Saturday, March 22, 2014

sayang ke neraka dan sayang ke syorga

Sayang nabi ada 2 jenis , satu sayang Abu Thalib, satu lagi sayang Abu Bakr..
Sayang Abu Talib tetap bawa ke neraka sebab sayang nabi tapi tidak ikut ajaran nabi..

Sayang Abu Bakr bawa ke syurga sebab ikut ajaran nabi sepenuhnya..

Persoalan buat kita, kita sayang nabi cara Abu Talib atau sayang Abu Bakr?

Kedua dua sayang mereka pada nabi tentu sahaja lebih dari sayang kita pada nabi , Mereka sama sama rasa susah senang bersama nabi.. 


dua dua orang yang terbukti sayang pada nabi dengan sepenuhnya dan nabi juga sayang akan keduanya ..

Namun tidak semua sayang itu bawa ke syurga T_T

Friday, March 21, 2014

Abu Nawas dan serban

Satu kisah di zaman Abu Nawas , ada seorang perempuan tua dia dapat surat tapi dia tak reti membaca , lalu untuk mengetahui isi surat itu, dia perlu cari orang yang reti membaca ..

Bagi perempuan tua ni ,antara ciri ciri orang yang reti membaca adalah org yg berserban , lalu dia pun carilah orang2 yang berserban untuk meminta pertolongan , lantas kemudian dia ternampak Abu Nawas ...

Dia pun dekati Abu Nawas yang berserban tu untuk minta dibacakan surat dia , kebetulan Abu Nawas ni tak reti membaca..

Dia tanya perempuan tu , apa yang buat dia fikir Abu Nawas reti membaca , jawab perempuan tu ,sebab Abu Nawas pakai serban ..

Abu Nawas fikir panjang , lalu kemudian dia nampak seekor unta lalu dia mendekati si unta dan pakaikan kepada unta tersebut dengan serban dia .. Kemudian dia dengan selamba beritahu kat mak cik tu ,

"Pergilah tanya pada unta yang berserban tu mak cik.. "

Pengajarannya?

Jangan menilai orang dengan pakaian , dalam satu kajian personaliti , orang lihat individu yang pakai spek mata ni cerdik .. maka , tolong pakaikan spek mata kepada mana mana lembu k tengok bagaimana

Wednesday, March 19, 2014

Big Bang

Dunia astronomi sekali lagi gempar apabila satu bukti baru yang membenarkan teori Big Bang oleh Eisntein isnin lalu. Einstein mengemukakan teori ini kira kira hampir 1 abad yang lalu..

Pada hari isnin yang lalu (17 mac 2014) Sekumpulan ahli astronomi telah mengumumkan kejayaan mereka menjumpai bukti dari pembentukan alam semesta 13.8 bilion tahun yang lalu..sekaligus perkuatkan hujah bahawa teori big bang adalah benar..

Secara ringkas , big bang ini satu teori dimana satu ledakan besar berlaku dan menjadi asbab wujudnya alam semesta ini.. Sebelum berlakunya ledakan besar ini, semua energi dan apa yang ada terkumpul dalam satu bebola yang besar...

Para saintis yang berjaya dalam penemuaan ini , ramai dalam kalangan mereka menerima nobel perhargaan yang mana nama mereka tercatat dalam sejarah penemuan ini......

Sayangnya para saintis ini sedikit ketinggalan kerana .... 1400 tahun lalu telahpun Quran menyebut dalam surah al anbiya ayat ke 30 yang berbunyi,

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"
- Surah al anbiya, ayat 30..

Allah sebut "Sesuatu yang padu" maknanya ia satu kesatuan yang kemudian "bommm" pecah membentuk alam semesta..

Allah sebut juga dalam ayat tu , "Daripada Air,kami jadikan segala sesuatu yang hidup" .. Disini kita lihat keindahan alam ini adalah hasil dari kekuasaan Allah ..

“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”
(Al Qur’an, 51:47)

Fa bi ai yie aala irobbi kuma tukaz zibban ..

"Maka, Nikmat tuhanmu yang manakah, yang mahu kamu dustakan??" - Surah ar rahman , ayat 13 ..

Allahuakbar ..


apapun2, terima kasih kepada ahli sains yang telah membuktikan bahawa Al-Quran adalah benar, Firman tuhan kami adalah benar, kata kata nabi kami adalah benar..

Friday, March 14, 2014

Open Minded?

Ramai dalam kalangan kita cuba "mencontohi" sikap keterbukaan masyarakat barat pada sesuatu yang tidak sewajarnya (tidak kena tempat) .. Alasannya?

