Wednesday, May 4, 2011

pohon semalu & kaum hawa ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Pernah dengar tak pengajaran pohon semalu yang diberitahu kepada siti Fatimah oleh Rasulullah..

Pada mulanya Fatimah agak marah takkala beliau berjalan dengan bapanya itu,kaki beliau terpijak duri semalu,tetapi Rasulullah dengan tenang berkata bahawa pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita ...

Fatimah terkezut lalu tertanya kenapa,

Rasulullah menyambung dengan memberi pangjaran dari pohon semalu iaitu,

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Jadi,para wanita ingatlah,Pohon semalu yang di kaki kamu pun jika kamu amati,ia membawa pengajaran yang besar kepada kamu..sedarlah dan contohi la pohon semalu itu dari kamu contohi para artis yang melalaikan dan menyesatkan minda orang muda seperti kamu ..

Pakai tudung labuh pun buat maksiat juga ....... ?

Assalamualaikum dan salam satu ummah (bukan satu Malaysia ke? )

Penulis teringat pernah menegur seorang kenalan berkenaan kenalannya yang tidak bertudung,then jawabnya kenalan penulis ni,

"Ala,dia tak bertudung,tak semestinya dia jahat,orang yang bertudung labuh pun ramai yang rosak dan jahat juga"..

Haissshh..

Jadi ini alasan yang terbaik untuk terus tidak bertudung?

Kerana yang bertudung tak semestinya baiK??

Lawak sungguh..

Ketika itu penulis mengambil keputusan untuk tidak menjawab kerna otak blank (tak tahu nak jawab apa)

Kemudian tidak lama dahulu penulis membaca satu status dari facebook syahirul.com , katanya memberi hujah yang jelas iaitu kalaulah yang bertudung ni juga tidak semestinya baik,tetapi PALING KURANG DIA PATUH AKAN PERINTAH ALLAH SUPAYA BERTUDUNG,SUPAYA MENUTUP AURAT !! yang tidak bertudung tu ?? terus engkar dah..terang lagi bersuluh ..

Betul lah,penulis akui,terdapat segelintar muslimah yang bertudung labuh,tetapi ada melakukan maksiat,TETAPI seramai manakah itu ? Yang jelas sekarang yang tidak bertudung itu dalam keadaan MAKSIAT SEPANJANG MASA..bukan begitu?

Kadang kadang penulis pelik dengan pemikiran zaman sekarang ...Begitu sekali hujahnya dalam nak menegakkan benang yang basah..

Apa yang boleh kita katakan pada manusia begini ??

KESIAN....................

Kepayahan menjadi khalifah adalah jalan menuju jannah ^_^

"Menjadi sebaik-baik hamba & khalifah,
bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..

Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah..

Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..
Kita kan khalifah,
mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah?
Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..

Lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba..?

Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!

Tangisan itu pasti tidak sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalan-Nya."

tazkiyatunnafs fi sobah

Song + sex +sport + screen + stim = Kehancuran umat islam

Assalamualaikum dan salam hari jumaat ^^

Pernah dengar 5 perkara diatas?

Adakah ia selalu berlaku dalam kehidupan seharian anda?

Percaya atau tidak,5S diatas adalah cara pihak kuffar yang mahu hancurkan islam..

5S diatas adalah kesinambungan dari perang salib (mereka tewas berperang,kini gunakan kaedah merosakkan minda,akhlak umat islam terutamanya belia islam)

S yang pertama adalah SONG ..SONG ni bahasa kampung penulis(hihi),kalau ikut bahasa melayu baku,ia bermaksud LAGU,atau dari sudut istilah ia adalah HIBURAN..

Benar,pihak kuffar gunakan hiburan untuk melemahkan umat islam..

Ramai belia belia islam,remaja islam dilalaikan dengan hiburan sehingga lupa akan tugas mereka sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini..

Tengok sendiri di Malaysia,indonesia,umat islam dilalaikan dengan hiburan,para artis diangkat ke tahap setinggi tingginya walalupun jelas moral mereka berada di paras serendah rendahnya ..

Terdapat lagu lagu yang bait liriknya mengandungi unsur yang bertentangan dengan islam,ada unsur unsur yang memuja dajjal dan sebagainya,tetapi ia menjadi santapan kegemaran remaja dan belia hari ini ..

Bila jiwa dan fikiran mereka tertumpu pada hiburan,maka berjayalah rancangan KUFFAR untuk meruntuhkan umat islam..

S yang kedua adalah SEX .. Yang dalam Bahasa melayu nya penulis try cari dalam kamus bahasa indonesia ke BM tetapi tak jumpa,jadi korang try cari sendiri ekk..

SEX ditakrifkan sebagai LAMBANG CINTA di negara barat,dan hari ini,remaja malaysia,belia malaysia dan indonesia juga menggunakan SEX sebagai lamabng CINTA...nak bukti??

Yang tiap tiap hari dulu masuk paper baby dibuang tu la bukti terbesarnya..

