Friday, June 15, 2012

Merajuk dengan Allah ?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Urhh,agak lama gileer tidak menulis disebabkan kebuntuan idea,entah kenapa pagi ni dapat ilham lagi,moga bermanfaat yea :)

Merajuk dengan Allah..Pernah anda hadapi situasi ini?

Kita sering berdoa pada Allah , ustaz cakap banyakkan berdoa , insyAllah makbul ,Doalah dengan air mata, insyAllah makbul, diberi waktu2 mustajab berdoa , pasti makbul , lalu kita berdoa dan berdoa untuk Allah memakbulkan apa mimpi kita,apa yang kita kehendaki.

Tapi selalu,tidak semua doa kita dimakbul sebagaimana yang kita kehendaki , lama lama kita frust , aigoo . "Aku dah doa banyak kali,tapi tak makbul lagi" , kita mula kurang berdoa "Ahh,bukan Allah terima pun doa aku".

Kita seolah merajuk dengan Allah pabila doa kita tidak tertunai , lalu sebagai tanda protes kepada Allah , sebagai tanda merajuk kepada Allah , kita tidak lagi berdoa , kita melakukan sesuatu yg membawa murka Allah .

Walhal,kita lupa sebenarnya , kita selalu berdoa utk masa depan kita bukan? fikir elok elok , doa kita adalah untuk masa depan kita..kan??kan?? , untuk bersama mereka yang kita cintai , untuk peroleh keputusan yang cemerlang dan lain lain lagi , jika ia berkaitan masa depan , ia ibarat satu 'perancangan' oleh kita tentang masa depan.Tapi kita lupa bahawa takkala kita merancang utk masa depan kita, ALLAH JUGA MERANCANG utk kita, dan rancangan Allah pasti tepat dan lebih baik..

Ibaratnya begini , kita minta gn ayah kita motor , tapi ayah tak beli beli motor , kita frust gn ayah , protes ayah , then kemudian ayah bawa balik kereta proton preve untuk kita , haa,lebih baik kurnia kepada kita.

Jadi bila kita berdoa , lantas tidak dimakbulkan sebagaimana yang kita doakan , laa tahzan , yakinlah Allah ada perkara yang lebih baik untuk kita,teruskan berharap dan berdoa kepada Allah :)

Jika kita berdoa perkara baik,dan makbulkannya,bersyukurlah,itu tandanya Allah sayang kita, bukti?lihat firman Allah dalam surah al baqarah ayat  yg bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Tapi bila kita berdoa,Allah LAMBAT  memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nak uji keimanan kita :)


Lantas bila kita berdoa , tapi Allah langsung tidak memkbulkan doa kita, maka itu tandanya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita..Buktinya? Anda boleh rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 216 yang bermaksud
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

4 comments:

  1. setiap insan yang berdoa pasti akan berharap sepenuhnya pada pencipta Allah SWT. Tidak dapat dinafikan hati manusia pasti akan rajuk tatkala doanya tidak termakbul atau lambat termakbul. manusia tidak dapat melihat jauh ke hadapan melainkan perkara yang hampir dengan dia sahaja.. apabila Allah menguji kita dengan kesabaran dalam menanti doa kita, isikan penantian itu dengan zikir kerana itulah antara cara jika dah betul-betul speechless untuk terus berdoa.. kita bukan berhenti berharap cuma ingin meredakan sedikit harapan yang menggoncang jiwa kita yang mana bisa membuatkan kita menangis dan seperti keseorangan menghadapi sesuatu yang menakutkan kita...

    ReplyDelete
  2. smpai skrang masih merajuk dgn Dia :'(

    ReplyDelete
  3. Aku pun sama.. Mana mungkin tak merajuk.. Apa yg Dia kata dalam surah al baqarah tu aku dah buat semuanya.. Walaupun aku masih terus berdoa, tapi hati aku makin hari makin kontang.. Sebab aku dah tunggu terlalu lama.. Aku paksa jugak hati ni untuk berdoa, aku paksa hati ni untuk berdakwah.. Aku berperang dengan jiwa aku supaya jauh dari maksiat. Tapi hajat aku tak kunjung tiba.. Aku sedar semua ni ujian.. Untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik dari hari semalam kita.. Tapi salah ke aku untuk tidak mahu ganti yang lebih baik? Salah ke aku mahu apa yang aku mahu? Aku sedar semua yang telah berlalu itu qada dan qadar allah.. Aku juga belajar untuk redha.. Tapi rajuk hati aku, aku tak nafikan ia wujud dalam diri ni.. Maaf, sekadar meluah perasan. Sekian..

    ReplyDelete
  4. Aku pun sama.. Mana mungkin tak merajuk.. Apa yg Dia kata dalam surah al baqarah tu aku dah buat semuanya.. Walaupun aku masih terus berdoa, tapi hati aku makin hari makin kontang.. Sebab aku dah tunggu terlalu lama.. Aku paksa jugak hati ni untuk berdoa, aku paksa hati ni untuk berdakwah.. Aku berperang dengan jiwa aku supaya jauh dari maksiat. Tapi hajat aku tak kunjung tiba.. Aku sedar semua ni ujian.. Untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik dari hari semalam kita.. Tapi salah ke aku untuk tidak mahu ganti yang lebih baik? Salah ke aku mahu apa yang aku mahu? Aku sedar semua yang telah berlalu itu qada dan qadar allah.. Aku juga belajar untuk redha.. Tapi rajuk hati aku, aku tak nafikan ia wujud dalam diri ni.. Maaf, sekadar meluah perasan. Sekian..

    ReplyDelete

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)