Thursday, December 27, 2012

Kisah Rukana si pengusti Quraisy


Rukana ibn Abdu Yazid adalah yang lelaki terkuat dalam kalangan org2 Quraisy dan satu hari dia bertemu dengan Nabi Muhammad satu jalan.

Bila Nabi jumpa Runaka,nabi sebut "Rukana,bkpe kamu tidak takut pada Allah dan menerima ajaran islam?"

Rukana pun jawab "Kalau kamu dapat buktikan ajaran kamu benar,aku akan ikut kamu"

Nabi pun cakap, "Ok,kalau aku boleh campak kamu bagaimana?adakah kamu akan iktiraf ajaran islam dan menganutinya? (yg bestnya kat sini adalah kena ingt Nabi
Muhammad berusia 50 tahun, dan Rukana adalah seorang pemuda yg paling kuat dalam kalangan org quraisy)

Bila perlawanan bermula,nabi cengkam lengan Rukana pastu campak Rukana,tanpa mampu buat apa2,Rukana tercampak,terkejut beruk dia..

Rukana tak caya,then dia tnya untuk lawan sekali lagi,dan sekali lagi Rukana dicampak oleh Rasulullah.

Dgn penuh terkejut,rukana cakap "Hebat sangat kamu ya rasulullah,kamu berjaya mencampak saya"

Nabi Muhammad kata, "Kalau kamu bersama sama aku,kamu akan tahu sesuatu yg lebih hebat lagi,Aku boleh panggil pokok itu ke arah aku..mahu kah kamu percayainya?"

Rukana berkata, ' cuba Panggil'.

Nabi pun panggil pokok itu,pokok datang ke arah baginda dan bila Rasulullah suh dia pergi,maka pokok itu pun pergi .... :)

then rukana memeluk agama islam,tp ada hadis yg menyebut rukana memeluk agama islam selepas pembukaan kota mekkah .. ;)

Wednesday, December 26, 2012

Kisah Abu Hanifah dan si athies.


Abu Hanifa sememangnya terkenal dgn kebolehan beliau untuk berhujah,satu hari datang seorang athies di tempat belia tinggal,mencabar sesiapa untuk berdebat dgn dia.

Lantas gabenor menetapkan masa dan tempat lalu menjemput Iman Abu Hanifah untuk berdebat.. Bila tima masa nya,ribuan rakyat menunggu untuk mendengar perdebatan mereka,namun beberapa jam berlalu imam Abu Hanifah tidak sampai2,sehinggalah org2 kampung menuduh beliau pengecut dan takut untuk berhujah.

Namun seketika kemudian Imam Abu Hanifah datang,lalu si Atheis berkata
"Apa jenis muslim kamu ni,berjanji untuk berdebat pd waktu yg kamu sendiri tetapkan,tapi kamu datang lambat!"

Jawab Imam Abu Hanifah " Aku muslim Pakistan memang biasa lah kami datang lambat.... :p Aku minta maaf sebab datang lambat,tp ia disebabkan aku tinggal di seberang sungai,aku tunggu perahu datang ambil,tp sekian lama aku tunggu tidak datang2..Nasib baik tadi sedang aku duk tunggu,tiba2 dahan pokok tepi sungai terpotong dengan sendiri,lalu dahan2 itu bersatu menjadi perahu untuk aku dengan sendirinya,bergerak ke arah aku dan bawa aku ke sini"

Lalu atheis tu cakap "Wah,begitu besar pembohongan kamu,mana mungkin dahan pokok boleh terpotong sendiri,dan menjadi perahu dengan sendiri dan bergerak ke arah kamu dgn sendiri! Dasar pembohong!"


Lalu Imam Abu Hanifah cakap "GAME OVER bro..Debate finished!"

Si atheis itu pun melenting marah "Apa maksud kamu debat kita dah tamat,ia belum bermula pun!

Jika sebuah perahu kecil tidak boleh terjadi dengan sendirinya,BAGAIMANA BUMI dan syurga boleh tercipta?Bagaimana laut dan pokok boleh wujud?Bagaimana burung dan lebah boleh ada bersama dgn kita hari ini kalau tiada sang pencipta???

Then teka la siapa menang ^_^

Saturday, December 22, 2012

Beware sang penentang Islam !

Saya mulakan dengan bismillah ..
Ketahuilah kalimah tauhid saya adalah "la ilaha illallah"
Selawat dan salam.. Kepada Rasulullah ..

Dengarkan kisah saya wahai saudara seagama Ku,
Saya rakyat Malaysia dan Islam adalah agama saya,
Anda mengatakan saya angkuh dan tidak reti bersyukur,
Anda mengelarkan saya pembangkang dan pencetus huru hara.

Boleh anda menjelaskan kepada saya apa kesalahan saya?
Adakah kerana meletakkan Quran sebagai petunjuk buat saya?
Anda propagandakan anda sebagai pejuang melayu islam,
Islam yg membenarkan si isteri untuk tidak bertudung dan menolak hukumnya,
55 tahun saya berada di bawah pemerintahan sekular,
Anda rompak,curi dan seleweng amanah rakyat,
Saya muslim sunni bukan yahudi bukan kristian,
Jadi jangan minta saya untuk memisahkan politik dari agama saya,
Ingatlah bahawa Quran itu perlembagaan kami,
Jangan pernah lupa bahawa Rasulullah teladan kami,
Dan jgn pandang ringan bila kami jadikan islam sebagai jalan hidup kami,
Ketahuilah bahawa kelak islam pasti akan menang..!

Tuesday, December 18, 2012

Terus boikot israel

Nampak Kasut yg digunakan untuk pijak anak kecil itu? siapa yg sumbang wang? Siapa sahaja yg support israel/israel suppoerter produk lah ..

Nampak tak senapang kat tepi tu ? dalamnya ada peluru,mana mai duit tentera israel tu beli peluru ? dari korang2 yg berbelanja kat kedai2 mesra israel lah -_-

Korang nampak kan gambar ni ? Then mungkin nanti di padang masyar, budak kecil yg dipijak ini akan tnya korg

" Korang2 nampak aku dipijak,apa korg buat utk bantu aku?"

Then kita
 jawab "Err..,tidak buat apa2"

Then dia soal lagi

"Ok,saya trima anda tak buat apa2,tapi kenapa anda sokong israel??"

