Wednesday, December 11, 2013

Cerpen : “Kini Aku Peduli”

Akmal,,pemuda berusia 27 tahun,seorang pegawai pemasaran disebuah syarikat terkemuka,mempunyai seorang isteri dan memiliki sebuah rumah di Kemaman. Akmal seorang yang gigih mencari rezeki dan bekerja kuat,beliau sangat bertanggungjawab kepada keluarganya,setiap bulan dihantar kepada ibu bapanya wang saraan dan isterinya sentiasa diberi wang untuk dibelanjakan.

Akmal memiliki segala galanya, kehidupannya senang dan tidak mengharapkan bantuan orang,dia juga tidak suka menyusahkan orang lain dan pada masa yang sama,dia tidak suka menyusahkan diri kerana orang lain.

Setiap hari,diwaktu lapang beliau melayari internet, log in akaun facebooknya dan mendapatkan berita dan cerita dari internet.

Satu hari,beliau terlihat satu gambar yang dikongsikan sahabatnya dari pages Aqsa Syarif,meminta umat islam membayar hutang mereka kepada rakyat Palestin,yang sekarang ditekan oleh Israel, dan melihat juga gambar rakyat syria yang kebuluran,ditindas oleh rejim Bassar al Assad,kelihatan di caption gambar mengharapkan bantuan insan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan.

"Ah,sikit sikit minta derma,ingat mudah ke aku usaha keras cari duit hari hari,nak bagi kat depa" , bentak hati Akmal, dia kurang selesa bila datang kepadanya orang yang meminta bantuan, baginya, duitnya adalah miliknya,kenapa harus dikongsikan bersama.Allah bagi tulang 4 kerat untuk bekerja,yang malas,rasakan penangannya.

Akmal mengabaikan segala pos tentang Palestin dan Syria,dan dia meneruskan hidupnya seperti biasa. Baginya, kenapa perlu peduli mereka yang jauh disana, lebih baik dibantu keluarganya yang berada dekat dengannya, lebih afdal menurutnya.

Satu hari, Akmal di datangi seorang aktivis Palestin,diceritakan kepada Akmal,rakyat palestin kita terdesak,mereka dikepung kiri dan kanan dan tiada bekalan makanan, sumbangan dari kita diperlukan untuk meringankan penderitaan mereka.Akmal tidak memandang ke arah mata aktivis itu,sekadar mendengar sambil bermain game di Iphone 5 nya, bila saat dihulurkan balang derma, Akmal cakap "Sorry bang,takde duit kecil,lain kali deh,insyAllah"..

Aktivis itu berkata, "Eh bang,duit besar pun takpe, tak kan nak bagi duit kecil je,bantu saudara seagama kita di sana tu".

Akmal terpukul dengan kata kata aktivis itu,mahu tak mahu,kerana malu dia menghulurkan RM5 ke dalam tabung itu,lalu berlalu.

Bisik hati aktivis itu "RM5 duit besar,mesti miskin orang ini,baik hatinya sanggup berkorban demi saudara di Palestin" , dia kemudian berkata "Moga murah rezeki bang" .. Akmal jeling,lalu menjawab dalam hati "rezeki aku ko dah kebas lah" ..

Aktivis itu mendoakan kesejahteraan Akmal,dan dia berlalu pergi.

Malam itu,Akmal tak lena tidur, dia tertanya tanya,kenapa diberi RM5 sedangkan dia ada RM3 dalam poketnya, bukan kah dah rugi RM2 disitu.Akmal terus memikirkan kehilangan yang dia rasainya,sehingga isterinya perasan lalu bertanya "Kenapa gelisah je bang?" , jawabnya, "takde apa apa, duit abg hilang tadi"

Isterinya terkejut, "Bagaimana boleh hilang bang? banyak ke?"

Beliau menjawab "RM5" ,kemudian sunyi.. Tiada kedengaran bunyi, Apakah isterinya juga terkejut,lantas tidak bisa bersuara,dia berpaling ke arah isterinya,rupanya sudah bungkus dan tertidur."CISS" , bentak Akmal dalam hati..Lalu dia pun cuba tidur,akhirnya terlelap...

