Wednesday, October 10, 2012

Sedikit ttg sejarah pengasas wahabi dan wahabi :)

Aku terbaca td,then ingt2 sikit2 utk kongsikan! kalau salah tegur! Bukan serang! faham nehh :)

Pendirian yg saya pegang dan risalah yg saya laungkan kepada setiap org adalah

kalimah "la ilahaillallah-tiada tuhan selain Allah" . Aku menyeru kepada prisip asas islam iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran!Jikalau kamu memegang teguh risalah ini,insyAllah,Allah akan mengalahkan musuh musuh kamu

- Sheikh Muhammad B. Abdul Wahab pelopor Gerakan Wahabi!

Sering kita dgr sesuatu yg negatif tentang wahabi .Jom kita belek sedikit sejarah berkenaan asal gelaran wahabi dan pengasasnya.

Apa awal abad ke 12 hijrah,islam mula diambang kejatuhan,akhlak dan akidah umat islam berada dalam keadaan yg menghinakan sehingga seorg penulis Amarika mengambarkan keruntuhan umat islam zaman itu.

Dalam keruntuhan ini lahir seorg mujaddid iaitu sheikh Muhammad B Abdul wahab.Beliau meningkat dewasa sbg sorg yg berilmu sehingga mempunyai banyak pengikut.

Pemerintah ketika itu rasa tercabar dgn aura Muhammad Abdul Wahab sehingga pemimpin Najd beri arahan kepada gabenor disitu utk bunuh beliau kerna muhammad abd wahab begitu lantang menentang maksiat kepada Allah.

Gabenor then mengusir beliau dan berada dalam buangan,beliau berjalan di padang pasir sehingga bertemu seorg amir bernama Muhammad Ibn Saud (pengasas empayar arab saudi).Bersama ibn Saud,sheikh muhammad abd wahab bercita cita menubuhkan negara.

Di bawah pemerintahan Muhammad Abd Saud yg dibelakangnya sheikh Muhammad Abd Wahab,penduduknya mula kembali kepada islam samada dalam sudut akidah kerna sebelum pd itu,sehabagian besa rakyat mekkah dan madinah tidak tahu apa2 melainkan mengucap kalimah syahadah.kini mereka belajar solat,zakat dn sebagainya!

Sheikh Muhammad bin Abd Wahab juga berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara mazhab dgn menyatukan mereka.Iman setiap mazhab diberi giliran untuk menjadi iman,jadi tiada lagi gaduh gaduh :)

Dari sudut syariah beliau mengikuti Hambali,namun beliau tidak mengikutnya 100% dan dalam tulisan beliau juga menulis beliau tidak membangkang mana mana org yg hendak berpegang kepada mana mana 3 mazhab itu(Yg ada dingra itu)

Pd zaman beliau,beliau berpendapat punca keruntuhan umat islam adalah kerna kepercayaan kepada mistik dan tassawuf,namun begitu beliau tidak menentang tassawuf dgn membuta tuli,beliau hanya berpendapat terdapat penyalahgunaan dalam penggunaan tassawuf pada ketika itu,ianya seperti air yg bersih dan halal,namun terpaksa diharamkan sbb boleh membahayakan pesakit.

Sheikh2 arab saudi ketika itu juga sedar bahawa umat islam ketika itu ketagih dgn sufi yg telah menidurkan dan menahan mereka dari kecerdasan dan pergerakan,.Sebab itu juga sheikh muhammad abd wahab ketika itu tegas dalam menentang penyelewengan soal mistik yg jelas bercanggah dgn islam.

Apabila nama syeikh muhammad abd wahab mula naik,beliau difitnah musuh musuhnya dgn mengatakan beliau mengamalkan ajaran sesat dan mereka mazhab baru.Fitnah ini tidak ada asas langsung.Musuh2nya mula menamakan pengikut sheikh muhammad abd wahab sebagai "Wahabi"

Selepas amir muhammad ibn saud meninggal,naiknya anak beliau yg bawa malapetaka kepada wahabi,penganti ibn saud mengapikan golongan wahabi menentang kerajaan islam turki ketika itu dan berlaku pertumpahan darah,bermula disitu,org2 turki benci kepada wahabi sedangkan ia bukan salah muhammad abd wahab!

Banyak peperangan berlaku sehingga ramai umat islam meninggal namun dan lemahnya kerajaan saud ketika itu,namun setengah abad kemudian ,sultan abd aziz berjaya takluk semenanjung arab.Rakyat fikirketika ini zaman naiknya islam,namun harapan hancur berkecai apabila WAHABI diPERGUNAKAN untuk mencari kuasa !

Dan jatuhnya smgt perjuangan islam wahabi bila Ibn Saud benarkan amarika carigali minyak di saudi arabia sehingga arab dibaratkan sedikit demi sedikit :(

Apa2..;Moga Allah merahmati beliau :)

Tuesday, October 2, 2012

Di mana sumber wang dakwah Ikhwan Muslimin:Teladan buat pendakwah hari ini :)

''Bila ditanya oleh mereka bagaimana ikhwan mendapatkan sumber kewangan,maka dijawab iman hasan al banna:

"Apabila wujud seseorang yang benar benar mukmin akan didapati bersamanya semua jalan kejayaan,Sesungguhnya harta ikhwan yang sedikit ini,harta yang mereka dikit dikitkan dari perbelanjaan mereka hari hari,yg merek

a jimatkan dari keperluan mereka,dari keperluan rumah tangga dan anak anak mereka,mereka bermurah hati mengeluarkannya dgn perasaan ikhlas dan puas hati,tiap tiap seorg dari mereka berhasrat sekiranya beliau mempunyai berlipat ganda dari itu,beliau akan membelanjakannya pada jalan Allah.KIRANYA ADA DI ANTARA MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI SESUATU YANG AKAN DIHULURKAN BELIAU AKAN TERUS BERPALING SEDANG KELOPAK MATANYA DIGENANGI AIR MATA LANTARAN BELIAU TIDAK MEMPUNYAI SESUATU UNTUK DIHULURKAN.Harta ikhwan yang sedikit ini dan iman mereka yang besar.Subhanallah.."

Petikan dari buku : Tiga bingkisan risalah dakwah oleh Iman Hasan Al Banna.

Bila baca ini aku sendiri malu pd diri sendiri sebab walaupun aku mengatakan aku ikut jalan mereka namun ia hanya dgn lisan,bukan perbuatan .. T_T

Ubah ubah ubah .. :) insyAllah ..