Kita bantah

"Fitnah...fitnah... saya tak pernah support israel,walaupun saya tak bantu rakyat palestine tapi saya tak pernah sokong israel"

Then perut kita jawab,

"Bohong.. anda berbelanja di kedai yg beri sumbangan yg jelas beri sumbangan pd israel,sedangkan anda punya banyak pilihan lain lagi,itu tandanya anda menyokong mereka!"

Maka tiada lagi jawapan untuk membela anda..

PS-dialog di atas hanya rekaan dan tidak bersumberkan mana2 hadis mahupun nas atau dalam mana mana kitab .. kalau rasa x sesuai .. maka jgn lah baca :p

PS II : dAn dalam post ini pun tidak ad disebut HARAM makan/beli produk berkenaan .. Boikot hnya sbg soladiriti dan untuk beri tekanan kepada syarikat yg tidak mesra Palestine..tp ingat juga fatwa Dr.Yusuf Qardawi bahawa setiap sen dibelanjakan untuk produk israel/produk penyokong israel,bermakna sebutir peluru dihalakan terhadap tubuh rakyat palestine.

Kuiz mengejut vs mati mengejut

Mahasiswa pasti ada pengalaman kuiz mengejut kan?
Lecture masuk kelas then cakap "Ok hari ini ada kuiz,sila simpan buku nota anda dan bersiap sedia dalam masa 5 minit"

Then gelabah giller lah kita yg tak study/tak hadam lagi chapter2 tertentu ..tapi nak tak nak kena jawab juga..

Then dapat result,fail .. Boleh salahkan lecture tak?

"Ini sebab lect tak gtaw awal2 lah nih aku fail"

ada yg salah
kan lect,ada yg skdr buat derk.

Lect boleh je jawab "Saya lecture ke awak lecture?, suka hati saya lah" then baru kena atas dahi kita -_- haha

Then kita analogikan kisah kuiz mengejut ini dgn cerita mati mengejut pula..

Dalam keadaan tidak sedia,then tiba tiba sebab Allah suh jantung kita berhenti berdenyup,maka tinggal almarhum kita..

Kita x sempat nak solat penuh lagi,tak sempat nak tutup aurat dgn sempurna lagi , tak sempat nak ganti puasa ramadan lagi ,tak sempat nak infak kan harta di jalan Allah lagi , tak sempat nak beribadah dgn baik lagi .. then Allah matikan kita untuk amik test kat kubur dan final exam kat padang masyar .. agak2 kita fail ke lulus dgn cemerlang ?

Yang ni..org lain xleh jawab.. kita tepuk dada tnya iman je lah :)

Thursday, December 13, 2012

Kisah wanita yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW

Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", keluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu.

Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana sahaja orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut.

Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut :

"wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". 

Wanita tua itupun berkata:

 "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ".

"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" , pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.

Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. 

Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. 

Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dariMuhammad (s.a.w)". 

"Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?" tanya pemuda tersebut. 

"Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut. 

Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.

"Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalah kan dirinya.

Kemudian si wanita itu bertanya dengan suara yang lembut:

 "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"

Pemuda itu tersenyum,dengan senyuman itu beliau menjawab "Namaku Muhammad, Muhammad Bin Abdullah..


Terduduk wanita tua itu, dan Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya.

 "Apakah benar kamu Muhammad ? tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. 

Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimanaorang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. 

Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..


"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"


"siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu.


* orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).


Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim)

(KLIK disini untuk versi audio)

Wednesday, December 12, 2012

Hukum berdiri sebagai menghormati tetamu ..


Menurut satu hadis,Rasulullah s.a.w tidak suka /tidak gemar bila kehadiran baginda di sesuatu tempat,maka org org berdiri sebagai tanda memuliakan.Bunyi hadis tu seperti inilah " barangsiapa yg mhormati manusia dgn penghormatan dalam bentuk berdiri,maka bersiap sedialah untuk tinggal dalam neraka Allah" .. ini hadis confirm betul (hadis sahih lah) riwayat.. satu lagi ad juga hadis yg confirm betul iaitu " takde org yg lebih dicintai sahabat melainkan rasulullah,tapi bila rasulullah datang,tiada siapa pun yg berdiri kerna mereka tahu rasulullah sangat membencinya".

Hadis ini jelas bahawa berdiri sbg menghormati itu DILARANG oleh agama,tapi kenapa ikut protokol2 dalam majlis di tempat kita,seolah berdiri untuk menyambut VIP itu sebagai satu kewajiban? bahkan lebih teruk,VIP itu mungkin sekali org yg lawan Allah,org yg roboh rumah2 Allah,org yg fasik dan org yg memusuhi islam,org yg tidak solat,pelaku maksiat.
-_-

PS-Ingat ustaz Azhar ad sebut dulu,haram kita cium tangan musuh2 Allah,musuh2 org beriman.. tp kat tempat kita,Allahrobbi tengok betapa org bergelar 'ustaz' boleh cium tangan musuh2 Allah .. -_- tangan yg boleh kita cium hanyalah tangan ibu bapa, tangan guru/org alim dan tangan suami/isteri.

Sunday, December 2, 2012

Apa erti Palestine untuk kitA?




Bagi yg share dan sngt2 prihatin terhadap apa yg berlaku di Palestine,tapi tak faham sangat apa   


pentingnya Palestine pd kita semua,meh saya kongsikan sedikit :)


Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Is
lam. Jika anda








pernah baca Quran,ayat pertama surah al-isya ad menyebut kedudukan Palestine sbg tanah yg 





diberkati..perasan tak? ce check..




Palestin ini merupakan bumi yg suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa,iaitu qiblat 








pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam.




Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad 







melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.(rujuk surah al isra ayat 1 

itulah)


Para yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di Palestin. 





(dalam 50 nabi semuanya)


Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh 





menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.


Jelas,byk perkara yg dekat dgn umat islam pd bumi yg diberkati ini.. sbb itu ia penting.. 