Paginya,hujan turun dengan lebat,dan Akmal terlena sehingga jam 9.21 pagi,cepat cepat dia berwuduk dan Qada' solat subuh,dia memohon ampun pada tuhan kerana kelewatannya,Akmal di satu sudut,tidak pernah mengabaikan solatnya,baginya kejayaan sebenar adalah bilamana dia sendiri menuju ke arah kejayaan bila diseru oleh bilal,solatlah dia,berdoalah dia agar dosanya diampunkan,dan rezekinya dimurahkan.

Sesudah solat,hujan masih tidak berhenti,syukurlah hari tersebut hari jumaat, jadi beliau cuti dan tidak perlu ke tempat kerja, lalu sesudah solat,beliau buka laptopnya untuk menyambung cerita Running Man episod 174,dalam hujan yang lebat itu,beliau menonton rancangan dari Korea Selatan itu.

Hari semakin gelap,dan malam pun menjelma,hujan masih tidak berhenti.Akmal tidak bimbang,rumahnya dikawasan tinggi,mana mungkin banjir naik air,bekalan makanannya cukup untuk sebulan,makanya dia meneruskan menonton drama jepun pula, "Great Teacher Onizawa",sehingga jam 11,beliau terlelap.

Tidak lama selepas terlelap,isteri beliau mengejutkan beliau,

"Bang..Bang,bangun bang,air naik ni"

Akmal masih dalam keadaan mengantuk,dia menarik selimutnya..Lalu sang isteri menjerit "Bang bangun,subuh dah" ,terus Akmal bangun dan melihat ke arah jamnya, "4 pagi" - "Weh,subuh tengorak hang jam 4 pagi,ingat ni Bandung ke?"

Isteri Akmal ketawa kecil, "Sorry mas,terpaksa menipu,umah kita dinaikin air mas" , gurau isterinya dalam Bahasa Indonesia, isteri yang cerdik tidak panik dalam situasi cemas ini, katanya "Keep Calm and troll your husband".

Hah? Mana mungkin itu.. AKmal terkejut,beliau keluar rumah dan lihat air semakin naik,kawasan depan rumahnya tenggelam,isterinya terus berkata sesuatu dalam nada humor "Allahuakbar bang,sebab tu air naik,Allah kata "Kun" je, terus "Fayakun" , Akmal rasa nak tumbuk je isterinya. Tapi sebab isterinya cantik,tak jadi.

Akmal panik,dia mengarahkan barang keperluan disimpan di tempat yang tinggi,dia yakin.. air tidak akan sampai.. Lalu dipunggah segala barang ke loteng..Usai pindah,dia senyum.. "Alhamdulillah,kita selamat, rumah kita kan besar dan tinggi,air mana boleh tenggelamkan semuanya" , isterinya balas "Jangan takabur bang" dengan nada bergurau juga,tapi disebabkan dia sudah rasa selamat, dia gelak.. hahaha..

Jam 6 pagi,hujan masih tidak berhenti dan kini,air sudah naik ke aras 2 rumahnya,tingkat pertama sudah tenggelam dan Akmal mula bimbang,lagi1 jam jika hujan tidak berhenti,maka tenggelamlah rumahnya, dengan air yang memasuki rumahnya, Akmal solat subuh di loteng,usai solat,beliau naik ke atap dan menjerit dengan perasaan yang berat,

"Tolong...tolong,kami terperangkap" , kebetulan bot penyelamat dari melalui kawasan rumahnya, dia merasakan bot itu akan ke arahnya, namun ternyata,pekikan Akmal tidak didengari, lantas bot itu meninggalkan mereka, Akmal cemas. Dia masuk kembali ke loteng dan hujan masih tidak mahu berhenti menodai tanah di bumi, 30 minit berlalu , air memasuki loteng, isterinya yang selalu ceria,masih tersenyum namun bibirnya mengeletar kesejukan, Akmal sedikit terkesan dengan sikap isterinya,masih gagah melontarkan senyuman tak kala ditimpa musibah,teringat kata kata sahabatnya, Bro Sufi, “Hidup ini ibarat roda,sekali di atas,dan sekali dibawah,insan yang hebat adalah yang mampu tersenyum dalam kedua dua situasi”, ternyata isterinya hebat. Senyuman isteri dijadikan motivasi,beliau sekali lagi kea rah bumbung rumah dan mengambil kain untuk dibuat bendera, beliau memekik meminta pertolongan. 20 minit berlalu,masih tidak sampai pertolongan, jam menunjukkan 1.03 petang,maknanya waktu zohor telah masuk,lantas berbekalkan air banjir beliau mengambil wuduk dan solat, usai solat beliau berdoa,dan segala pengharapan kita beliau serahkan kepada tuhan. Beliau tidak sanggup membayangkan wajah isterinya sekiranya pertolongan masih belum sampai.

