Tuesday, January 31, 2012

Encik tolong pegang kejap ni yea,saya nak ke tandas ..

 Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Penulis teringat pernah diceritakan seorang ustaz tentang kisah seorang pemimpin di negara kita ..

Ia berlaku di sebuah masjid,ketika pemimpin tersebut berhenti untuk solat,sesudah solat beliau ke keretanya,tapi pemandu beliau tiada,maka beliau pun tunggulah pemandunya ..

Tiba tiba datang seorang mak cik tua,tegesa gesa ke arah lelaki itu,dan meminta tolong untuk memegang barangan yang baru dibelinya,sebab dia nak ke tandas..

Lelaki itu tanpa banyak soal,menolong mak cik itu,memegang barang tersebut ..

Tidak lama kemudian,datanglah mak cik itu,lalu mengambil barangan dia kembali.

Kemudian lelaki itu pun pergi ...

Tidak lama selepas itu,mak cik itu didatangi seorang lelaki ..

Lelaki itu bertanya, "mak cik kenal ke org yg jaga barang mak cik tadi?"

mak cik itu mejawab tidak,

Lalu lelaki itu berkata

'itulah presiden PAS,Tuan Guru Fadhil Nor.."

Terngaga mak cik tu ..seorang pemimpin tertinggi sebuah gerakan islam paling berpengaruh di Malaysia,membantu beliau tanpa banyak soal ..

AL Fatihah buat allahyarham ....

Moga ruhnya dicucuri rahmat ..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)