Lagipun,ia antara negeri yg mana kedudukannya ada dalam Quran :)

Saturday, December 1, 2012

Akta baru tidak akan kurangkan kes rogol

Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan - BERNAMA

Ini satu diskriminasi terhadap perempuan yg diatas umur 21 thn .. mereka juga dirogol tapi kenapa hukuman terhadap perogol berbeza -_- 

PS-Erm,kalau mereka ingt dgn akta ciptaan ini mampu mengurangkan nafsu manusia..tentu sekali mereka silap -_-

Tok guru Nik Aziz cakap dah,untuk kurangkan rogol,didik rakyat tutup aurat,bila aurat jaga,mata lelaki Allah hijabkan,Allah kan sbg engineer yg buat manusia,tentu ada sebab Allah suruh jaga aurat dn lelaki jaga pandangan , Allah juga sebagai hakim,tentu sahaja Allah tahu undang2 mana yg paling efektif dalam menzerokan kadar jenayah :)

Islam perangi kezaliman

Bagaimana kita nak kenal pasti di sesuatu kawan itu ada ruh islam atau tidak?

Perhatikan,jika anda menyaksikan kezaliman terjadi di sesuatu tempat,anda mendengar jeritan org yg teraniaya,anda melihat tangisan org2 lemah yg ditindas, kemudian anda tidak menemukan umat islam di kawasan tersebut yg menentang kezaliman itu,maka boleh lah anda curiga akan kewujudan islam disana.

Jika islam ada,maka beerti perjuangan melawan ketidakadilan tidak akan pernah berhenti.Sebaliknya,ji
ka berlaku kezaliman,dan yg anda sekadar dengar adalah bunyi komat kamit doa,bunyi2 tasbih ,dibaca mantera2 perlindungan dan kepasrahan dgn harapan agar langit menurunkan pertolongan.Maka disana tiada islam..

Bagaimana mungkin Allah akan menolong jika skdr itu usahamu, Sesungguhnya Allah tidak akan menolong dirimu. Allah tidak akan memberi pertolongan kepada kelompok yg tidak bercaya kepada kemampuan diri utk menentang kezaliman bahkan tidak menunaikan perintah Allah.Bahkan Allah sebut dalam quran,Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yg mengubahnya.

Org yg berpendapat bahawa mereka itu islam,tapi mereka enggan berjuang menentang kezaliman dgn segala versinya* , enggan membela org2 yg teraniaya dgn sebaik baiknya, dan enggan berteriak menentang org2 yg tiran dan diktator,benarlah mereka itu adalah org yg munafik,atau mereka benar benar tidak mengenali islam.

Islam tidak pernah menghidupkan sebuah hati lalu biarkan terbekuk di bawah kaki kezaliman.

Islam juga tidak pernah menghidupkan sebuah hati,lalu membiarkan menyerah pasrah tanpa memberi reaksi kepada sebarang kezaliman dgn segala versinya , baik kezaliman terhadap dirinya,atau kezaliman terhadap hati2 manusia lain walau dimana mereka berada..

PS-Aku tulis balik berdasarkan apa yg aku baca dari buku "Di bawah panji panji islam" yg menukilkan karya2 As Syahid Syahid Qutb.. tp tidak sama yg dalam buku lah .. skdr apa yg aku ingat ..

PS2- Bila aku baca buku ni,then aku faham kenapa ada satu kelompok jemaah yg kurg senang terhadap tulisan2 Syed Qutb.. Tulisannya tentu sekali pedas dan pahit utk semua org menerimanya .. :)

Allah bagi kita mudah,jgn payahkan


Allah mengkehendaki kemudahan bagimu,dan Allah tidak mengkehendaki kesukaran bagimu.. 

(Surah Al-Baqarah )

Kebetulan pernah terbca satu post tentang Allah bagi kemudahan buat kita dalam perkara perkara tertentu sebelum ini,ayat yg aku kongsikan diatas adalah sebahagian dari surah al baqarah ayat ke 185.. Ia dalam bab Puasa di Bulan ramadan ..

Dulu aku ingat,bila Allah bagi keringanan dalam beberapa ibadah seperti jama' , boleh tinggal puasa kalau musafir , tapi kita tidak 
buat keringanan itu sebaliknya tetap berpuasa, Allah makin sayang sebab kita kuat iman.. haha,tapi sebenarnya,lepas dijelaskan oleh seorg ustaz (moga Allah rahmati beliau,walaupun aku kurang senang dgn sikap beliau sbb dia tabligh,namun slow2 aku curi juga ilmunya), kita sebenarnya angkuh jika kita menolak keringanan ini ,kita SOMBONG dgn Allah ..

Kita sedang musafir di bulan ramadan,dan kita sedia maklum Allah bagi rukhsah dalam hal ini utk kita berbuka namun perlu ganti balik nanti,tapi kita tidak berbuka,sebaliknya kekal berpuasa.. Itu salah .. ad yg berpandangan kita puasa sebab kita tak nak ganti dah nanti,baik settle terus,mungkin kita ingat hebat lah ginim,sebenarnya tidak.. Sebaliknya kita boleh ragu pd ibadah kita,adakah kerna Allah atau kerna itu adat kebiasaan utk berpuasa di bulan ramasan.Begitu hal juga jama' solat.. Allah bagi kita jama' dan qasar,tp sebab kita fikir rakaat yg banyak lebih baik berbanding 2,maka kita abaikan keringana yg diberi Allah..Sombong namanya :)

Jadi ... Islam jelas mudah .. jangan lah persukarkan :) 

Monday, November 12, 2012

soal kentut : Was was tika solat , dan sedikit info

Perihal kentut ..

Pernah tak ketika dalam solat anda rasa cam anda terkentut ?cam ada gas nitrogen + hidrogen +karbon + metana + oksigen keluar dari lubang dubur awak (bkn saya) haha

Hadis perasaan was was dalam hati, "aku kentut ke tak n
i,batal da solat aku" ..

Disebabkan was was itu anda keluar dari saf dan ambil wuduk baru..Betulkah tindakan anda?

