Tuesday, January 31, 2012

Gedik islamik

Assalamualaikum dan salam perkongsian.

Baru tadi penulis update status tentang rasa tidak selesa dengan segelintir muslimah muda kita,terlalu khabarkan kepada umum, “aku nak khawin”

Betul,khawin adalah perkara baik,perkara mulia,berkara yang disukai Allah,sunnah Rasulullah saw,

Dan betul,keghairahan ingin berkhawin itu ada dalam jiwa remaja remaja semua.

Tapi penulis agak kurang senang bila,muslimah kita,setiap hari update status pasal kahwin jer.

Walaupunlah bunyi status itu islamik, misalnya “Allah,kurniakan aku zauj yang mampu bimbing aku dunia akhirat” “Allah,temukan aku dengan insan yang itu dan ini”

Ok fine kalau update status sedemikian sekali sebulan,or sekali seminggu,tapi tiap tiap kali pasal kahwin jer, apa cerita?

Allah tak perlu facebook tak tahu apa harapan dalam hati anda,berdoa je lah dalam hati,time lepas  solat setiap hari ..

Kalau berdoa sebanyak mana yang diupdate dalam status,insyAllah ada berkat Allah makbul Je

Bukannya apa,penulis bukan ‘haramkan’ tindakan itu,Cuma orang terengganu cakap “dok comel” lah gitu.

Adakah islam ajar suruh kita hebohkan kepada semua kita nak khawin?

Penulis tidak salahkan rasa ingin berkahwin itu,tapi agak tidak selesa lah..

Apa kata orang tentang muslimah kita..

Dan mungkin kasar,tapi sama jer kalau katakana bahawa ini juga yang kita gelarkan sebagai ‘gedik’ Cuma islamik version jer.. cam kapel islamik and so on … nampak ‘ok’ tapi sebenarnya,agak tidak sesuai…

Sekali sekali takpe…kalau selalu …. Fikir fikir semula

ps-update sal sayang mak ayah takpe .. :) itu tak nampak lah gedik,tp itu nampak kita anak yg reti sayang mak ayah..ada org muda malu kan nak sebut sayang mak ayah (termasuk ambe,hehe),tp itulah sepatutnya diupdate sokmo... :p yeah,i love my papa n mama ... 

Sikap malas itu perlu !

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Sikap malas merupakan sikap yang negatif pada mata kita ..

Malam akan menyebabkan kita miskin ilmu,miskin harta dan miskin segalanya..

Kalau kita malas kawan kawan pun benci,mak ayah confirm 3 bakul membebel pada kita,makan membaca malas bekerja,rajin makan je..

Tatapi sikap malas harus juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita ..

hehe..

Camne tuh?

Seorang perempuan harus ada rasa 'malas nak dedah aurat"

Or malas nak jalan lengang lengok tunjuk punggung..
or malas aku nak keluar dating ..
itu merupakan sikap malas yang terpuji ..

Sama juga untuk lelaki,
Kita harus malas untuk memakai seluar pendek,
Kita perlu malas untuk ganggu anak dara orang,serta malas untuk menonton video lucah..

Ini juga sikap malas yang terpuji ..

So,jangan pandang semua negatif yea..cari yang  putih disebalik kehitaman :)

Kepelbagaian jemaah islam di Malaysia : kenapa tak perlu menjadi satu?

Assalamualaikum dan salam perkongsian,juga salam selamat tamat exam bagi mahasiswa/I Malaysia.

Alhamdulillah,sekian lama memikirkan satu persoalan yang ditimbulkan seorang pengguna facebook tentang kepelbagaian jemaah islam di Malaysia,dan beliau timbulkan satu persoalan yang jelas pada persoalannya itu,dia mahukan jemaah islam di Malaysia semuanya bersatu.

Sebelum ingin mengulas tentang persoalan tersebut dengan lebih lanjut,eloklah penulis terlebih dahulu ‘perkenalkan’ beberapa jemaah islam di Malaysia.

