Friday, January 31, 2014

Ibrah dari kisah Qorun buat adik adik :)

Awal tahun lalu diadakan satu kajian terhadap kanak kanak akan kerjaya pilihan mereka, dan majoriti (12%) memilih pelakon/artis sebagai kerjaya. Tentu sahaja, hasil kajian itu agak mengecewakan tapi ia tidak mengejutkan..

Artis diangkat dan disanjung hebat, dapat pula wang ribu ribu sekali persembahan/filem.. Tentu sahaja ramai nak perkara 2 dalam 1.. Populariti dapat, wang pun dapat. Dan tentu sahaja,remaja dan org besar jika diberi peluang,nak jadi artis dan pelakon.. Tentu sahaja ada yang mengharapkan untuk menjadi seperti artis artis itu..

Bagi yang ada niat dan cita cita itu, aku nak ceritakan satu kisah, ia seperti kisah kalian juga, ia berlaku di zaman Firaun, ada seorang manusia kaya, bapak segala kaya sehingga kalau kita jumpa harta dalam tanah hari ni, kita panggil dia "Harta Qarun" , itu menunjukkan betapa kayanya dia. Itulah Qorun Laknatullah.

Dan tentu sahaja, orang miskin dan rakyat bawahan mahukan kekayaan dan hidup seperti Qorun, Pakai pakaian baru,bermegah,populariti etc

Itulah analogi kita dan orang miskin di zaman Firaun itu, semua bercinta cita mahu jadi seperti Qorun.. Dan menangisi kehidupan sediada..

Namun apa berlaku kemudian?

Qorun dilaknat Allah,dia akhirnya mati dengan hina ditenggalamkan hartanya sendiri, masa itu orang miskin dan rakyat bawahan tengok nasib yang menimpa Qorun,mereka laknat akan angan angan mereka,tentu sahaja mereka tidak mahu berakhir seperti Qorun.

Qorun,seksaan dan azabnya,Allah tunjuk dibumi, bagi pelakon/artis yang kebanyakannya ahli maksiat, Allah tak tunjuk segera azabnya,Allah maha penyayang beri masa mereka bertaubat, tapi yang tak sempat bertaubat? Azab juga di akhirat kelak dan ketika itu, kita yang bercita cita untuk menjadi seperti mereka,tentu sahaja akan mensyukuri takdir mereka yang semasa hidupnya,tidak menjadi ahli maksiat itu..

(Apa yang baik dimata kita,mungkin tidak baik di sisi Allah,dan apa yang buruk di mata kita,mungkin lebih baik disisi Allah)

Thursday, January 30, 2014

Apa itu Hikmah

Hikmah bermaksud dampak yang timbul dari mengerjakan sesuatu atau meninggalkan sesuatu.

Contoh hikmah itu misalnya "Jika kita melaksanakan solat secara benar, dampak yang timbul adalah ia mencegah kita dari melakukan kemungkaran".

Perbuatan kita itu berdampak, orang yang BIJAK adalah orang yang memikirkan tentang dampak akan tindakannya.

Dampak ada 2 jenis iaitu jangka pendek, atau jangka panjang.

Ulama sebut "Orang berakal adalah orang yang paling jauh pandangannya akibat akibat segala sesuatu tindakannya itu"

Jadi maksud hikmah adalah kita kontrol setiap tindakan pada pikiran kita maka sebelum bertindak,kita akan berfikir..

Sering kali manusia itu gagal mendefinisikan tindakannya itu baik atau buruk. Atau baiknya bertahan sejenak atau buruknya akan datang seterusnya.

Contoh kita ingin bernikah, begitu kita tertarik dengan sifat fizikal, maka kita mula berfikir bahawa adakah dengan bernikah dengan perempuan ini baik untuk kita atau tidak,samada akan jadi problem atau solusi kepada kita. Tak mungkin kita bertanya kepada calon isteri itu samada dia itu bakal jadi solusi atau problem kepada kita.Seringkali kita bias dalam isu ini, kita tertarik dengan fizikalnya biasnya berlaku.