Seminit kemudian, kedengaran bunyi enjin bot, kearahnya, dan berhenti betul betul dihadapannya, Akmal terkedu lantas sujud kesyukuran, dia teringat ayat ke 13 dalam surah Ar-Rahman, “Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang mahu kamu dustakan?” , dengan linangan air mata kesyukuran,beliau berlari ke loteng untuk mendapatkan isterinya, dia melihat separuh badan isterinya tenggelam dan barangan bekalannya semuanya sudah tenggelam,Akmal mengangkat isterinya yang sudah lemah ke dalam bot,dan mereka menuju ke pusat perpindahan mangsa banjir.

Dalam bot,Akmal bertanya kepada isterinya “Awak ok ke tak ni?” jawab isterinya “Asal kamu disisi, bukan banjir besar, tsunami pun saya ok” , mereka gelak bersama, petugas yang pandu bot cukup menyampah dengan dua pasangan itu,tapi…Mereka peduli apa,cemburu semata.

Sesampai di pusat perpindahan , Akmal terkejut dengan jumlah orang disana,penuh dengan manusia, dia mencari tempat yang kosong,dan kesana bersama isterinya.

Beberapa jam dipusat perpindahan,Akmal mula kelaparan, dia bertanya petugas samada ada atau tidak makanan untuk mereka suami isteri mengalas perut,malangnya tiada bekalan makanan kerana perhubungan terputus saat ini, Akmal tidak berputus asa, dia merayau rayau ke sekitar pusat perpindahan jika ada yang punyai bekalan , paling kurang sedikit buat isterinya.

Lalu kemudian, bahu dia ditepuk dari belakang, “Assalamualaikum bang,jadi mangsa juga ke?” , Akmal menjawab salam itu dan menoleh ke belakang, rupanya itu aktivis Palestin yang dia dermakan RM5 hari tu, jawab Akmal “Iye dik, rumah abg pun tenggelam,sekarang abang cari sedikit makanan untuk isteri”.

Aktivis Palestin itu menjawab “Ujian bang,rakyat Palestin kena lagi teruk dari kita, ini bang,sedikit roti yang saya bawa dari rumah,mungkin rezeki abg” .

Akmal terharu, jarang sekali beliau mengambil barangan dari orang lain,namun demi isterinya,dia mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepada aktivis itu. Lalu dia berlalu ke arah isterinya.

Sambil memakan roti yang ada,dan menyuapkan kepada sang Isteri, kepala Akmal kini terfikir fikirkan sesuatu, dia yakin tidak ada yang berlaku jika bukan ketentuan tuhan, dia memikirkan apa yang tuhan mahu beritahu dirinya,lantas dia teringat saat dia tidak peduli akan nasib rakyat Palestin dan Syria, dan hari itu,dia berada dalam situasi yang hamper sama, fikirnya “Apa akan jadi kepadanya jika semua orang berfikiran seperti aku dulunya,yang tidak peduli akan kesusahan saudara seagama disana,tentu sahaja aku akan kebuluran,dan isteriku janda”.

Akmal insaf dan sedar,dia bersyukur pada tuhan, dirinya diberi petunjuk sebelum ajal mendatang, lalu dia membisikkan kepada isterinya “Nanti keadaan pulih kita daftar menjadi Aqsa Syarif dan bantu rakyat Palestin deh” , isterinya senyum,cuba untuk troll suaminya namun linangan air mata terlebih dahulu menutup mulutnya..

Thursday, December 5, 2013

Rukhsah yang diabaikan II : Jamak sebab Sakit dan Hajat.



Rukhsah berkenaan jamak , bukan sahaja disebabkan faktor hujan sebagaimana post semalam sebaliknya ada 2 lain faktor lain yang membolehkan kita jamak iaitu disebabkan sakit mahupun disebabkan hajat.

