Saturday, July 26, 2014

Umar yang garang

Umar bimbang orang takut pada dia, sebab dia garang, dia bekeng..

Masa dia muda lagipun,Umar digeruni dan ditakuti ramai orang,

Bila dia jadi khalifah,ramai orang takut,sehingga dia gunting rambut,dia batuk, tukang gunting rambut tertikam tangan sendiri.. Hingga Umar bayar ganti rugi pada tukang gunting rambut ni

Satu kisah Umar panggil seorang perempuan mengandung jumpa dia, dalam perjalanan tu,gugur kandungan perempuan itu,takutnya dia pada Umar..

Sehingga sahabat duk bincang camne nak settle hal ni, lepas bincang,sahabat pun takut nak beritahu hasil perbincangan,akhirnya,sahabat rapat Umar, Abdul Rahman Bin Auf pergilah jumpa Umar,

Dan bila jumpa, Abdul Rahman cakap "Wahai Umar,rakyat takut kat engko"

Umar menangis, Umar beritahu "aku cuba nak lembut, aku sendiri rasa aku keras,aku cuba lembut supaya tak keras,sehingga aku rasa aku bersalah pada Allah kerana aku membiarkan banyak perkara, kadang kadang aku buat keras balik,sehingga aku rasa Allah akan hukum aku kerana aku keras sangat"

Abdul Rahman menangis,lalu dia berkata 'Wahai Umar,CELAKAlah orang selepas engkau, bagaimana mereka nak tadbir sebagaimana engkau,engkau begitu ambil berat sehingga semua benda engkau fikir,bila kau tiada,siapalah akan jaga umat islam seperti Kau"

Aina Anta Ya Umar.... T_T


Thursday, July 24, 2014

Kisah Ibnu Abbas

Satu ketika, Ibnu Abbas turut serta dalam satu majlis ilmu yang dihadiri org dewasa (beliau kanak kanak ketika itu) , lalu orang dewasa seakan tertanya kenapa si kecil ini turut berada dalam majlis ini , lalu Umar memanggil Ibnu Abbas dan para sahabat dan bertanya,

"Apakah yang kalian faham dengan firman Allah: "Apabila telah datang kemenangan dan pertolongan dari Allah?"

Seorang sahabat menjawab,

"Kami diperintah untuk memuji dan memohon ampunan kepada Allah bila kita mendapat pertolongan dan kemenangan"

Sahabat yang lain hanya terdiam,lalu Umar mengajukan soalan yang sama kepada Ibnu Abbas, apa yang beliau faham tentang ayat tersebut,

"Itu adalah saat kewafatan Rasulullah Saw yang diberitahukan oleh Allah kepadanya."
Beberapa bulan kemudian, wafatlah baginda Rasulullah s.a.w..

Monday, July 21, 2014

Al-Hajj 22:40

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

(Al-Hajj 22:40)
Cuba untuk fahami ayat pd bahagian,

"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya"

Aku cuba tadabbur maksud ayat ini,

Allah telah menciptakan dalam dunia ini orang baik, dan orang jahat, dan keseimbangan itu perlu ada.. Dan orang yang baik ini,hendaklah melawan org2 yang jahat kerana itu adalah tanggungjawab mereka.
Jika kita gagal untuk menentang kejahatan,maka Allah akan hancurkan gereja2,tempat sembahyang org yahudi dan MASJID yang di dalamnya terdapat org berzikir..

Berzikir tapi tidak melawan kebatilan?

Aku ingat satu kata2 dari Syed Qutb,beliau sebut,

"Kalau kamu melihat ada kezaliman di sesuatu tempat, tapi kamu tidak melihat satu pun usaha (dengan apa cara sekalipun) untuk menentangnya, maka yakinlah tidak ada Islam disitu..

Itu sebab kita pelik ada org habiskan masa dengan bernasyid memuji Allah memuji nabi,tapi tengok kezaliman,tengok maksiat mereka tutup mata.. Mereka sibuk mengatakan beruntunglah ada nabi, sehingga melalaikan org dari menentang kebatilan..

Apakah mereka tidak membaca quran.. ?

Belajar dari kisah Arab Badwi kencing di Masjid..

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.”