Dalam pilihan tindakan itu banyak,kita selalu punya bias,dan mengakibatkan pilihan kita tidak tepat,maka dampaknya akan muncul kemudian baru kita sedar bahawa pilihan kita ini,salah.

Sebab itu Allah mendefinasikan makna "Keberakalan" iaitu Allah sebut "Orang orang yang mendengarkan perkataan,lalu mengikuti yang terbaik daripada perkataan itu,maka dia berakal" .

Faktor utama yang menjadikan kita berakal adalah kebiasaan mendangar, bukan berbicara, sebab itu telinga ada 2 mulut ada 1, 2kali dengar sekali bicara.

Pepatah menyebut,Diam itu adalah kearifan,tapi sedikit sekali orang bisa melakukannya..Jadi untuk menjadi arif,control mulut dan banyakan mendengar.Pastikan bila berbicara yang keluar itu emas, jangan sesekali racun.

Erti mendengar itu adalah anda memintai pendapat orang lain tentang sesuatu, bahasa agamanya adalah istisyarah, sebab itu nabi sebut "tidak akan gagal orang yang bermesyuarah" , maka sebelum melakukan sesuatu,tanya dulu pendapat orang lain. Sebaik baik teman adalah orang yang memberi pandangan dengan apa adanya tanpa bias.

Melawan nafsu dalam diri bukan pekerjaan yang mudah, terutama jika ia melibatkan dampak masa panjang. Kerana itu kearifan memerlukan kita untuk jangan tergesa gesa dan menerima nasihat serta pandangan orang, dan itulah puncak kepada hikmah.

Menjadi bijak itu bukan soal pengetahuan,tapi persoalan karekter,selama mana anda mampu bersabar dari berbicara sesuatu yang sia sia.

"Dan tidak adalah orang yang diberi kebijakan kecuali orang orang yang sabar"

Tindakan menunda kesenangan masa pendek akan beri kesan yang baik dimasa kemudian. Jangan bimbang akan kesusahan masa pendek kerana ia hanya masalah kecil berbanding kesusahan masa panjang.

Jadi,kebijakan kita menentukan pilihan akan memperlihatkan kebijakan kita..

Wallaua'lam.

Wednesday, January 22, 2014

Kisah taubat Ka'ab Bin MaliK

Contoh kejujuran yang paling masyur boleh didapati dari kisah Ka'ab Bin Malik.. Kisah ini diulang beberapa kali dalam Usrah sehingga nama itu kekal dalam kepala..Siapa itu Ka'ab Bin Malik ni?

Kisahnya bermula saat perang Tabuk, ada beberapa orang yang tidak menyertainya dan salah seorang adalah Ka'ab, beliau telah menyertai hampir semua peperangan bersama Rasulullah kecuali Perang Badar. Faktornya dia lalai, lalai kerana dunia, dan beliau tidak punya satu keuzuran pun pada saat itu.

Saat kaum muslim persiapkan diri untuk pergi berperang,beliau melengah lengahkan sehinggalah tentera islam bertolak, beliau sudah terlambat untuk mengejar mereka.

Bilamana dia tertinggal,dia tengok yang ada dalam Kota ketika itu hanyalah para wanita,anak anak ,org yg uzur dan orang orang munafik,lalumulalah rasa penyesalan dalam jiwanya.

Setelah beberapa waktu berlalu, Rasulullah pun pulang ke Madinah, ketika itu ramai orang munafik beri alasan alasan palsu untuk menyelamatkan diri mereka,dan Rasulullah menerima alasan mereka,sehingga tibalah giliran Ka'ab, beliau mendekati Rasulullah dan Rasulullah senyum dan bertanya perihal ketidakhadirannya,lalu Ka'ab menjawab, bahawa kalau bukan berada dia hadapan Rasulullah, dia akan mereka reka alasan ketidakhadirannya untuk menyelamatkan diri,akan tetapi dia bimbang dibenci Allah, lalu Ka'ab menceritakan hal yang sebenarnya, lantas Rasulullah bersabda "pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Bila beliau berlalu, ramai orang menyuruhnya kembali kepada nabi dan beri alasan palsu sebagaimana yang lain,lalu Ka'ab bertanya kepada mereka "Adakah orang lain yang serupa dengannku?"