Jemaah islam induk (baca: kerana memiliki paling ramai ahli)  di Malaysia tentu sahaja ada sebuah pertubuhan politik iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Di samping itu Kita lihat wujud banyak NGO berlatar belakangkan islam di Malaysia hari ini,ABIM,IKRAM,HALUAN, dan banyak lagi..

Selepas melalui beberapa fasa perjuangan masing masing di Malaysia,hari ini wujudlah beberapa jemaah islam yang menyerlah.

Dan berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan pengguna facebook dalam group tersebut ,yakni dia amat mahukan penyatuan jemaah islam di Malaysia.

Penulis dapat melihat ‘nilai murni’ itu wujud dalam hati beliau,tapi pada pandangan penulis sendiri,itu adalah sesuatu yang bukan terletak pada realiti.

Bagi penulis ,  cadangan untuk menyatupadukan jemaah islam semuanya di Malaysia adalah amat tidak realistik,amat tidak sesuai dalam kontek Malaysia hari ini.

Bahkan bagaimana untuk berpadu jika hanya matlamat yang sama tetapi gerak kerjanya berlainan?

Bagaimana hendak bersatu kalau wujud manusia yang hanya mahu memimpin dan menjadi pemimpin dalam jemaah,dan menolak untuk menjadi pengikut?

Penulis amat yakin jika berlaku penyatuan sekarang dalam jemaah islam hari ini,maka PERPECAHAN yang lebih besar akan berlaku di masa hadapan.

Biarkan sahajalah setiap jemaah itu dengan caranya dalam mengejar matlamat masing masing.

Dan sebagai manusia yang berfikir, pilihlah mana mana jemaah yang kamu yakin terbaik.

Benar setiap jemaah itu bukan semuanya betul,tapi pilihlah yang terbaik.

Kita tidak boleh mendakwa jemaah kita semuanya betul,tapi kita boleh pilih jemaah yang mana paling betul pada mata kita.

Kita dalam A kata kitalah yang paling betul,dan dia  dalam B kata dia yang paling betul,biarlah dia nak kata dia paling betul pun,apa susah.Sebab memang semuanya betul, JANGAN kita kata Aku betul engkau salah sudah!

Apatah lagi elakkan menjadi insan yang sibuk mengata dan menilai kepada situasi yang berlaku walhal diri sendiri tidak berada dalam mana mana jemaah .

Pada pandangan penulis sendiri, Adalah tidak menjadi satu keperluan untuk semua jemaah islam kita bersatu hari ini , nak bersatu tunggu sistem khalifah kembali dimuka bumi, time tu kita wajib bersatu.KALAU boleh bersatu hari ini,maka bersatulah,tapi kalau guna KALAU , kalau kalau kalau kalau kalau kalau… maka tak bekerjalah semuanya.

Bersatu itu bagus,tapi nak tunggu bersatu,penulis dah dalam kubur mungkin masih tidak akan bersatu.Bekerja je la dalam mana mana yang paling kita yakin,apa susah?


KITA BOLEH MENYERU KEPADA PENYATUAN,TAPI TIDAK BOLEH MEMAKSA KEPADA PENYATUAN ITU .


PS-Sekadar pandangan peribadi diri sendiri … !!! Ini Yang Saya  Rasa Betul .. Kalau kalau kalau kalau kalau kalau kamu tidak setuju,dan tetap nak bersatu semuanya,maka cubalah untuk menyatukan .. (KALAU KALAU KALAU KALAU KALAU boleh)