Kisah dalam hadis diatas, mungkin hampir sama dengan situasi seorang pelancong Korea memakai baju yang bergambarkan ayat Quran, ia bukanlah dilakukan dengan sengaja sebaliknya kerana ketidaktahuan/kejahilan dia sendiri.

Kita hendak melaksanakan "amar maaruf nahi mungkar" , tapi gagal untuk mencontohi kebijaksanaan dan akhlak Rasulullah dalam berhadapan orang jahil, kencing di perkarangan masjid satu sikap yang biadap namun cara menanganinya bukanlah dengan bersikap biadap juga.. Apatah lagi ia kerana kejahilan mereka,bukan kerana sikap memusuhi islam.

Ketidaksabaran dalam berdepan dengan maksiat akan membawa fitnah kepada Islam itu sendiri..

Friday, July 18, 2014

Kisah Nuaiman - Sahabat yang lucu III

Ada pula kisah Nu'aiman pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Seorang buta iaitu Makhrumah bin Naufal yang berusia 115 tahun sedang berehat di masjid kemudian beliau rasa mahu kencing,lalu dia bertanya kepada orang yang berada di dalam masjid yang boleh bantu beliau ke tandas..Lalu Nuaiman bangun untuk bantu orang tua tersebut..

Malangnya Nuaiman tidak membawa Makhrumah itu ke tandas sebaliknya ke dalam masjid, lalu Nuaiman berkata,kencinglah disini tandas,lalu org buta itu berdiri di masjid untuk kencing.Melihat perkara itu Para sahabat berteriak, "masjid, masjid!"

Lalu Makhrumah berkata, "Celaka kamu!" Siapakah yang membawaku ke tempat ini? Mereka menjawab, "Nu'aiman!"

Makhrumah berkata, "Sungguh jika aku beruntung, aku akan pukulnya dengan tongkatku!"

Masa berlalu,Makhrumah kelihatan sudah melupai akan tindakan Nuaiman terhadapnya,satu hari , Nu'aiman datang semula kepada Makhrumah. Kali ini Nu'aiman membuat suara lain, agar Makhrumah tidak cam bahawa itu adalah Nu'aiman.

Nu'aiman bertanya kepada Makhrumah, "Apakah kamu inginkan Nu'aiman?" Makhrumah mengiyakannya, lantas Nu'aiman membawa orang buta tersebut kepada Saidina Uthman (Khalifah islam ketika itu) yang sedang solat dalam masjid. Nu'aiman berkata, "Di depan mu itu adalah Nu'aiman." Makhrumah pun terus memukul orang yang disangkanya Nu'aiman, tetapi rupa-rupanya adalah Khalifah Utsman bin Affan.

Sahabat-sahabat berteriak, "Kamu telah memukul Amirul Mukminin!" Maka sekali lagi Makhrumah dikenakan Nuaiman, namun Khalifah tidak marah kerana menurutnya, nabi dahulu juga tidak pernah marah kepada Nuaiman dan beliau juga ahli Badar..

Thursday, July 17, 2014

Kisah Nuaiman - Sahabat yang lucu II :

Selalunya Nu'aiman yang memperkenakan orang lain, tetapi ada satu kisah dimana Nu'aiman telah dikenakan oleh sahabat karibnya,Suwaibit.

Suwaibit dan Nu’aiman adalah dua orang sahabat Baginda s.a.w yang kerap membuatkan Baginda s.a.w tertawa dengan kelakuan mereka yang melucukan.

Satu ketika kedua-dua sahabat ini pergi mengikuti Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a berniaga di Busra. Ketika itu, Nu’aiman membawa bekalan makanan. Lalu Suwaibit menyuruh Nu’aiman memberikan bekalan tersebut kepadanya untuk dimakan.

Nu’aiman memberitahunya bahawa dia akan mengeluarkan bekalan tersebut apabila Saidina Abu Bakar sampai kepada mereka. Suwaibit agak tidak puas hati disitu 

Ketika itu, ada sekumpulan manusia datang berhampiran mereka. Suwaibit mengambil kesempatan dengan bertanya kepada mereka,

“adakah kamu hendak membeli hamba (Nu’aiman) daripadaku?”

Lalu kumpulan tersebut bersetuju untuk membeli hamba daripada Suwaibit, dan dia telah berpesan bahawa hambanya akan berkata,

“saya merdeka”.