Orang orang pun menjawab ada iaitu Murarah bin Rabi’ah dan Hilal bin Umayah dan mereka berdua menerima nasib yang serupa.

Tidak lama kemudian, Rasulullah melarang masyarakat bergaul dengan mereka bertiga, sehinggalah tiada siapa bercakap dengan mereka. Dua rakan Ka'ab menangisi nasib mereka di rumah manakala Ka'ab masih kuat utk ke masjid dan cuba beri salam pada Nabi , bila ia terpandang nabi,maka nabi cepat cepat berpaling,dan begitulah tindakan masyarakat kepadanya.

Dalam tempoh mereka dipinggirkan itu,datang ujian Allah pada Ka'ab bila utusan dari Raja Ghassan untuk menjemput Ka'ab ke sana dan tinggal di sana dengan dijanjikan layanan yang baik dari raja. Namun Ka'ab langsung membakar surat tersebut.

Selepas 40 hari dipinggirkan,datang utusan nabi untuk memerintahkan Ka'ab dan dua rakannya untuk menjauhi isteri masing masing. Ka'ab bertambah sedih lalu bertanya utusan tersebut samada beliau harus menceraikan atau sekadar mjauhkan diri,maka jawab sang utusan,hanya menjauhkan diri. Isteri Hilal memohon dari Rasululah agar beliau dibenarkan melayani Hilal kerana beliau sudah uzur lalu nabi membenarkan.

Ada Keluarga Ka'ab yang menyuruh Ka'ab untuk menyuruh isterinya melakukan yg sama namun beliau enggan. Maka teruslah beliau dipinggirkan sehingga genap 50 hari,50 malam, usai beliau solat subuh, seorang rakannya berteriak "Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!"

Betapa gembiranya Ka'ab sehingga beliau menghadiahi pakaian yang beliau hanya pakaian itu dia miliki.

Selepas pinjam pakaian dengan kawannya, Ka'ab pergi menemui rasulullah , beliau kemudian bertanya samada pengampunan itu dari nabi atau dari Allah,maka jawab rasulullah,ia dari Allah.

Beliau membaca ayat pengampunan nya dengan menitiskan air mata T_T

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

..

Apa pengajarannya?

1. Jangan melengahkan seruan jihad/kerja.
2.Jujurlah,biarpun ia akan menyuliti dirimu.

Sunday, January 19, 2014

Jangan melampau benci wahabi

Bilamana pemimpin arab saudi diserang sebagai "Barua" , "boneka" Amarika, aku tidak dapat tidak melainkan untuk bersetuju bahawa Raja Abdullah adalah barua Amarika, dan dia wajar dicelakakan..

Tapi bilamana turut mengaitkan fahaman gerakan wahabi sebagai barua Amarika, something wrong somewhere. Awat kesalahan pemimpin Arab Saudi diletakkan pada fahaman dan kelompok wahabi? Pukul rata yang sangat tidak adil dan berniat jahat.

Bagaimana boleh kata wahabi pro- Amarika bilamana barat sendiri menganggap wahabi adalah "ekstrimis" etc? Barat anggap wahabi ni kelompok nak hancurkan orang kafir dengan kekerasan..

Benci wahabi pun,berpada padalah.. Sehinggakan melihat hanya buruk mereka, ya aku tak nafi wahabi ada buruknya, tapi lihat juga baik mereka, katakan jika bukan aliran mereka yang menguasai pemikiran ulama arab saudi , apakah hukum Allah, hudud akan dilaksanakan di arab saudi? Arab Saudi yang dikuasai pemikiran wahabi itulah satu satunya negara yang mengamalkan hukum hudud! Dari segi politik memang ada kelemahannya,tapi bab hukum? Quran dan sunnah!

Kalau bukan pemikiran mereka menguasai arab saudi, tak mustahil amalan2 bidaah, khurafat berleluasa di arab saudi/ Mekkah sebagaimana berlaku pada zaman sebelum gerakan wahabi wujud.. Kalian tahu tak sebelum Muhammad Abdul Wahhab muncul, amalan khurafat,menyembah kubur etc berleluasa di arab saudi? Kalau bukan kerana keras mereka, tak mustahil di Mekkah berleluasa amalan2 karut.