Seorang teman facebook memberi komen “Yusuf Qaradhawi sebut yang jemaah-jemaah pada hari ini adalah ijtihad, bukannya semestinya satu kerana tiada pemimpin yang menyatukan umat setelah khilafah jatuh. Maka pilih untuk mengikut ijtihad yang kita rasakan terbaik. Kita yakin ijtihad jemaah yang kita pilih adalah yang paling baik, tetapi kita tidak mengatakan jemaah lain salah. Bahkan ijtihad sebaik mana pun, yang Allah pandang adalah berapa banyak kerja yang kita lakukan. Jika kita berbangga dengan fikrah dan sebagainya, tapi kerja tak buat, maka...? Dan Yusuf Qaradhawi juga mengqiaskan jemaah-jemaah yang berbilang hari ini seperti mazhab-mazhab fiqh. Yang penting, semua mesti bekerja untuk Islam, dan tidak bergaduh melupakan persaudaraan Islamiyah. Dan orang yang tidak bersama mana-mana jemaah telah meninggalkan suatu sunnah, maka di sini khilaful aula. Wallahu a'lam.

Begitu jugalah maksud penulisan penulis hari ini,kalau ada salah faham perlukan perjelasan.Inbox saja :)

Encik tolong pegang kejap ni yea,saya nak ke tandas ..

 Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Penulis teringat pernah diceritakan seorang ustaz tentang kisah seorang pemimpin di negara kita ..

Ia berlaku di sebuah masjid,ketika pemimpin tersebut berhenti untuk solat,sesudah solat beliau ke keretanya,tapi pemandu beliau tiada,maka beliau pun tunggulah pemandunya ..

Tiba tiba datang seorang mak cik tua,tegesa gesa ke arah lelaki itu,dan meminta tolong untuk memegang barangan yang baru dibelinya,sebab dia nak ke tandas..

Lelaki itu tanpa banyak soal,menolong mak cik itu,memegang barang tersebut ..

Tidak lama kemudian,datanglah mak cik itu,lalu mengambil barangan dia kembali.

Kemudian lelaki itu pun pergi ...

Tidak lama selepas itu,mak cik itu didatangi seorang lelaki ..

Lelaki itu bertanya, "mak cik kenal ke org yg jaga barang mak cik tadi?"

mak cik itu mejawab tidak,

Lalu lelaki itu berkata

'itulah presiden PAS,Tuan Guru Fadhil Nor.."

Terngaga mak cik tu ..seorang pemimpin tertinggi sebuah gerakan islam paling berpengaruh di Malaysia,membantu beliau tanpa banyak soal ..

AL Fatihah buat allahyarham ....

Moga ruhnya dicucuri rahmat ..

Bukan aku yang fatwakan rokok itu haram .

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Secara personal lah,penulis amat anti/x suka/ benci orang yang merokok.

Bukan apa,si perokok ni langsung tidak sedar bahawa tindakan dia menyebabkan orang lain yang merana ..

Penulis selalu sebut merokok adalah haram,tapi orang cakap ulama kata makhruh je ..

Hujah penulis merokok membazir dan bahaya kesihatan ,tentulah haram,dimananya makhruh?

Quran kata jangan campak diri ke lembah binasa,Quran kata jangan membazir ..]

Bila quran kata,maknanya hukumnya wajib ikut la..

Quran larang = Allah yang larang ..

Tapi kenapa masih ramai tak faham faham?

Cuba lihat dalam portal rasmi majlis fatwa Malaysia ,jelas ia mengatakan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Imam al-Syafi’e juga telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Ok ..Majlis fatwa kata haram,Iman Shafie yg dicari cari kata haram .. So apa lagi yang memakhruhkannya? musykil ambe ..

Konklusinya,bukan aku yang cakap rokok tu haram,tp ulama cakap,iman cakap,majlis fatwa cakap dan Quran pun cakap ... Stop smoking la ... atau baca pesanan manja ini

Dear Smokers, (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے~ ~


Please get a plastic bag & cover urself whenever u want 2 start smoking.
So u can enjoy d smoke 100% by yourself. We don't want any % of it.
██▒▒▒░░Don't kill me & my friends if u want 2 kill urself░░▒▒▒██