang oleh 4 orang tokoh dimana salah satu tokohnya adalah ikon untuk aku sendiri iaitu Dr. Burhanuddin Al Helmi ,Bekas Yang Dipertua PAS..

Ia sedikit sebanyak mengubah beberapa tanggapan aku.. Dan antara isi menarik aku masih ingat adalah adalah hujah salah seorang penulis iaitu beliau mjawab bilamana didakwa sosialisme adalah idealogi ciptaan manusia maka ia haram , maka dijawab penulis itu sejak bila islam mharamkan sesuatu yang dari ciptaan manusia selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran islam?

Ditulis beberapa ciri ciri sosialisme seperti sosialisme menitik beratkan keperluan manusia, jadi alat produksi bahan keperluan perlu dimiliki negara atau syarikat kerjasama dan tidak boleh pd org perseorangan , negara perlu wujudkan undang2 agr pengagihan barang keperluan mestilah scra adil , mereka mahu hapuskan kapitalisme dan melawan ketidakadilan.. Sosialisme juga berpendapat bagi manusia yg sihat perlu bekerja dan mereka perjuangkan kaum yang tertindas (mustadhafir) dan banyak lagi yg selari dengan islam .
Dibincangkan juga bahawa sosialis yang haram itu adalah sosialis yang tidak bertuhan , ciptaan Karl Mark namun sosialis yg bela keadilan utk rakyat itu berlainan dari yang tidak bertuhan itu .. Perlu diingatkan , perkataan sosialis dan sosialisme telah terbit 15 tahun sebelum Karl Mark lahir iaitu pada thn 1803 di Itali.. Yang menjadi keutamaan adalah konsep sosialisme itu sendiri.

Banyak kisah kisah sahabat nabi yang diberikan yang ada relation dengan sosialisme..

Aku tidak sempat membaca sehingga ke muka surat terakhir buku itu memandangkan kesuntukan masa, insyAllah esok akan sambung ke bab pertama.. (sehingga tadi sebanyak 14 muka surat adalah kata penghantar oleh keempat orang pengarang).. Mungkin perkongsian yg lebih menarik selepas selesai semuanya bagi yang berminat untuk mengetahui tentang sosialisme ini ..

Aku bukan pertahankan sosialisme .. Sehingga sekarang aku masih mkaji , soal baik dan buruk sosialisme , setakat hari ini aku kongsikan beberapa sudut positif mereka .. Namun jika ada negatif , itu bukan pelik kerana ia bukan dari tuhan.. Satu lagi quote yg aku rasa menarik dari buku tersebut adalah “Barang siapa yang mengetepikan atau mengkritik buku ihya ‘Ulum al Din karya imam al Ghazali tanpa memahaminya adalah bebal dan siapa yang mengatakan kitab itu sempurna, dia juga bebal” kerana tiada buku dan kitab yang sempurna melainkan al Quran. Dari dari masa ke masa kita perlu memperbaiki ketidaksempurnaan ini dan tidak seharusnya menolak usaha untuk menambah baik ini kerana ia bercanggah dengan ajaran islam.
Sebenarnya banyak maklumat yang aku peroleh hasil dari kata aluan empat tokoh ini, 14 muka surat pertama yang sangat mahal harganya namun ku lihat kali terakhir buku ini dipinjam adalah pada awal tahun 2009.. Sayang mereka tidak mhargainya..

Ohh .. Perkongsian terakhir tentangnya hari ini , apa makna ‘sosialis’ , ia berasal dari perkataan latin iaitu socius yang bermaksud “ukhwah” atau “sahabat” atau “kawan” atau “teman” atau “friend” di mana sosialis amat mengutamakan fahaman persahabatan sebagai unsur pengikat dalam pergaulan masyarakat..


To be continue …