Abu Ala Maududi , ulama terkemuka pakistan sepatutnya dihukum bunuh,kalau bukan kerana tekanan dari saudi , hukuman bunuh dibatalkan dan dipenjara seumur hidup, dan kemudian dibebaskan hasil juga kerana usaha mereka.

Aku sendiri menolak beberapa tindakan wahabi , bab suka membida'ahkan scra melampau, aku pun tidak setuju , sikap keras mereka bahkan ada ketikanya aku tolak jika di Malaysia..Tapi ramai orang menyalahkan wahabi 100%, menuduh secara pukal bahawa semua tindakan wahabi sebagai sesat dan kafir etc.. Tindakan tersebut adalah terburu buru dan melampaui batas.

Thursday, January 16, 2014

Buat ahli Bida'ah..

Salah seorang tabi’in bernama ‘Amru bin Salamah al Hamdani mengisahkan, bahwa Abu Musa Al Asy’ari pernah berkata kepada Ibnu Mas’ud, “Wahai Abu Abdirrahman, baru tadi di mesjid aku lihat sesuatu yang aneh. Akan tetapi ia sesuatu yang baik, alhamdulillah”.

“Apa itu?” tanya Ibnu Mas’ud.

“Kamu bisa melihat sendiri nanti” jawab Abu Musa. “Tadi Aku melihat orang-orang dalam beberapa halaqah (kelompok) sedang duduk di mesjid. Sambil menunggu solat, di masing-masing halaqah ada satu orang yang memimpin mereka, dan masing-masing anggotanya menggenggam batu.

Orang tersebut lalu berseru, “takbir seratus kali..” lalu mereka mulai bertakbir. Lalu kemudian ia berkata lagi, “ tahlil seratus kali” dan mereka pun bertahlil. Kemudian ia berkata “tasbih seratus kali” dan mereka pun bertasbih. Lanjut Abu Musa.

“Lantas apa yang kau katakan kepada mereka?” tanya Ibnu Mas’ud.

“Aku sengaja tidak mengatakan apa-apa, karena ingin tahu apa pendapatmu”

Jawab Abu Musa. “Mengapa tidak kau perintahkan agar mereka menghitung kesalahan mereka, dan kau jamin bahwa kebaikan mereka takkan hilang?” tegur Ibnu Mas’ud.

Keduanya pun berlalu meneruskan perjalanan, dan kami mengikuti mereka sampai tiba di salah satu halaqah yang dimaksud. Sambil berdiri di hadapan mereka,

Ibnu Mas’ud bertanya: “Apa yang sedang kalian lakukan?” “Wahai Abu Abdirrahman, ini adalah kerikil yang kami gunakan untuk menghitung takbir, tahlil, dan tasbih” jawab mereka.

“Hitung saja kesalahan kalian, karena aku jamin tidak akan ada kebaikan kalian yang hilang sedikitpun…

Celakalah kalian wahai umat Muhammad ! Alangkah cepatnya kalian binasa, padahal para sahabat Rasulullah ada di mana-mana, pakaian Rasulullah belum lusuh, dan bejana beliau belum pecah?! Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya; kemungkinannya hanya dua: kalian berada di atas ajaran yang lebih benar dari ajaran Muhammad, atau kalian pembuka pintu kesesatan !” lanjut Ibnu Mas’ud.

“Wahai Abu Abdirrahman, Demi Allah, kami hanya mencari kebaikan” jawab mereka. “Berapa banyak pencari kebaikan yang tidak pernah mendapatkannya” tukas Ibnu Mas’ud.

‘Amru bin Salamah -perawi kisah ini- lantas berkata, “Sungguh, aku melihat kebanyakan dari mereka akhirnya bersama kaum khawarij melawan kami di perang Nahrawan”

Riwayat ini jelas menunjukkan para sahabat menentang keras perkara ibadat yang diada adakan,maka siapakah hari ini yang menyambung perjuangan para sahabat nabi..

PS - Nasib baik murtabak tidak wujud pada zaman itu..

