Wednesday, May 4, 2011

Pakai tudung labuh pun buat maksiat juga ....... ?

Assalamualaikum dan salam satu ummah (bukan satu Malaysia ke? )

Penulis teringat pernah menegur seorang kenalan berkenaan kenalannya yang tidak bertudung,then jawabnya kenalan penulis ni,

"Ala,dia tak bertudung,tak semestinya dia jahat,orang yang bertudung labuh pun ramai yang rosak dan jahat juga"..

Haissshh..

Jadi ini alasan yang terbaik untuk terus tidak bertudung?

Kerana yang bertudung tak semestinya baiK??

Lawak sungguh..

Ketika itu penulis mengambil keputusan untuk tidak menjawab kerna otak blank (tak tahu nak jawab apa)

Kemudian tidak lama dahulu penulis membaca satu status dari facebook syahirul.com , katanya memberi hujah yang jelas iaitu kalaulah yang bertudung ni juga tidak semestinya baik,tetapi PALING KURANG DIA PATUH AKAN PERINTAH ALLAH SUPAYA BERTUDUNG,SUPAYA MENUTUP AURAT !! yang tidak bertudung tu ?? terus engkar dah..terang lagi bersuluh ..

Betul lah,penulis akui,terdapat segelintar muslimah yang bertudung labuh,tetapi ada melakukan maksiat,TETAPI seramai manakah itu ? Yang jelas sekarang yang tidak bertudung itu dalam keadaan MAKSIAT SEPANJANG MASA..bukan begitu?

Kadang kadang penulis pelik dengan pemikiran zaman sekarang ...Begitu sekali hujahnya dalam nak menegakkan benang yang basah..

Apa yang boleh kita katakan pada manusia begini ??

KESIAN....................

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)