Jom rujuk hadis yg diriwayatkan oleh muslim (sahih) bahawa nabi cakap jika time solat kamu rasa cm ada ad angin keluar,abaikan,jgn berhenti solat kecuali kamu dgr bunyi atau terbau sesuautu yg jelas berasal dari kentut kamu. :)

Faham kan? kenapa timbul was was adalah sebab ada setan yg mmg kita kenali duk hasut sebelah kita duk cakap "batal...batal" , takpe,kita balas je balik kat setan tu (dalam hati) "Jangan nak bohong aku lahh" .. TAPI KALAU DAH JELAS BAU DAN BUNYI,maka mmg batal lahhh .. haha

tambahan tentang kentut adalah nabi sangat melarang bila kita ketawakan org yg kentut ^_^

takde apa yg perlu dimalukan .. bukan kamu je, semua org kentut,pelakon korea kentut,angelina jolie kentut,semua lah kentut termasuk pembaca... mgkn ada yg baca sambil kentut kan? ;p

CIRI2 manusia pun boleh dinilai melalui kentut,kalau kentut tak ngaku,itu org yg tidak jujur,duk tahan kentut berjam jam,itu org bangang,tahu bila nak kentut,itu org berwawasan,org yg pemalu lak bila kentut walaupun tak bunyi dia malu pd diri sendri,haha..org yg pelik duk sengaja biar kentut keluar sikit sikit..titt..tittt...titttttt... dan org yg ramah adalah dia suka hidu kentut org lain -_- ..dan tentu sekali org yg cerdik adalah org yg boleh ingt bau kentut kawan2 dia .. :p

Apapun,pepatah ad sebut

Orang Amerika kentut kata “Excuse Me”
Orang British kentut kata “Pardon Me”
Orang Malaysia kentut kata “Not Me, Not Me”

-_-

Sunday, November 4, 2012

Kisah Gwang So dan Kim Jong kok

Situasi 1 : Gwang so berada dalam kesejukan,mahukan selimut,jadi dia jerit "sejuk... nak selimut..sejuk... nak selimut....sejuk...nak selimut" sbyk sejuta kali agar dia tidak sejuk lagi..

Situasi 2 : Kim Jong Kook pergi klinik sebab deman,lalu doktor bagi kertas yg mengandungi senarai ubat utk dibeli dan nasihat2 agar deman kebah,lalu kemudian dia amik kertas nasihat tu ikat kat tengkuk dia..

Ja
di,berdasarkan situasi di atas... setujukah anda utk kita katakan gwang so dan kim jong kook seorg yg tolol?

Klau jawab anda tidak : Jadi kalau dia x tolol,maka anda lah yea yg??

Kalau anda jawab ya maka saya nak bagi satu lagi situasi yg sama dgn diatas dan bersetujukah anda bahawa si pelaku dalam situasi 3 juga tolol .. -_-

Situasi 3 : Dalam sebuah ngra di planet pluto,ada masalah ekonomi runtuh,kecurian,jenayah, penindasan,dn masalah sosial dan lain lain, penyelesaian dah dibagi utk mengatasi ,semuanya dalam satu buku yg dinamakan Quran , tapi yg dilakukan hanya tulis dalam akhbar "jenayah meningkat,masalah sosial meningkat,itu meningkat ini meningkat" ... jadi ??

AHa!

PS-Jgn melenting dgn pengunaan istilah 'tolol' yea..Saya mengambil istilah ini,dan edit cerita yg hampir sama dari buku yg ditulis sarjana islam besar iaitu As Syahid Qutb dimana beliau memetik dari artikel yg ditulis oleh Abul ala Al Maududi :)

[La ila haillallah: Manhaj Hidup Muslim - Al Syahid Sayyid Qutb]

Jelas beliau menulis org yg skdr baca quran,tahu quran tapi tidak ikut sebagai 'bodoh' dan 'tolol' ... Bukan dari saya :)

Sekadar baca tidak mengubah situasi ;)

Saya migrain,utk kurangkan migrain saya cari buku yg ad petuanya,saya jumpa buku tu...Dan saya baca berkali kali,namun migrain tak hilang hilang..

Tahu kenapa?Sebab sekadar baca petuanya,tentu tidak hilang,kena ikut lah apa yg disuruh..

Haa..Sama juga dgn penyakit sosial hari ini,dalam Quran dah sebut cara nak tangani,tp bila kita baca je,mmg xkan dapat selesaikan masalah tu..Kena bertindak .. 

-Idea dari buku [La ilahaillallah : manhaj kehidupan muslim] 

namun aku edit ikut kesesuaian :) maksudnya sama,cuma utk lebih mudah difahami ;)

Friday, November 2, 2012

Aku sokong padan muka kena rogol :)

Kalau dilihat dari satu sudut,kiranya masih ok lah MCA terasa soal sedutan ceramah tok guru Nik Abdul Aziz soal tak tutup aurat dan rogol tu.. Sebab rakan seperjuangan dia yang beragama islam langsung tak terasa apatah lagi nak berubah supaya jenayah rogol dapat dikurangkan.. keh keh keh 

Saya menyokong penuh ucapan tok guru yang ditujukan kepada semua muslimah yg enggan menurut perintah agma dal
am soal menjaga aurat bahawa :

"dah nak sibuk kenapa? dah dia buka aurat,dirogol,padanlah muka kena rogol,dia jual murah murah,dia duk jual murah murah betis dia,peha dia,rogol lah..Peduli apa!Kita terjun dalam sungai,tiba tiba basah kain,nak sibuk hei kain basah kain basah..Pasal apa kamu terjun? Basah lahhhhhh "

Pahe ke dok ? aha :)

{Andai ad kawan2 terasa dalam ni,harap keterasaan itu dapat mengubah anda menjadi lebih baik,saya tak pernah benci anda yg tidak menutup aurat,cuma saya benci dgn kemaksiatan tersebut} :) :)

Kami sayang Tok guru..

Tidak akan ada penganti sebaik beliau,
namun perjuangan tetap akan diteruskan ... 

Kita berharap lah,saat ketika tok guru masih segar dan berada dalam medan perang ini,kita umat islam semuanya bersama sama tok guru ..

Jangan kelak bila Allah mengambil tok guru baru menyesal tidak kesudahan!

Sekarang tok guru masih bersama kita dalam perjuangan murni ini!
Jangan lepaskan peluang untuk sama sama berada dalam perjuangan yang diketuai Tok Guru!!
Tak kira siapa lah! Semua gerakan islam,pertubuhan islam, walau tidak sbg ahli,namun sebagai tulang belakang perjuangan ini ;)

Tok guru Nik Aziz merupakan anugerah Allah kepada bumi Kelantan,dan Malaysia !
Hargai dan bersama sama kita mendokong perjuangannya :)

Semoga Tok Guru dipanjangkan usia oleh Allah ... Aminn ..