Saturday, January 11, 2014

Agenda Kristianisasi,hadapi dengan dengan cara nabi atau cara sendiri..

Aku tidak menafikan bahkan amat sedia maklum Malaysia adalah negara yang menjadi sasaran kristianisasi kerana geografi kita termasuk dalam negara 10/40 Window..Sasaran mereka lah tuh.. Mengapa mereka menyebarkan dakwah mereka, mungkin untuk membalas "jasa" Jesus yang terkorban kerana dosa mereka,maka ini jalan mereka membalas pengorbanan.. Adakah kita,dalam kontek negara hari ini sekarang punyai hak untuk menghalang dakwah mereka? Jawabnya YA iaitu dengan kuasa yang ada, jelas dalam perlembagaan Malaysia melarang agenda kristianisasi, pun begitu bilamana dakwah mereka tetap berlaku , bagaimana cara menghadapinya? Itu yang akan aku bincangkan dalam post ini..

Pokoknya, di zaman nabi juga berlaku proses krisitianisasi , bagaimana Rasulullah berdepan dengannya? Adakah dengan mengatakan per'himpun'an bersama sama sahabat, atau dengan membakar gereja mahupun membakar kitab bible atau dengan memaki hamun mereka? Atau nabi memilih jalan yang hari ini dilebel "liberal" hari ini oleh satu kelompOk NGO yang aku fikir huruf "K" wajar ditambah selepas perkataan "NGO_" iaitu jalan dialog/debat dengan mereka?

Jom perhatikan kisah nabi berhadapan mubaligh kristian di zaman baginda..

Satu hari ada satu pendakwah kelompok kristian di madinah, nabi pergi kepada mereka,mereka datang tentu sahaja untuk menyampaikan dakwah mereka, lalu bermulalah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w dengan mubaligh kristian..

Wakil kristian tu cakap, Jesus/Nabi Isa tu tuhan sebab dia ada mak takde bapak,

Maka jawab nabi, Kelahiran nabi isa sama seperti kelahiran nabi adam disisi Allah , Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: jadilah engkau! Maka jadilah ia.. Lalu Nabi tambah, kalau kamu sembah isa sebab isa ada mak takde bapak,kenapa kamu tak sembah adam yang mak takde,bapak takde! 1-0 dari nabi kepada mubaligh kristian.

Tapi mubaligh kristian ni tak puas hati lagi, dia cakap Nabi Isa tu tuhan sebab beliau hidupkan orang yang telah mati.. Hah, mubaligh kristian ni anggap mukjizat nabi sebagai tanda nabi tu Allah,jem kreng, tapi Nabi jawab mereka,

" Kalau begitu baik kamu sembah nabi Musa, nabi musa hidupkan kayu yang mati menjadi Ular yang hidup"

2-0

Makin terduduk mubaligh kristian ni, memang takleh jawab terus.. Bila diaorang takleh jawab,itulah TANDA KEMENANGAN ISLAM,

Jadi bila orang kristian dengar hujah mereka dipatahkan, tentu sahaja mereka meninggalkan ajaran kristian dan memeluk islam..tapi kalau kita bakar kitab mereka,serang gereja mereka, berhimpun maki hamun mereka dgn mengatakan niat untuk "menyelamatkan akidah" , aku nak tanyalah, NABI MANA AJAR TU ?

Wallahu a'lam..

Thursday, January 9, 2014

Sunnah yang diabaikan ketika hari jumaat - Pakai topi keledar ketika naik motor untuk ke Masjid..

Assalamualaikum dan salam jumaat..

Sering kali berlaku, bahkan sentiasa berlaku, ahli jemaah yang hendak ke masjid menaiki motorsikal bertindak memakai kopiah/serban ketika menaiki motor,kononnya mahu ikut sunnah,tapi apakah benar tindakan mereka itu sunnah? Atau memakai topi keledar itu sebenarnya lebih sunnah?

