Assalamualaikum dan salam perkongsian ..
Palestine..Nama
sebuah negara yang tidak asing bagi sesetengah orang, bahkan begitu
dekat dihati mereka ,namun begitu ramai juga diantara muslim Malaysia
hari ini langsung tidak ambil peduli tentang apa itu palestine, apa erti
Palestine kepada mereka walaupun mereka ada mengaji dalam Quran yang
berkali kali menyebut tentang tanah yang diberkati itu,antaranya dalam
surah al Isra’ ayat 1 yang bermaksud “ Maha suci tuhan (Allah) yang
perjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami
perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran kami.Sesungguhnya Dia maha
Mendengar Maha Melihat”.
Adakah
dakwaan saya melampau dengan menuduh ramai muslim malaysia hari ini
langsung tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di Palestine seolah
olah mereka “Tidak ada kena mengena” langsung dengan negara tersebut.
Adakah
salah jika saya mengatakan setiap muslim yang berbelanja di mcd itu
adalah muslim yang tidak langsung punya belas kasihan terhadap nasib
rakyat Palestine? Mungkin salah menyebut begitu dari pandangan
sesetengah pihak,tetapi mengulangi fatwa Syeikh Dr. Yusof Al Qardawi ,
beliau menyebut ‘For ever dolar we spend on israel product/ israel
supporter product,mean a bullet headed toward the chest of every
Palestinian”.
Tahu apa ertinya?
Maknanya disini,setiap kali kita berbelanja di syarikat2
israel,mengeluarkan wang untuk membeli produk yang menyokong kezaliman
Israel terhadap rakyat Palestine,bermakna kita sebenarnya bersubahat
dalam membekalkan wang kepada rejim laknatullah itu untuk membunuh
saudara seagama kita di Palestine.
Muslim hari
ini sebenarnya telah gagal dalam menjadi seorang muslim punyai kecintaan
tinggi terhadap islam dan penganutnya,kita langsung tidak mengambil
berat akan apa yang berlaku di Palestine sedangkan sabda Rasulullah SAW
bermaksud “Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan
kecuali pada 3 masjid iaitu Masjidil al-haram,Masjid al-nabawi dan
Masjidil Al-Aqsa” (Riwayat Al Bukhari,Muslim,Ibnu Majah dan abu Daud)
Jelas
melalui hadis ini mengatakan kepentingan Palestine yang di dalamnya
terletak masjidil al Aqsa,kiblat pertama umat islam dan juga tempat
Rasulullah di israk kan ketika peristiwa isra’ mikraj.
Quran
dan hadis keduanya menekankan bahawa Palestin (Maitul Maqdis) merupakan
tempat atau negeri yang penting buat umat islam,sebagaimana pentingnya
Mekkah dan Madinah kepada kita , namun berapa ramai yang mengambil tahu
mengenainya?
Tepuk dada,tanya iman..
Mungkin
sebelum ini anda tidak mengetahuinya,ok fine!! Anda sudah membaca
sedikit perkongsian dari saya,maka tentu sahaja anda sudah tahu bahawa
Palestine itu negeri yang penting buat semua umat islam,maka harapan
saya,hentikan menyokong sebarang produk yang memberi kepentingan kepada
rejim zionis dalam membantai umat islam Palestine,serta sebarkan kepada
rakan rakan anda bahawa “ Di hujug dunia sana,ada satu negeri berdarah
milik kita bersama yang memerlukan prihatin kita semua”
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)