~Islam dijulang biar ditentang~

Kisah Abu Bakar menangis mengenangkan Rasulullah bakal wafat

Saya mahu kongsikan satu kisah..

Yang sahih sumbernya.

Saat ketika Rasulullah berkhutbah di mimbar,
baginda mengatakan "Allah telah memberi pilihan kepada seorg hamba,antara dunia dan antara apa yang ada disisiNya" dan hamba ini memilih untuk berada disisi Allah!

Semua hadirin mendengar dengan tekun,namun Abu Bakar as Siddiq menangis!

Hadirin cakap "Apa lah abu bakar ni menangis,apa peliknya 
khutbah nabi,Allah suruh pilih dunia dan balik pd Allah,dan hamba itu pilih Allah"

Namun sesungguhnya kerna apa Abu Bakar r.a menangis ?Kerna Abu bakar r.a faham nabi!

Dan dalam khutbah itu "seorg hambanya" itu adalah merujuk kepada Rasulullah itu sendiri !itu adalah hint nabi bahawa baginda akan wafat..

Nabi adalah org yg dekat dengan Allah,pasti baginda tahu bila masanya..Dan selepas nabi,para alim ulama lah yg paling dekat dgn Allah!

Semoga Allah bersama sama perjuangan Kita iaitu perjuangan para nabi dan rasul! Yang disambung para ulama dn umara islam!Dan kita adalah pendokongnya! Maka celaka lah mereka yang menjadi penentang yg nyata sedangkan mereka terlupa bahawa mereka itu hanya diciptakan oleh setitis air mani yg jijik !

Mereka mengatakan kita tidak layak berada di negara ini kerana kita menentang kerjaan sedia ada!
Kita dgn yakin balas balik bahawa MEREKA TIDAK LAYAK BERADA DALAM DUNIA INI KERANA MEREKA MENENTANG ALLAH YANG MENCIPTAKAN SEGALANYA!

Kenapa org cina takut islam :)

Fakta :

Bangsa cina merupakan bangsa yang bertanggungjawab menyebarkan dan perkembangkan islam di tanah melayu. ;)

--> Namun kenapa hari ini org cina yg terkenal dgn keterbukaannya terhadap beragama ramai menolak islam?

Perlu diingat masyrakat cina tidak anti pada islam(kecuali segelintir) , tapi mengikut budaya cina,mereka amat mementingkan keturunan,dgn pemahaman yg dibawa segelintir org bahawa "masuk islam masuk melayu" membuatkan org cina takut untuk mendekati islam kerana bimbang keturunan terputus!

Ia dikuatkan dgn situasi,bilamana anak lelaki cina akan menerima tentangan yg lebih hebat sekiranya memeluk islam berbanding anak perempuan kerna anak lelaki akan menyambung nama keturunan mereka!

Ini adalah satu persepsi yang wajar dibuang!

Lawak lembu dan pengajaran :)

Seorang lelaki tengah bawak kereta ,
tiba2 ada seorang perempuan bawak kereta potong kereta dia .

Lelaki tuu jerit '' woi woi Lembuuuuuuuu '' !!
Perempuan tuu balas balik '' hang tuu kambing, keldai, monyet, orang utan " !!

Tiba2 perempuan tuu eksiden terlanggar sekawan lembu ,

Lelaki : kan aku cakap LEMBU,LEMBU ! tuu laa x nak dengar .
..........................................................
................
Aku Copy - paste dari fesbuk ;) lama dah,then taruk dalam file..skrg baru share sbb baru nampak dah nak jadikan cerita ini ada pengajaran yg lebih baik :) ehe
..........................................................................
Apa pengajarannya?Jom nilai dari sudut agama:

Lelaki tu jerit lembuuu... perempuan tu salah sangka bahawa lelaki tu gelar dia lembu,lantas dia balas balik dgn gelaran yg perbagai tnpa mengetahui niat baik lelaki itu.

Gitu juga usaha dakwah,ustaz kata "Bodo lah mg tak sembahyang,bodo pada beruk"

Kita duk marah sebab salah faham ustaz kata kita beruk,sbb kata kita bodo,padahal ustaz duk nasihat kat kita hati2 jgn jadi bodo ... Itu saja! Bodo ni ibarat lembu yg ada di hadapan jalan kita,yg memungkinkan kita gagal utk sampai ke destinasi dgn selamat .. mana destinasi kita ? Tepuk dada tnya iman lerh :)

Faham?? :)

Kisah 2 sahabat : Pentingnya dakwah

(Dialog ini hanya rekaan aku sebagai pemudah utk difahami namun berdasarkan kisah benar dari Muslim Belal dan aku tokok tambah lah sesuka hati aku.. haha)

Watak adalah Bakhtiar,seorg yg lahir dalam keluarga muslim dan seorg lain Cheng Ho,seorg muallaf. 

(Flash back)

Cheng Ho dan Bakhtiar adalah rakan sekelas sejak di sekolah m
enengah ,setiap kali waktu tengahari,Cheng Ho perhatikan Bakhtiar selalu keluar dari kelas,masuk ke dalam bilik air dan basahkan bahagian tertentu pada badannya.

Satu hari Cheng Ho ikut Bakhtiar ke bilik air dan bertanya kepada Bakhtiar apa yang dilakukannya,jawab bakhtiar,

"Kamu usah peduli,ini adalah cara agama aku sebelum memulai solat kami"

Then Cheng Ho berlalu pergi sambil hatinya masih tertanya tanya.Beberapa tahun berlalu,Cheng Ho melanjutkan pelajaran ke London,disana beliau ditemukan dengan pemuda pemuda islam yg melakukan perkara yang sama dilakukan Bakhtiar semasa di sekolah,lalu beliau bertanyakan pemuda itu,lantas semua dijelaskan.Akhirnya Cheng Ho memilih untuk menganut agama islam!

Beberapa tahun berlalu lagi,Cheng Ho balik ke Malaysia,lalu satu perjumpaan semula rakan2 sekolah dilakukan,maka bertemulah dia dgn Bakhtiar.Melihat kawannya sudah beragama islam,maka ditegur lah Cheng Ho:

Bakhtiar :Alhamdulillahhhh ... Sudah islam kamu ya !!