Dalil dari Quran aku petik , Allah sebut dalam surah nisa', "...janganlah kamu bunuh dirimu,sesungguhnya Allah Maha Penyayang terhadapmu" , dan nabi pun ada sebut , boleh rujuk hadis 40 imam Nawawi ,hadis ke 32 nabi sebut "“Tidak boleh menimpakan bahaya dan menimpakan balasan yang membahayakan ”

Naik motor tak pakai topi keledar, bukankah itu boleh membunuh diri sekiranya apa2 berlaku? Bukankah dengan memakai topi keledar itu keselamatan kita lebih terjaga, sekaligus kita mengikuti arahan Allah dalam surah yang aku petik diatas.. Dan dengan memakai serban/kopiah ketika menaiki motorsikal, bukankah itu bertentangan dengan arahan Allah dan hadis nabi diatas?

Jangan ada orang komen "takde pun tertulis topi keledar dalam Quran" , kata ustaz Azhar gak, dia kata "orang suruh ngaji malas".. Aku beritahu tak nak ikut sudah ..

Ubah minda kita, fikir dengan waras apakah islam akan suruh penganutnya ambil risiko mati di jalan raya dengan tidak memakai topi keledar sebaliknya memakai serban untuk ke Masjid? Tidak, itu bukan ajaran islam, itu ajaran oleh mereka yang tidak belajar islam! Yakinlah memakai topi keledar ketika menaiki motor itu adalah lebih menepati kehendak islam, boleh jadi tidak memakai topi keledar itu diLARANG kerana ia mendatangkan mudarat..

Oleh itu, turuti sunnah jika benar anda CINTA nabi.. Pakailah topi keledar ketika menaiki motor

Tuesday, January 7, 2014

Tarikh lahir Nabi 12 rabiulawwal? Satu penilaian semula..

Kali terakhir aku turut serta berarak menyambut maulud nabi adalah ketika tingkatan 5, itu kerana aku masih tidak tahu akan kisah dan sejarahnya.. Saat tingkatan 6, aku memilih untuk tidak sama berarak, well,cikgu bukan perasan pun seorang pelajar hilang.. haha.. Pun begitu aku tidak bertindak melarang mahupun menentang.. Mungkin setiap orang ada cara masing masing untuk menunjukkan kecintaan pada Nabi , ada yang nak menari2 ,ada yang nak berarak, ada yang nak berqasidah,maka teruskan lah jika itu kalian mahu..aku takde masalah.. Bagi aku, amalan untuk menunjukkan kecintaan pada nabi, dengan melakukan perkara nabi suruh tanpa perlu menambah2.. gitulah

Perkongsian kali ni bukanlah mengenai perarakan , yang ulama berbeza pandangan mengenainya,sebaliknya mengenai tarikh kelahiran nabi yang ulama juga berbeza pandangan mengenainya, bukanlah untuk mencetuskan perkara yang khilaf ini,sekadar mahu menambahkan pengetahuan2 kalian,pun begitu memetik kata kata Imam Shafie, " Jangan ditanya bila Nabi dilahirkan, tapi tanyalah kenapa dia dilahirkan.. maka akan ku jawab."

Pandangan yang mengatakan nabi lahir 12 rabiulawwal adalah Ibnu Ishaq, dan Kritik pada pandangan 12 rabiulawwal , mereka meletakkan nabi lahir pada 12 rabiualawwl dan wafat juga tarikh yang sama iaitu 12 rabiulawwal. Apa ada pada angka 12 ni ya? Jap.. Imam Syiah juga 12 orang.. , dan sebagaimana kita sedia maklum,banyak fakta sejarah yang diseleweng golongan syiah , termasuk kisah anak saidina Umar berzina, saidina bunuh anak perempuannya kecil zaman jahiliyah, kisah Hindun makan hati saidina Hamzah , kisah perang jamal dan siffin yang diseleweng, kisah peristiwa Tahkim yang memburukkan saidina Muawiyah dan Amr dan banyak lagi, jadi tidak mustahil tarikh lahir nabi juga di Hijack oleh golongan taksub syiah. Aku ada menulis sebahagian dari kisah ini dalam blog,dan akan terus menerus menulis bagi menjawab fitnah2 yang direka reka ini. Pandangan ini juga tidak ada sanad,maka elok juga ia dikaji semula.