Jamak disebabkan sakit boleh dilakukan sekiranya sakit itu tenat dan berat bagi mereka untuk menunaikan solat fardhu. Jadi paling kurang,pesakit tidak akan tertunggu tunggu masuk waktu dan boleh mendapatkan rehat yang secukupnya.

Jamak disebabkan hajat pula diberikan kepada doktor yang sedang melakukan pembedahan selama berjam jam, ataupun orang yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama berjam jam sehinggakan sukar untuk lari dari kesesakan itu.Begitu juga untuk banduan dalam penjara yang tidak dapat menentukan masuk waktu. Akhir sekali adalah pengawal keselamatan yang tidak dapat meninggalkan kawasan jagaannnya yang KRITIKAL dengan suasana ketika itu.

Wednesday, December 4, 2013

Rukhsah yang diabaikan : Jamak ketika hujan

Aku ada baca buku ramadan lalu, bertajuk 'Fikah Luar Negara' oleh DrMazlee Malek, antara yang dibincangkan adalah soal jarak solat Qasar (percaya tak 16km dah boleh qasar?) , tentang Koshe ,makanan sembelihan yahudi yang halal dan juga yang menarik, berkenaan jamak ketika hujan.Kebetulan kita di musim hujan,saya ingin kongsikan perihal 'jamak ketika hujan'.

Memandangkan ramai antara friends list aku adalah bermazhab Shafie,maka aku hanya berikan menurut pandangan shafie.

Menurut mazhab yang majoriti rakyat Malaysia anuti ini, adalah harus untuk kita jamak solat ketika hujan iaitu zohor + asar , dan maghrib + isya'..

Dalil? Ada hadis sahih mengatakan nabi solat jamak zohor dan asar di madinah tanpa baginda dalam keadaan musafir (ada menambah 'dalam keadaan takut)

Mazhab shafie hanya benarkan utk jamak taqdim,iaitu solat permulaan adalah zohor dan maghrib.

Dan syarat syaratnya adalah:

Pertama : Hujan ada time takbiratul ihram pertama dan kedua,dan ketika salam kedua.

Kedua : UNTUK YANG BERJEMAAH DI MASJID SAHAJA! (mazhab hambali berpendapat lebih luas)

So,selamat beramal.. Ingat, Islam itu mudah Jangan dipersulitkan..

PS- Ingat.. jamak TANPA qasar deh.. Jangan pandai2 qasar pula

Friday, November 22, 2013

Ibrah dari 2 perjalanan..

Aktiviti seawal pagi tadi akan mendaki Bukit Bauk,perjalanan yang memakan masa 1 jam,dan sangat meletihkan,bukitnya menegak selepas separuh perjalanan sangat menyukarkan.. Saat keletihan di paras paling tinggi,saat tu lah terdetik dalam hati :

"Inilah benda paling penat aku buat sepanjang hidup ni"

Kemudian aku imbas kembali Mukayyam di Jeram Penitir,Kemaman pada 29/09/2013, kira kira 2 bulan yang lalu, perjalanan dari tepi jalan raya tempat kami ditinggalkan sehingga ke tapak perkemahan, memakan masa 4 JAM , terutamanya perjalanan balik di tengah matahari panas,jalan berbatu dan penghujungnya hanya fatamorgana sehinggalah perjalanan berakhir jam 1 tengahari.. Saat tu,aku fikir dalam hati juga,bahawa perjalanan itulah yang paling letih dalam hidup aku..


Pun begitu,dalam kedua perjalanan ini, kaki tetap melangkah menuju ke depan walau peluh mengalir hingga ke titisan terakhir..

Bila aku gabungkan kedua pengalaman ini,aku berjaya simpulkan satu pengajaran berguna, saat kita menghadapi masalah,dugaan,cabaran mahupun kesukaran dalam hidup, jangan sesekali mengalah,walaupun kita rasa teramat sukar untuk melaluinya, sebab bilamana tiba saat kita berjaya mengatasi masalah itu, kita sendiri akan lupa akan kesukaran itu,bahkan bila datang musibah lain, mungkin yg lebih kecil berbanding cabaran sebelumnya,kita akan rasa yg kecil ini lebih berat cubaannya,kerana apa?