Cheng Ho : Yup,n No thanks to you bro!

Bakhtiar : haha..Kenapa aku pula?

Cheng Ho : Erk,kamu lupa dulu aku pernah tanya apa yang kamu buat di bilik air,lantas kamu tidak menjawab,bahkan minta aku berlalu pergi?

Bakhtiar : Haha,iya ka.. Erm,iyala...

Cheng Ho : Syukur di tempat baru,ada muslim yg menerangkan kepadaku..walaupun agak terlambat..

Bakhtiar ; Apapun,kamu sudah islam skrg kan?Jadi lupakan lahh..

Cheng Ho : Apa dahulu kamu tidak menganggap aku sahabat ?

Bakhtiar : Tentu..kita sahabat,dulu..kini..selamanya..

Cheng Ho : Kalau benar kita sahabat,kenapa kamu tidak mengajarkan aku tentang islam? Apa kamu sanggup biarkan sahabatmu selamanya dalam neraka kelak?

Bakhtiar ; em..emm...erkk..

Cheng Ho : Aku bukan mahu menyalahkan kamu namun penulis yg reka cerita ni nak panaskan suasana,maaflah .. motifnya,nak cakap, berdakwahlah kepada org sekelilingmu,agar bukan kamu je masuk syurga..Ajak teman teman yg lain..Pahe ke dok?

Bakhtiar : faham .. faham ... :) jom makan ...

Cheng Ho: Aku puasa bro.. -_-

PS-ahaks ... Thanks to buku " Biar org cina pimpin islam" , ia buKa mata aku ttg satu kesilapan segelintir individu dan organisasi kaum aku sendiri sehingga menyebabkan org2 bangsa lain cukup takut dgn islam,jadi sbg org yg dilahirkan sbg melayu,insyAllah..Aku tebus balik kesalahan itu dgn memulakan penerangan slow slow bahawa 'islam itu utk semua" :)

Mereka juga mahu makan :)

Pernah tak anda mengalami situasi ini :

Ketika anda di kedai makan,datang satu makhluk Allah di kaki anda,di geselkan tubuhkan pada kaki anda,melihat anda dgn pandangan mata merayu seakan menjerit kepada anda


"Tuan,saya lapar,berilah saya

 makan"


Melihat matanya seakan menangis,dia sedang kelaparan,dan anda tidak pedulikan ..

Sekali lagi dia melihat anda,tanpa suara,namun dalam benak hatinya merayu:

"Tuan,berilah aku makan..kongsilah sedikit rezekimu kepadaku..Tuan..."

Itulah nasib sebilangan besar kucing kucing jalanan di kedai makan..mereka kelaparan! BENAR!! kucing di kedai makan sedang kelaparan dek keangkuhan manusia dalam berkongsi rezeki kepada makhluk yg lain!

Allah memberikan sedikit buat kamu namun kamu enggan berkongsi sesuautu yg bukan milikmu scra mutlak pun..Maka jelaslah! Kamu tidak mensyukuri tuhanmu :)

Berhenti melebel org lain wahabi :)

Apa maksud menepuk air di dulang,terpencik ke muka?

*Maknanya kita kata org salah padahal kita yg tak betul..


Contoh :Kebanyakan org melayu cakap bahawa org yg kata knduri arwah/tahlil tu bidaah,terus dituduh wahabi,sedangkan dalam mazhab shafie sendiri,ulamak dalam mazhab shafie,tidak ada pernah ungkit soal tahlil/kenduri arwah sekali pun ... 


PS-tapi kalau nak buat,xde pun yg kata haram kan??

bahkan majoriti ulama membolehkan amalan ini dilaksanakan ... So go ahead lah..dalam family ak pun pernah buat ^_^ cuma hentikan amalan melebel org lain sebagai wahabi bila bawa ajaran yg tak sama dgn yg diamalkan nenek moyang kita :) :) faham kan? bukan nak kritik amalan tu,cuma nak cakap berhenti melebel org lain wahabi dn sesat :) :)

Wednesday, October 10, 2012

Sedikit ttg sejarah pengasas wahabi dan wahabi :)

Aku terbaca td,then ingt2 sikit2 utk kongsikan! kalau salah tegur! Bukan serang! faham nehh :)

Pendirian yg saya pegang dan risalah yg saya laungkan kepada setiap org adalah

kalimah "la ilahaillallah-tiada tuhan selain Allah" . Aku menyeru kepada prisip asas islam iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran!Jikalau kamu memegang teguh risalah ini,insyAllah,Allah akan mengalahkan musuh musuh kamu

- Sheikh Muhammad B. Abdul Wahab pelopor Gerakan Wahabi!

Sering kita dgr sesuatu yg negatif tentang wahabi .Jom kita belek sedikit sejarah berkenaan asal gelaran wahabi dan pengasasnya.

Apa awal abad ke 12 hijrah,islam mula diambang kejatuhan,akhlak dan akidah umat islam berada dalam keadaan yg menghinakan sehingga seorg penulis Amarika mengambarkan keruntuhan umat islam zaman itu.

Dalam keruntuhan ini lahir seorg mujaddid iaitu sheikh Muhammad B Abdul wahab.Beliau meningkat dewasa sbg sorg yg berilmu sehingga mempunyai banyak pengikut.

Pemerintah ketika itu rasa tercabar dgn aura Muhammad Abdul Wahab sehingga pemimpin Najd beri arahan kepada gabenor disitu utk bunuh beliau kerna muhammad abd wahab begitu lantang menentang maksiat kepada Allah.

Gabenor then mengusir beliau dan berada dalam buangan,beliau berjalan di padang pasir sehingga bertemu seorg amir bernama Muhammad Ibn Saud (pengasas empayar arab saudi).Bersama ibn Saud,sheikh muhammad abd wahab bercita cita menubuhkan negara.

Di bawah pemerintahan Muhammad Abd Saud yg dibelakangnya sheikh Muhammad Abd Wahab,penduduknya mula kembali kepada islam samada dalam sudut akidah kerna sebelum pd itu,sehabagian besa rakyat mekkah dan madinah tidak tahu apa2 melainkan mengucap kalimah syahadah.kini mereka belajar solat,zakat dn sebagainya!

