Tuesday, January 31, 2012

Bukan aku yang fatwakan rokok itu haram .

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Secara personal lah,penulis amat anti/x suka/ benci orang yang merokok.

Bukan apa,si perokok ni langsung tidak sedar bahawa tindakan dia menyebabkan orang lain yang merana ..

Penulis selalu sebut merokok adalah haram,tapi orang cakap ulama kata makhruh je ..

Hujah penulis merokok membazir dan bahaya kesihatan ,tentulah haram,dimananya makhruh?

Quran kata jangan campak diri ke lembah binasa,Quran kata jangan membazir ..]

Bila quran kata,maknanya hukumnya wajib ikut la..

Quran larang = Allah yang larang ..

Tapi kenapa masih ramai tak faham faham?

Cuba lihat dalam portal rasmi majlis fatwa Malaysia ,jelas ia mengatakan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Imam al-Syafi’e juga telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Ok ..Majlis fatwa kata haram,Iman Shafie yg dicari cari kata haram .. So apa lagi yang memakhruhkannya? musykil ambe ..

Konklusinya,bukan aku yang cakap rokok tu haram,tp ulama cakap,iman cakap,majlis fatwa cakap dan Quran pun cakap ... Stop smoking la ... atau baca pesanan manja ini

Dear Smokers, (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے~ ~


Please get a plastic bag & cover urself whenever u want 2 start smoking.
So u can enjoy d smoke 100% by yourself. We don't want any % of it.
██▒▒▒░░Don't kill me & my friends if u want 2 kill urself░░▒▒▒██

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)