Kerana kita sedang melaluinya.. Kita akan rasa itulah paling susah,tapi yakinlah pada tuhan,jika kita tetap teguh berjalan,insyAllah.. Bila kaki kita membuka langkah terakhir,melepasi masalah itu.. Kita akan lupa akannya.. Dan kita mampu kembali tertawa,melihat gelagat kucing yang kecewa..

Pun begitu,kedua pengalaman aku diatas,adalah sesuatu yang aku akan sentiasa hargai kenikmatannya, perjalanan untuk mencari redha Ilahi,disamping mendapatkan tubuh yang sihat..

PS-Pasang niat, sebulan sekali naik insyAllah

Wednesday, November 20, 2013

Teladani Ahmad Ammar..

Aku baca kisah Ammar yang syahid di syria, mulanya menyangka ia spread dalam facebook sahaja sehinggalah hari ni, cerita tentang beliau disebut sebut di dalam kelas..

Beliau adalah contoh teladan yang baik , sepatutnya boleh jadi batu loncatan buat kita yang sebelum ini tidak pasang niat utk "Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina" , boleh lah berbuat demikian..

Kita sewajarnya jangan jadikan kisah ini sebagai satu kisah yang kita kagumi,tapi tidak mahu contohi, ia tidak beri kesan kepada beliau,tapi kalau dengan kisah beliau,kita contohi beliau,tentu sahaja pahala berterusan buat beliau insyAllah kerana beliau yg "mengajar" kita erti perjuangan..

Kita tidak perlulah mengatakan "umur beliau 20 dah syahid dan aku masih tak kemana" , sebab jelas kita tidak akan kemana hanya dengan mengeluh sedemikian.. Mulakan langkah pertama utk mcontohi beliau..

Bagaimana?

Usrah.. saya yakin beliau adalah seorang yang mengikuti usrah, dari usrah pergi kepada kefahaman dan insyAllah,dari kefahaman akan pergi kepada amal..

Tapi usrah sahaja tidak cukup, kita perlu ada org disekeliling untuk mendidik dan tarbiyah kita, maka langkah kedua adalah sertai gerakan dakwah,sebagaimana beliau menyertai ABIM.. Dan kita banyak pilihan lain lagi,asalkan ia membawa islam sbg dasar perjuangannya ,cuma saya sarankan selain daripada ISMA.. yg lain insyAllah boleh :)

Friday, November 15, 2013

Sikap kita terhadap pengamal LGBT..


Amalan seks songsang sememangnya sangat dilarang dan diharamkan oleh islam. Tidak ada sedikit pun keraguan terhadap pengharaman ini. Sikap kita terhadap amalan ini mestilah dengan penuh rasa benci dan jijik,kerana ia juga dibenci oleh Allah.. Dan tidak ada satupun agama yang menghalalkan amalan ini..Sesungguhnya Allah melaknat kaum ini sebagaimana disebut dalam surah Hud.ayat 83

"Maka tatkala datang azab Kami, Kami balekkan jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"

Bagaimana pula sepatutnya sikap kita terhadap pengamal amalan ini,apakah kita disuruh untuk benci mereka oleh tuhan ataupun Allah beri tugas lain pada kita terhadap mereka?

Soroti kisah Nabi Luth dan sikap baginda terhadap kaum gay di dalam masyarakatnya,apakah apabila baginda ditugaskan sebagai rasul kepada kaumnya,adakah baginda telah melaknat kaum itu dan maki hamun mereka atau baginda berdakwah kepada mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar?

Rasanya baginda bertindak dengan berdakwah kepada mereka, sebab jelas tugas kita adalah berdakwah dan ajak mereka ke arah kebenaran,bukan menghukum mereka,kerana menghukum itu tugas Allah.Apa kita mahu ambil tugas Allah kah?

Kita cuba selami jiwa mereka,kita tanya mereka.. Apakah mereka minta utk dilahirkan sebagai seorang gay,lesbian,bisexual, atau transgender. Saya yakin tak ada satupun orang didunia ini bersedia dilahirkan sebagai seorang Gay dan Lesbian atau mana2 citarasa seks mereka yg songsang. Menghina, mencaci, menjauhi orang yang memiliki kelainan seksual adalah hal yang salah tanpa kita ada usaha untuk mengajak mereka ke jalan yang benar.