Oleh itu, apabila dia berkata demikian, jangan peduli dan biarkan dia.

Lalu mereka membeli "hamba" Suwaibit itu dengan seekor unta muda. Suwaibit pun mengalungkan tali unta tersebut ke leher Nu’aiman. Lalu mereka pergi dengan membawa Nu’aiman dengan tali unta tersebut.

Nu’aiman segera berkata kepada mereka,

"aku adalah seorang merdeka, dan bukannya hamba."

Setelah itu, Suwaibit kembali menemui kumpulannya dan menceritakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar.

Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Suwaibit mengembalikan semula unta muda tersebut kepada sekumpulan manusia tersebut. Apabila cerita ini disampaikan kepada Nabi s.a.w, baginda tertawa kerana kelucuannya. Dan kisah ini menyebabkan Rasulullah S.a.w dan para sahabat tersenyum apabila diungkitkan tentang kisah ini selama setahun

Kisah Nuaiman - sahabat nabi yang lucu

Nuaiman,seorang sahabat nabi mengalami sakit mata, lalu nabi pun menziarahi beliau.Saat berjumpa Nuaiman, nabi lihat Nuaiman sedang memakan buat tamar,lalu Rasulullah bertanya,

"Bolehkah kamu makan kurma, sedangkan matamu sedang sakit?"

Nu'aiman pun jawab :

" Saya makan menggunakan mata yang satu lagi". 

Mendengar jawapan Nu'aiman ini, Rasul tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.

Kisah dari Hasan Al-Banna III :

Di satu pusat latihan Ikhwan bagi melatih sukarelawan-sukarelawan yang ingin berjihad di Palestin pada tahun 1947, seorang ahli Ikhwan, yang merupakan seorang petani, datang untuk mendaftar dan membawa bersamanya seekor lembu.

Ahli Ikhwan yang bertugas di pusat pendaftaran amat terkejut, dan bertanya, ?Saya faham yang anda ingin menyertai angkatan mujahidin, tetapi kenapa anda membawa lembu bersama??

Dia menjawab, ?Tidakkah Allah memerintahkan kita untuk berjihad di jalan-Nya dengan nyawa dan juga harta benda? Lembu ini sahajalah harta yang saya ada..

Wednesday, July 16, 2014

Kisah dari Hasan Al-Banna II :

Akhi Hafizh merupakan seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia diminta oleh Monsieur Saulant, seorang Pegawai Tinggi Terusan Suez yang berasal dari Perancis, untuk membaiki perabot di rumahnya. 

Pemuda itu menyebut kos membaiki sebanyak 130 qirsy. Monsieur berkata, 

''Itu terlalu mahal. Penjahat kamu mengambil upah melebihi hakmu!'' 

Dengan tenang, Hafizh menjawab,

''Saya tak akan mengambil upah melebihi hakku. Kalau tak percaya tanya saja orang bawahan anda. Kalau ternyata tuduhanmu benar saya bersedia bekerja tanpa dibayar. Namun, jika saya yang benar, anda bayar upah sebanyak yang saya minta, tanpa harus ditambah.''

Ternyata, menurut orang bawahan, Hafizh berhak atas upah 200 qirsy. Maka, dia pun menyuruh Hafizh memulakan pekerjaannya.


''Baik, tetapi anda telah menghinaku. Maka, anda harus minta maaf dan mencabut kata-kata itu," kata Hafizh.

''Minta maaf padamu? Kamu ingat kamu siapa? Seandainya Raja Fuad pun, saya tak akan minta maaf,'' jawab si Perancis dengan bongkak. ''Kalau saya tak meminta maaf, apa yang boleh kamu lakukan?"

''Mudah saja. Saya laporkan anda ke kedutaan dan konsulat anda. Saya juga boleh laporkan ke media massa Perancis. kemudian saya umumkan juga di jalan-jalan dan kedutaan-kedutaan asing yang lain. Saya akan berjuang mendapatkan hakku dengan apa cara pun,'' katanya tegas.