SEX ini disuburkan kedalam belia sekarang melalui budaya KAPEL@COUPLE ...Yang bercouple,pastinya berkata mereka tak pernah berhubungan seks,jadi tidak terperangkap dengan strategi kuffar ini...Anda sebenarnya silap,kerna bila berkapel,anda sudah jatuh ke lembah itu sedalam dalamnya.

Bila berkapel,pastinya anda lupa Allah,lupa tugas anda sebagai khalifah Allah di muka bumi..benarkan?

Jadi,anda BIJAK???jauhi couple !!

S yang ketiga adaLah SPORT..

Ini satu hal,SPORT = SUKAN ..

Kuffar menggunakan SUKAN sebagai jalan untuk melemahkan umat islam..

Remaja dan belia islam dilalaikan dengan hiburan berbentuk sukan,BOLA SEPAK khususnya ..

Penulis suka bagi satu contoh iaitu pada hari pertama piala dunia 2010 di afrika tidak lama dahulu,tak kala ramai belia islam bersorak menonton perlawanan sukan itu,umat islam di Qaza palestin mati di bom dan dibunuh..Mereka menangis dan kita bersorak,dmana nilai kita sebagai saudara mereka?

Ada seorang kenalan penulis sanggup tidak tidur malam demi sukan tetapi solatnya tidak ..hempeh..

Penulis bukan kata menonton bola itu haram,tetapi SEDARLAH BAHAWA,ITU ADALAH STRATEGI KUFFAR UNTUK MERUNTUHKAN KEKUATAN UMAT ISLAM HARI INI..

Main bola pun boleh jadi HARAM taw,Bila bermain bola,confirm budak budak melayu (bukan semua tapi majoriti) akan memakai seluar pendek,jadi permainan bola yang sebenarnya HARUS terus bertukar HARAM ... tapi...........tetap juga diamalkan .:(

S yang keempat adalah SCREEN ... atau bahasa mudahnya adalah rancangan di tv,wayang,dan seumpamanya yang ditayangkan di skrin..ehe

perihal screen ni,kalian boleh baca disini,notes penulis yang lepas http://www.facebook.com/note.php?saved&&note_id=178980238789754

Dan S yang terakhir adalah STIM ...iaitu KETAGIH ..

beliau islam hari ini telah runtuh terus apabila mereka ketagih dengan alat kuffar iaitu ROKOK dan DADAH ..

Jangan lupa bahawa ROKOK menyebabkan peristiwa 1APRIL di Granada berlaku,kerna ROKOKnya begitu mudah umat islam disana dibunuh,tapi hari ini,tanpa segan silu,remaja islam dan umat islam merokok..

Mereka sudah ketagih dengan alat syaitan itu ,lebih teruk mereka ketagih dengan dadah,dan sebagainya sehinggakan mereka SUDAH LUPA TANGGUNGJAWAB MEREKA SEBAGAI UMAT ISLAM,TANGGUNJAWAB MEREKA SEBAGAI HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI...DAN TANYAKAN PADA ANDA ...ADAKAH ANDA TERMASUK DALAM SALAH SEORANG DARI YANG MEROKOK?DARI MANGSA YANG TERMAKAN STRATEGI KUFFAR ? TEPUK DADA,TANYA IMAN..

5S ini menyebabkan islam hari ini lemah...

hari ini,jelas sudah strategi 5s ini telah berjaya melemahkan islam..

didepan mata kita ia terpapar kesannya ..

Adalah sukar untuk menghapuskan pengaruh 5S ini..tetapi adalah baik untuk KITA YANG MENGETAHUI untuk menjauhi 5S ini ...

Berhenti sekarang ...

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ^_^

Kalau tak kapel macam mana nak kenal hati budi bakal pasangan ? (meh aku jawab)

Assalamualaikum dan salam clash dari berkapel belaka... :)

Penulis pernah mengutarakan kepada teman teman bahawa kapel itu haram..

Then dengan penuh bangganya dengan hujah yang penuh keyakinan dia menjawab

"Amar,dah kalau kita kapel ni haram,macam mana kita nak kenal hati budi dia,nak tahu dia ok atau tidak,macam mana sikap dia,kalau terus khawin mana boleh kenal,bagaimana nanti bila dah khawin tahu dia ni rosak dah,tak elok dah,tak ke menyesal"

Haha..

first sekali,jujur penulis cakap,penulis ketawakan hujah mamat ni dalam hati "hik hik hik"

Kononnya nak kenal hati budi,tak nak pilih yang rosak nanti,padahal bila kamu berkapel dengan dia,pegang pegang tangan,maknanya kamu DAH ROSAKKAN DIA LA BRADER...

ko dah jadi PEROSAK tanpa kamu sedari ..

Adakah perlu kapel sebelum nikah di zaman moden ini untuk dapatkan pasangan yang baik?penulis pernah menulis berkenaan perkara ini di

http://www.facebook.com/note.php?note_id=192745030746608

bacalah ..