Sheikh Muhammad bin Abd Wahab juga berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara mazhab dgn menyatukan mereka.Iman setiap mazhab diberi giliran untuk menjadi iman,jadi tiada lagi gaduh gaduh :)

Dari sudut syariah beliau mengikuti Hambali,namun beliau tidak mengikutnya 100% dan dalam tulisan beliau juga menulis beliau tidak membangkang mana mana org yg hendak berpegang kepada mana mana 3 mazhab itu(Yg ada dingra itu)

Pd zaman beliau,beliau berpendapat punca keruntuhan umat islam adalah kerna kepercayaan kepada mistik dan tassawuf,namun begitu beliau tidak menentang tassawuf dgn membuta tuli,beliau hanya berpendapat terdapat penyalahgunaan dalam penggunaan tassawuf pada ketika itu,ianya seperti air yg bersih dan halal,namun terpaksa diharamkan sbb boleh membahayakan pesakit.

Sheikh2 arab saudi ketika itu juga sedar bahawa umat islam ketika itu ketagih dgn sufi yg telah menidurkan dan menahan mereka dari kecerdasan dan pergerakan,.Sebab itu juga sheikh muhammad abd wahab ketika itu tegas dalam menentang penyelewengan soal mistik yg jelas bercanggah dgn islam.

Apabila nama syeikh muhammad abd wahab mula naik,beliau difitnah musuh musuhnya dgn mengatakan beliau mengamalkan ajaran sesat dan mereka mazhab baru.Fitnah ini tidak ada asas langsung.Musuh2nya mula menamakan pengikut sheikh muhammad abd wahab sebagai "Wahabi"

Selepas amir muhammad ibn saud meninggal,naiknya anak beliau yg bawa malapetaka kepada wahabi,penganti ibn saud mengapikan golongan wahabi menentang kerajaan islam turki ketika itu dan berlaku pertumpahan darah,bermula disitu,org2 turki benci kepada wahabi sedangkan ia bukan salah muhammad abd wahab!

Banyak peperangan berlaku sehingga ramai umat islam meninggal namun dan lemahnya kerajaan saud ketika itu,namun setengah abad kemudian ,sultan abd aziz berjaya takluk semenanjung arab.Rakyat fikirketika ini zaman naiknya islam,namun harapan hancur berkecai apabila WAHABI diPERGUNAKAN untuk mencari kuasa !

Dan jatuhnya smgt perjuangan islam wahabi bila Ibn Saud benarkan amarika carigali minyak di saudi arabia sehingga arab dibaratkan sedikit demi sedikit :(

Apa2..;Moga Allah merahmati beliau :)

Tuesday, October 2, 2012

Di mana sumber wang dakwah Ikhwan Muslimin:Teladan buat pendakwah hari ini :)

''Bila ditanya oleh mereka bagaimana ikhwan mendapatkan sumber kewangan,maka dijawab iman hasan al banna:

"Apabila wujud seseorang yang benar benar mukmin akan didapati bersamanya semua jalan kejayaan,Sesungguhnya harta ikhwan yang sedikit ini,harta yang mereka dikit dikitkan dari perbelanjaan mereka hari hari,yg merek

a jimatkan dari keperluan mereka,dari keperluan rumah tangga dan anak anak mereka,mereka bermurah hati mengeluarkannya dgn perasaan ikhlas dan puas hati,tiap tiap seorg dari mereka berhasrat sekiranya beliau mempunyai berlipat ganda dari itu,beliau akan membelanjakannya pada jalan Allah.KIRANYA ADA DI ANTARA MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI SESUATU YANG AKAN DIHULURKAN BELIAU AKAN TERUS BERPALING SEDANG KELOPAK MATANYA DIGENANGI AIR MATA LANTARAN BELIAU TIDAK MEMPUNYAI SESUATU UNTUK DIHULURKAN.Harta ikhwan yang sedikit ini dan iman mereka yang besar.Subhanallah.."

Petikan dari buku : Tiga bingkisan risalah dakwah oleh Iman Hasan Al Banna.

Bila baca ini aku sendiri malu pd diri sendiri sebab walaupun aku mengatakan aku ikut jalan mereka namun ia hanya dgn lisan,bukan perbuatan .. T_T

Ubah ubah ubah .. :) insyAllah ..

Friday, September 28, 2012

Soal CINTA, Allah lebih tahu untuk kita :)

Ingin sekali aku buat satu perkongsian..Ia tentang aku dan Cinta..Betapa aku bersyukur aku berada di jalan ini..

Aku di sekolah rendah pernah menyintai seseorang,tapi itu mungkin cinta anak kecil,yang sebenarnya masih belum faham erti cinta..Ketika itu aku masih tidak reti untuk berdoa untuk mendapatkan cinta,tapi aku selalu berharap,aku dapat bersamanya bila besar nanti..Beberapa tahun berlalu,aku memasuki sekolah menengah,di tingkatan 1,aku masih menyukainya walaupun tidak sekelas,Namun Allah merencanakan agar aku tidak bersamanya,dan membuatkan aku jatuh cinta pada orang lain ketika tingkatan 2..Itu juga cinta remaja yang mungkin tidak bernilai..Tapi kerna cinta kedua ini,aku melupakan cinta pertama,ketika itulah aku baru tahu bahawa org yg pertama aku cintai adalah seorang yang kurang peka terhadap agama.. Subhanallah.. Aku bersyukur aku tidak dikurniakan keberanian untuk meluahkan cinta kepadanya..Bimbang kalau itu berlaku,aku mungkin menghampiri maksiat di awal usia remaja lagi.

Cinta kedua juga sama,aku suka padanya tapi juga Allah menghalang bibirku dari meluahkannya .. Aku sekadar memendam rasa,tapi ketika itu aku mula pandai berdoa,setiap hari aku berdoa agar bersamanya .. setiap hari! ..namun Allah tidak merencanakan itu utkku.. Sehingga aku tingkatan 4,aku menyimpan rasa padanya... kemudian Allah ubah lagi hatiku untuk menyintai rakan sekelas ketika itu .. Ia,dia sudah berpunya,Alhamdulillah .. Itu menghalangku dari mendekatinya demi cinta..Saat cinta ketiga ini datang,Allah buka hijab untukku melihat bahawa cinta keduaku juga sia sia..Gadis itu juga kurang pegangan agamanya..Dia punya pakwe ketika itu..dating itu amalan mereka..Subhanallah,kalau aku meluahkan rasa padanya,pasti aku di situasi maksiat itu,.