Monsieur Saulant terkejut mendengar jawaban tukang kayu itu. ''Seolah-olah saya sedang bicara dengan seorang diplomat, bukan tukang kayu.'' Akhirnya dia meminta maaf dan menarik balik tuduhannya. Apabila selesai Monsieur membayar lebih, 150 qirsy. Tetapi, Hafizh tidak mahu menerima tambahan. Dia mengembalikan 20 qirsy. ''Saya tidak mahu ambil apa yang bukan hakku, supaya tidak jadi penjahat!''

Monsieur kehairanan. ''Mengapa tidak semua buruh Arab sepertimu. Kamu keluarga Muhammad, ya?''

''Monsieur Saulant, ketahuilah semua muslim adalah keluarga Muhammad. Namun, kebanyakan mereka telah bergaul akrab dan meniru monsieur-monsieur seperti kamu, akibatnya rosaklah akhlak mereka.''

-Kisah ini adalah kisah benar seorang kader Ikhwan Muslimin yang diceritakan As Syahid Imam Hasan Al Banna ..

Tuesday, July 15, 2014

Kisah daripada Hasan al-Banna :

Pada satu hari, saya melawat akhi Sayyed Abus Suud di kedainya dan melihat akhi Mustafa Yusuf membeli sebotol minyak wangi daripadanya. 

Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster (matawang) untuk minyak wangi tersebut, sedangkan Abus Suud mengatakan harganya hanya 8 piaster.

Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Saya amat terharu melihatkan keadaan ini, dan meminta invois daripada Mustafa untuk melihat harga modal minyak wangi tersebut. Harganya 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol.

Saya berkata kepada Abus Suud,Saudaraku! Bagaimana anda ingin menyara hidupmu, sedangkan anda tidak mahu mengambil untung dari saudaramu, dan musuh pula tidak mahu membeli di kedaimu?

Dia menjawab,Aku dan saudaraku seperti badan yang satu.

Saya berkata pula kepada Mustafa,

Mengapa anda tidak menerima budi baik saudaramu??

Dia menjawab, ?Jika saya membeli di tempat lain, harganya ialah 10 piaster, jadi adalah lebih baik saya membayar harga yang sama kepada saudaraku!

Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.

Thursday, July 3, 2014

Durian dan Islam..

Musim durian kembali dan semestinya , di bazar ramadhan tidak kurang 2,3 gerai menjual raja buah ini..peminat buah durian tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kembali keenakannya.. Namun tidak kurang bagi yang tidak mengemari durian, akan menutup hidung bahkan menjauhkan diri dari durian..

Dari satu sudut kecil , aku anggap durian dan islam itu ada sedikit persamaan yang kita boleh analogikan Islam melalui durian..

Melihat pada kulit durian yang keras dan tajam durinya, buah lain habis dibulinya , tentu sahaja untuk mengopek buahnya , satu penyeksaan bagi mereka yang tidak tahu caranya.. Itu lah juga seorang yang asing bila melihat islam, kejam dan keras peraturannya, bila mencuri potong tangan kata mereka teruih tanpa kompromi, tidak solat berdosa,boleh bawa masuk neraka , wajib berpuasa.. Ahh,sungguh menyeksakan..

Durian,ah baunya.. Lagi mengerikan... itulah Islam bagi mereka, sungguh mengerikan, perempuan didiskriminasi, dipaksa memakai tudung dan menutup seluruh tubuhnya.. itu satu pemenjaraan.. Sangat mengerikan..

Namun, selepas belajar mengopek durian dengan cara yang betul,rupanya mudah sahaja, baru dia tahu korek hidung tak batal puasa,takde susahnya menahan gatal didalamnya,eh,rupanya bila musafir Allah beri keringanan untuk jamak solat dan mudahnya peroleh pahala atas setiap amal yang baik.. Lah,puasa hanya dari waktu subuh hingga maghrib, lepas tu dah boleh makan la pula ... Bukan 24 jam tidak boleh makan,hanya untuk menjadikan kita lebih takut kepada tuhan dan bersyukur kepadaNya..

Saat paling istimewa, saat mula menjamah rasanya... Ah, indahnya... Indahnya.. Kenapalah aku dulu benci sama itu buah hanya kerana aku menilainya dari sudut kulit dan baunya.. TIDAK ISINYA...

Mengopek kulit durian , mungkin tidak semudah mengupas buah rambutan , namun kenikmatan hasil kesusahan itu .. pastinya juga tidak mengecewakan..