Lagi pun,

Satu lagi,kalau nak cari pasangan yang baik,kalau tak nak tersilap pilih,kamu kenalah pandai pandai cari,pertama sekali,tengok pada KETURUNAN dia..

Kalau jenis mak bapak dia tak ikut Allah,tak solat tak puasa,free hair ..itu bukanlah dari keluarga yang baik baik.Mak bapak dia sokong orang yang lawan Allah,makan gaji buta,rezeki ayah dia bagi hasil haram,mana tak 'rosak' budak tu..

Macam macam la hujah yang diberikan bagi mereka yang nak tegakkan benang yang basah ini,kapel itu ok? last last aku fikir hari ni mereka tegak benang yangb asah,besok2 adalah benang kain tu betul betul basah..hissshh...tak mustahil la tu ... moga dijauhkan ...

LEBIH BAIK PEGANG BAB-1 DARI .............

Assalamualaikum dan salam KERINDUAN ..

Penulis dalam seminggu dua ni diberi peluang atau iktibar oleh Allah untuk melihat sekeliling penulis dengan teliti..Mungkin sebagai ilham untuk penulis terus menulis..

Begini,ada seorang sahabat menceritakan,dia larang seorang rakan dia,jangan berkapel,dosa katanya..

Dengan penuh tertibnya rakannya yang berkapel tu menjawab,

"Ala,kami kapel bukan buat maksiat pun,kami berjumpa depan orang ramai,depan kawan kawan"

Nak jadi cerita, rakan penulis lihat sendiri pasangan ni waktu mahu pulang dari kelas si wanita ni duk salam dan cium tangan teman lelaki nya..kononnya minta restu nak balik.....GILA KE APA?

Nak aku terajang juga budak dua ekor ni..

Itu satu cerita,penulis ada juga melihat sekeliling(dengan mata sendiri beb),melihat pasangan saling bergurau,pegang pegang tangan..

Mak oooiii,tu baru kepel pegang pegang tangan tanpa segan silu depan khalayak,belakang khalayak???(sahabat pesan suruh bersangka baik,so ana bersangka baik "mungkin belakang khalayak mereka jaga batas batas pergaulan mereka")

Penulis seyakin dan pasti,dalam islam MELARANG dan MENGHARAMKAN 2 insan berlainan jantina yang bukan muhrim untuk bersentuhan selagi tidak akad,dan penulis juga rasa rasa,tiada dalam QURAN yang mengHARAMkan pegang babi@khinzir..Kita dilarang untuk makannya sahaja kan?kalau terpegang kita sucikan dengan menyamak kan?

SO,BAIK KORANG PEGANG BABI LA DARI KORANG DUK RABA RABA TEMAN WANITA KORANG TU ....BERDOSA,TUHAN MARAH..KORANG KATA PEGANG BABI ITU JIJIK,TAPI KORANG TAHU TAK TINDAKAN KORANG TU LEBIH JIJIK DARI PEGANG BABI?yyeeeekkk...

tudung jarang?baik buang terus!! nak fesyen2? huh!!

Assalamualaikum dan selamat petang..

Disebabkan had waktu,jarang sekali ana menulis notes sekarang..(padahal tak tahu nak tulis apa)ehe..

Nak bercakap soal tudung perempuan aci?

Ana perhatikan lah,secara sengaja kot,ramai wanita wanita islam yang bertudung,tutup keseluruhan rambutnya...

Malangnya,ana tak tahu mata ana ni ada sinar apa,yang membuatkan ana dapat menosok terus kedalam tudungnya itu dan melihatlah rambut rambut yang berwarna hitam dan kadang kala keperang perangan..

Ana bukanlah sengaja nak tengok,tapi dah bila berada di depan,ana kena pejam mata ka?nak jalan camna?

Gua pelik..Ana pelik..saya pelik..

Kenapa pakai tudung kalau begitu?

Tujuan pakai tudung tu nak tutup rambut kan?

Terutama tudung yang warna putih,Allahurobbi,macam lutsinar je..

Kepada rakan rakan perempuan,hati hati dan tengok tengok la jenis tudung yang kamu pakai..

Saya fikir,sama 2x5 je jika kamu pakai tudung jarang dengan tak pakai tudung terus..

Tujuan pakai tudung bukan sebab orang lain pakai,tapi untuk tutup rambut kamu dari penglihatan lelaki,ada faham?

Satu hal ana pernah tegur seorang rakan berkenaan gaya pemakaian tudung yang pelik,sampai lilit lilit begitu..Mak oiii rakan dia back up dia kata "Amar ketinggalan zaman,inilah fesyen" ...

Ciss...Seb baik aku takde mood nak menjawab masa tu..

Adik kakak yang disayangi semua..

Dengar sini nak bagitahu..

Pakai tudung bukan sekadar nak tutup kepala..bukan sebab nak berfesyen,Tapi niat kerana ALLAH...

Ana yakin dan percaya dalam kubur malaikat tak kan tanya

"Kenapa kamu tidak pakai tudung mengikut fesyen terkini hah????"

Berubahlah ... !!