Kembali pada cinta ketiga,mula menyimpan rasa di akhir tingkatan 4,ketika itu hati memang mahukannya tapi fikirku, aku malang kerna dia sudah berpunya..Benar..Aku sungguh kecewa..Namun aku tidak berhenti berdoa..Tapi Allah lebih cintakan aku,saat tingkatan 6,hati aku dialihkan lagi kepada seorang gadis dari kampung sebelah ..erhh .. Saat itu aku mula dapat melihat bahwa 'cinta ketiga' aku juga bukan yang terbaik buatku,aku bersyukur kerna tidak ada hubungan istimewa dgnnya,atau mungkin hari ini aku manusia yang penuh dosa..Jadi kerna cinta Allah padaku,dari sekolah rendah hingga tingkatan 5,aku diselamatkan dari hidup berkapel..satu cara maksiat yang paling menyeronokkan .. 

Tingkatan 6,satu pengajaran buatku..Mungkin kerna terlalu cinta,ya,aku meluahkannya .. Adakah aku terlibat dgn aktiviti maksiat? YA! aku mungkin tidak 'berdating' dgnnya,.aku mungkin tidak menyentuh tangannya,tp saat bersms,aku tahu..aku sedang bermaksiat kepadaNya .. Ampunkan Aku Tuhannn ... 

Sungguh..perasaan sayang itu ada ,tapi aku tahu Allah lebih sayangkan aku bilamana aku dipisahkan dari si dia selepas 4 bulan bermain cinta..

Kini aku kembali tanpa cinta..

Aku fikir dalam dalam setiap perkara yang berlaku,kerna aku ingat kata ustaz,setiap yang berlaku ada hikmah..aku menilai kisah 'cinta' ku dari awal .. hingga akhir,ya Ada hikmahnya ..

Allah meniupkan perasaan cinta kepadaku kerna itu fitrah aku sbg manusia,namun Allah menahan hatiku dari melakukan maksiat dgn banyak , Terima Kasih Allah .. :) 

Jadi pengajaran buat semua..Jika anda menyintai seseorg,yakinlah,jika anda tidak bersamanya,ada hikmahnya..Yakin bahwa Allah ada rencana lebih baik buat kita.. Yakin..Yakin :)


Wednesday, September 26, 2012

Artis vs pelacur

Terbaca majalah mastika lama di Library siang tadi,aku kebetulan terbaca satu kisah seorang pelacur yang berpakaian seksi dan jual dirinya demi untuk cari makan .. (seolah olah xde pekerjaan lain,tp mungkin dia terpengaruh dgn fatwa boleh m
elacur kalau darurat kowt) ..

Tapi abaikan kisah fatwa tu,aku tertarik dgn alasan mereka2 ini bahawa mereka berpakaian seksi bukan kemahuan mereka,tapi sebab itu yg diperlukan utk jadi itu.. (???)

Terus kepala otak aku terfikir alasan2 segelintir artis untuk dedah aurat,bertelanjang demi ikut skrip .. Mereka nak cari makan lah tu kan?

Jadi,apa yek beza mereka dgn pelacur yea ?

2x5 5x2 erk?

PS-Tapi kadang2 kalau kita perhatikan pakaian insan2 yg jual tubuh di tepi jalan tu lebih "sopan" dari pakaian artis kita,teringat aku dalam paper yg aku tgk ahad atau isnin lepas..Entah r,apa dalam kepala mereka.. lupakah mereka ini ngra org islam,punya adat ketimuran .. kalau hang tuah wujud zaman ni,pergh..mmg menangis tak berlagu melihat anak bangsanya begitu 

kita dai'e,bukan hakim :)

Di akhirat kelak, Allah tidak akan tanya kenapa kamu tidak hukum seseorang itu dan ini, tapi Allah tanya kenapa kamu tidak dakwah kepada si fulan itu dan si fulan ini..

Setiap pendakwah harus ingat bahawa

"Kamu itu dai'e,bukan Qadi"

Tugas kamu adalah menyampaikan , bukan menghukum seseorang itu ..

Makna disini adalah , tidak wajar kita mengatakan seseorang itu sesat atau pun kafir selagi dia berpegang kepada Quran dan hadis walaupun ada perilakunya bercanggah dgn islam .. Bimbinglah dia insyAllah ada ganjarannya .. Allah tidak menjanjikan ganjaran kepada kita utk menghukum org itu sesat atau kafir atau terpesong bla bla bla ..

CIna pun yakin hudud mampu bawa keadilan

Hudud itu adalah sebahagian dari islam .. Bila kajian dari UM mendapati majoriti responden berbangsa cina bersetuju bahawa keadilan mampu dibawa melalui hukum hudud,maka kita boleh sebutkan juga majoriti rakyat berbangsa cina yakin ISLAM ma
mpu bawa keadilan kepada mereka .

Tentu sahaja hudud itu bawa keadilan .. Kerna yang "Merangka" hukum itu adalah Sang Pencipta itu sendiri :)

Kita minta buang prasangka buruk kita terhadap orang non muslim , siapa kita untuk menghukum terus mereka.. Iman Ghazali yg kita cari cari sendiri sebut Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT"

Jadi tanggungjawab kita adalah laksanakan islam dalam diri kita agar org kafir pun tertarik,jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri,hanya mahu bangsa sendiri bersepakat utk daulatkan islam sedangkan Allah suruh kita kat dunia ni dakwah kepada semua org tak kira melayu cina kadazan :)

ps-14% melayu islam tidak yakin dgn hukum Allah dan 24% lagi tidak pasti .. Ehem2.. nak bersepakat dgn mereka ke ? haha..islam nak didaulatkan cmne.. ?

hasil tambah 14% dan 24% yg kata tidak dan tidak yakin itu adalah 38% ..
42% org cina percaya dgn hudud,maknanya disini ! org cina yg percaya hudud lebih ramai dari org melayu islam yg tolak hudud :)

Kerna itu dari awal aku menolak usaha dakwah yg hanya melibatkan bangsa2 tertentu .. tiada motif politik dalam post ni..jadi x perlu bicara politik erk :)