Friday, October 7, 2011

azab abai solat jemaah :)

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Ramai orang yang gagal utk solat berjemaah di surau / masjid walaupun jaraknya utk ke surau adalah 30 langkah kaki ..

Katanya "aku sembahyang juga dalam bilik"

"tak wajib pun solat berjemaah"


Ada hadis yg nabi Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-)

@   Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
@   Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
@   Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

@   Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
@   Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
@   Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

@   Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
@   Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
@   Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

@   Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
@   Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
@   Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Hah...sape lagi boleh sangkal kewajiban solat jemaah .. terutama budak2 yang duk di kolej mana mana universiti,surau dan bilik anda pasti x sampai  meter 100 ... nak kena azab ke nak pi solat?pilihan di tangan anda :)

layari www.tazkirahamar.blogspot.com utk notes lepas :)

Berdua duaan ..satu dosa yang tidak diendahkan !

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Surah an Nur ayat 21 bermaksud "Hai org2 yg beriman,lgnlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.Barangsiapa yang mengikuti jejak langkah syaitan,maka sesungguhnya syaitan itu akan menyuruh melakukan perkara keji dan mungkar"

Kemudian rujuk hadis Nabi yang bermaksud " Tidaklah seorang lelaki yg berdua duaan dgn wanita kecuali ada pihak ketiganya adalah syaitan"

Berdasarkan dua SUMBER RUJUKAN utama ini,confirm kita dapat nyatakan bahawa HUKUM BERDUA DUAAN dgn seseorang yang bukan mahran dan berlainan jantina adalah satu DOSA disisi islam ..

Tapi situasi yang berlaku sekarang,di IPTA mahupun di pantai mahupun dimana mana tempat yang 'strategik',kelihatan ramai manusia yang melakukan dosa itu.

Melihat gelagat para mahasiswa/wi,mereka jadikan alasan 'bincang homework' sebagai 'lesen' untuk berdua duaan ..

Apakah itu bermaksud mereka nak cuba utk menghalalkan apa yang haram ?

Ada dari orang muda hari ini yang meremehkan perkara ini,mungkin mereka YAKIN dengan diri tidak akan melakukan maksiat,padahal aktiviti turun temurun ini amat berpotensi untuk mengalakkan maksia berlaku.

psssttt - satu maklumat ana dapat,mula mula ada dua pasangan kononnya mahu  siapkan tugasan bersama sama di bawah pokok yang ada meja,tapi last last dua dijumpai dalam tandas ... apa cerita?

So....REMAJA BIJAK!!!!!Jauhi khalwat dgn bukan muhrim !! jgn cipta alasan,kerna di mahkamah Allah kelak,tiada maaf bagi mu !