"Aku tidak mahu hipokrit" ..

Maka itu berlakulah situasi dimana kita berbangga dengan maksiat yang dilakukan.. Kita menyangka "Yeah,aku berfikiran terbuka" sedangkan tindakan itu hanya lebih membuka pintu neraka dengan lebih luas kepada kita. Nabi sebut bahawa setiap umat dia akan diampunkan dosa mereka,kecuali mereka yang menampak nampakkan dosanya.. Yakni jika dosa itu dilakukan pada malam hari dan Allah tutup aib dia pada waktu pagi , tapi kemudian dia menceritakan keaibannya kepada temannya..Yakni mereka bercerita sesama mereka dengan maksiat yang telah mereka lakukan.

Disini timbul perihal "Berbangga dengan dosa" , hal yang demikian sebenarnya tidak memberi apa apa keuntungan kepada kita sebaliknya ia salah satu tanda kita sedang dibinasakan Allah..

Memetik kata kata dari Salman al Farisi , menurut beliau , cara Allah nak binasakan seseorang adalah dengan membuang rasa malu dalam hatinya,lantas dia berbangga bangga dengan dosanya..

Malu adalah sifat yang terpuji bahkan dituntut , sebab itu nabi sebut "malu itu sebahagian daripada iman" , perhatian perkataan "sebahagian" ia membawa erti perasaan "malu" dan "iman" itu terikat dengan satu sama lain..Jika "malu" sudah tiada, maka hilang jugalah imannya..

Allah murka terhadap mereka yang menzahirkan maksiatnya dan Allah mengampunkan orang yang malu terhadap dosa yang dilakukan bahkan Allah menutup aibnya .. Kita seolah mencari pasal dengan Allah jika kita sengaja menzahirkan dan menunjuk nunjukkan dosa kita..

Satu juga jenis yang buat "pengakuan terbuka" tentang maksiat dan fikir ia jalan menuju taubat .. Diceritakan tentang maksiat silamnya lalu di akhir tulisan mengatakan "Saya telah bertaubat" .. Aku tertanya tanya , Allah dah tutup elok elok aib dia , pi cherita kat orang buat apa? cerita setakat jalan menuju hijrah cukuplah.. "censored" lah part awal..

Kesimpulannya , kita berada dizaman "malu pada maksiat" itu dianggap 'hipokrit' dan tidak terbuka , sebaliknya yang berbangga dengan maksiat mendapat "LIKE" yang banyak.. Pun begitu , "malu untuk bercerita tentang maksiat" tidak menjadi lesen untuk bermaksiat , dan tidak kita mampu menolak bahawa manusia itu tidak akan lepas dari melakukan kesilapan , jadikan setiap yang berlaku sebagai pengajaran buat diri sendiri dan perbaiki diri dari masa ke masa agar "ending" hidup kita dalam keadaan yang baik ..

Wednesday, March 12, 2014

Kisah bomoh dipenggal lehernya..

Ada satu kisah di zaman Khalifah , khalifah didatangi seorang dukun , lalu dia mahu menguji dukun tersebut dengan bertanya , "Wahai dukun , apa ramalanmu tentang aku" lalu si dukun mengatakan sang khalifah akan panjang umur , murah rezeki etc..

Lalu kemudian sang khalifah bertanya lagi , "apa pula ramalanmu tentang dirimu?"

Lalu si dukun mengatakan bahawa dia juga akan panjang umur dan murah rezekinya ..

Sang Khalifah lalu berkata " Kamu berdusta , penggal lehernya sekarang"

Perlu diketahui dukun/bomoh ini ada 2 jenis iaitu yang pertama dukun asli dan dukun palsu .. Dukun asli adalah mereka yang benar benar gunakan khidmat iblis dan dukun palsu adalah mereka yang menipu org sahaja ..

Bagaimana nak kenalpasti dukun yg asli dan palsu , jika ramalan seseorang dukun utk tentang masa depan (tidak termasuk ramalan cuaca etc) ternyata benar , maka itu adalah dukun asli dimana berita yang diperoleh oleh nya adalah dari iblis yang mencuri berita di langit .. lalu kemudian berita itu ditokok tambah olehnya (iblis) dengan 100 kebohongan)

Percaya kepada ramalan dukun/bomoh boleh menyebabkan kita kufur kepada Allah , bertanya walaupun sekadar suka suka kepada dukun dan bomoh menyebabkan solat kita tidak diterima Allah 40 hari lamanya .. hal ini termasuk jika membaca "ramalan bintang" yang banyak dikeluarkan di majalah2 remaja dan seumpamanya..

Wallaua'lam.