Pandangan yang mengatakan baginda lahir 9 rabiualawwl adalah Ibnu Taimiyyah , Ibnu Qayyim, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam,Al Kawarizmi etc. Ulama ulama menolak pandangan ibn Ishaq dan menurut mereka beliau tidak boleh dipercayai,bahkan pendapat Imam malik terhadap beliau, sangatlah 'kasar'..

Fakta 9 rabiulawwal DIKUATKAN lagi dengan hasil Penyelidikan ahli falak terkenal iaitu Mahmud Pasya dengan menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan dari zaman nabi hingga zaman beliau , dan di akhir kajian beliau mengatakan tidak mungkin tarikh lahir nabi adalah 12 rabiulawwal sebaliknya adalah pada hari Isnin,9 rabiualawwal.

Kesimpulannya.. Kalian nak fikir bila tarikhnya, up to y'all lah, aku ulang balik kata2 Imam Shafie sebagaimana aku dah sebut diatas, " Jangan ditanya bila Nabi dilahirkan, tapi tanyalah kenapa dia dilahirkan.. maka akan ku jawab." dan sesungguhnya aku hanya menyampaikan sesuatu yang aku tahu.. Jika ada yang menerima 'ilmu baru' ini, dan kalian merupakan penyokong tegar perarakan maulidur rasul,maka cipta sejarah untuk berarak pada 9 rabiulawwal pada tahun ini

Peringatan bersama,Sayang Nabi setiap saat, bukanlah pada tarikh tertentu sahaja,manakala di tarikh lain,kita tolak ajaran nabi Itu cinta yang palsu ituh..

Wallahu a'lam..

Amanah pada Ilmu

Ada seorang ulama yang merokok ditanya hukum merokok , lalu dengan tegas beliau menjawab bahawa merokok itu Haram..Haram..

Lalu pelajar dia bertanya, "Kalau haram tapi kenapa tuan merokok" ..

Jawab ulama tersebut " Haram tetap haram,masalah hukum tetap hukum, hisap rokok masalah aku" ..

Pengajaran kat sini berkenaan amanah ilmu yang diberikan , ulama tersebut tetap mengharamkan perkara yang haram walaupun kena pada dirinya sendiri .

Che Guavera.


Beliau merupakan pembantu fidel castro di Cuba,beliau orang yang turut sama dengan fidel castro melakukan revolusi merampas kerajaan Cuba dan membentuk kerajaan sosialis di cuba , beliau masuk dalam hutan, disebabkan dia doktor,dia bawa bekas ubat dan bagi ubatan pada orang sakit walaupun orang itu musuh mereka.

Bila Cuba dapat dikuasai, beliau dilantik sbg gabenor bank negara cuba,beliau disayangi rakyat dan sangat berjiwa rakyat, beliau memang berjuang untuk kesamarataan.

Satu ketika amarika meletupkan kapal di Cuba dan ribuan rakyat Cuba meninggal. Dalam keadaan beliau yang duka cita itu,gambar beliau ketika itu diambil oleh seorang jurugambar..

Tapi apalah nak dibandingkan beliau dengan mujahidin di Palestine,Syria dan negara islam lain yang juga berjuang,dan tidaklah didendangkan dunia,tapi dihati umat islam yang cakna..


Monday, January 6, 2014

Tabayyun

Beberapa bulan yang lalu, aku jumpa satu perkataan baru iaitu "Tabayyun" , tak tahu maksud.. Untuk elak aku jadi bodoh yang berpanjangan,aku mesej sifu aku, Bro Sufi.. hehe, apa lah maksud tabayyun ni, kemudian dijelaskan kepada aku,bahawa tabayyun ni maksud dia, bila kita dapat sesuatu berita, selidik dulu AKAN KEBENARANNYA, sebagaimana yang disuruh dalam quran surah al hujurat,ayat 6.. dan tambah beliau lagi,asas kepada Tabayyun adalah "Husnudzon" iaitu sangka baik,mustahil kita boleh tabayyun kalau tidak ada sangka baik,apatah lagi sesama muslim.. Dan dalam islam sememangnya dianjurkan utk sangka baik, lainlah kalau terang2 org buat maksiat, lain cheritanya..

Begitulah cerita aku,alhamdulillah,tidak bodoh lagi