Kita orang normal ini memandang mereka dengan hina dan jijik,jauhi mereka, tapi tidak pula berusaha untuk mengubati mereka, kita buat seminar seminar bahaya LGBT tapi ada kita buat seminar untuk dakwah kepada mereka? Kita buat seminar untuk mengutuk mereka,dengan ayat2 quran,tapi kita lupa untuk memetik ayat2 quran yang minta kita amar maaruf nahi mungkar..

Apakah kita rasa mereka manusia yang sudah tidak ada harapan untuk kembali bertaubat? untuk menjadi normal.. Kalau ada org normal boleh berubah jadi Homo,mana mustahil org homo berubah jadi normal,yang penting kita jalankan dakwah kepada mereka..

Fikir semula,apakah golongan LGBT ini,berdosa kepada KITA atau berdosa kepada tuhan?Sehingga kita menjadi tuhan untuk menghukum mereka?

Apakah mereka zalimi diri kita sehingga kita perlu benci pd sosok tubuh mereka,atau mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri dan kita sewajarnya kasihani mereka dan cuba bawa mereka kembali kepada kebenaran..

Setiap insan diberi peluang dan harapan untuk kembali ke jalan yang benar,aku memetik kata Mat Lufthi, "Kalau agama itu tidak beri harapan, maka ia bukan dari tuhan" ..

Dan aku memetik kata kata hikmat dari ISHAB,

"Kita akan perangi mereka ini dengan CINTA" , dan aku tambah "bukan dengan kebencian.."

wallahualam..

Sunday, November 10, 2013

Ujian Allah di dalam Ujian peperiksaan..

Lama gila tak menulis tulisan berbentuk nasihat, cuma hari ini terfikir untuk kongsikan,ia berdasarkan pengalaman sebagai pelajar di sekolah,juga di univerisiti..

Ujian/peperiksaan perkara yang wajib dilalui setiap pelajar,dan tahukah kita,saat kita berhadapan ujian tersebut,kita juga diuji oleh Allah,akan sikap jujur kita..

Sedang kita menjawab ujian,pengawas yang menjaga telah keluar dari bilik ujian,maka disitu satu ujian dari Allah kepada kita,apakah dengan keluarnya pengawas,kita mengambil langkah tipu daya demi memperoleh markah yang lebih baik? dengan erti kata kita meniru dan menipu? Jika Ya, tanpa menunggu keputusan ujian dari cikgu/pensyarah,kita telah GAGAL ujian dari Allah.. Itu ujian level pertama,bagi yang kurang imannya.. Yang berjaya, bergembiralah.. Yang gagal,bersedialah..

Ujian level kedua adalah untuk insan yg berjaya dengan ujian pertama dari Allah,Allah beri dia ujian yang lebih berat,dengan menunjukkan sahabat sekelilingnya meniru,dan dia boleh melakukan tindakan yang serupa,yakni bukan kerana faktor pengawas keluar,tapi faktor sekeliling, "ah,semua org tiru,takkan aku xnak tiru" ..Bagaimana begitu?? hanya iman dapat menghalangnya..

Tanya diri kita.. Dalam ketiga ujian ini,apakah yang melepasi semuanya?
Ada yang berjaya semuanya,Alhamdulillah..
Ada yang berjaya ujian bertama , dapat A+ dari cikgu,apakah dapat "markah" yang sama dari tuhan?
Ada yang gagal di ujian pertama,tapi Lulus dengan ujian tuhan..

Tapi looser yang paling unggul adalah,gagal ketiga ketiganya.. Dah la meniru,tapi gagal juga

Tanya diri kita.. Dimana kita..

Allah sebut juga dalam Quran, jangan kata diri kamu beriman sebelum kamu diuji,maka dgn ujian ini..Apakah kita seorang yang beriman? Wallahualam,kita sendiri jawab..

Aku ada sahabat masa bersekolah,satunya yang aku bila peperiksaan,aku bertanding markah tinggi.. Aku tak suka bandingkan dengan org lain kerana aku tak tahu itu markah sebenar atau hasil dari meniru,tapi dengan salah seorg kawan aku,dari tingkatan 1 hingga 3, 6 bawah dan atas. .Aku cenderung utk iktiraf "perlawanan" dgn dia, sebab dia tak pernah meniru.. Selalunya aku tak menang r,tapi beza sedikit sahaja..