Tuesday, January 15, 2013

Pesanan buat aku,dia dan kamu..

Ada golongan yang benar2 percaya bahawa mereka telah mengikut ajaran islam yang sebenar krna mengerjakan segala ibadah , kerana penampilan mereka sama dgn yg mereka anggap sbg "imej islam".

Saya tidak persoalkan dan tidak akan pernah persoalkan kekuatan agama mereka,tapi perlu jelas islam itu bukan berkisah amalan2 dan penampilan semata mata,islam adalah cara hidup yg cukup sempurna,ad-din .. Dan cara hidup ini bukan dgn imej yg 'warak' semata, tp juga pada toleransi dan kesederhanaan (tak ekstrim) yg kita lakukan.

Bagaimana kita boleh sembahyang then lepas tu kita tak ambil peduli pd nasib malang saudara kita samada yg dekat mahupun yg jauh dari kita.

Mungkin amal kita (kamu) lebih banyak dari mereka,tp yakinkah anda pahala kita melebihi pahala mereka? Hanya Allah yg lebih tahu soal itu,samada kamu,atau mereka yg benar2 bergerak di jalan yg lebih diredhai Allah ... 

Friday, January 4, 2013

Kita dan Idealogi .. Kenapa pilih 'islam'

Terlalu lama di Library sehingga dia tutup td (jumaat tutup awal), sempat baca sedikit dari buku "Islam dan sosialisme" .. Tapi sebab masa kurg,tidak lah baca semuanya , cukup sekadar bab awal.

Bukan nak bercakap mengenai apa yg aku baca dari buku itu,tp sesuatu tentang sosialisme.. 

Pernah dulu,time form 5 - form 6 , aku anggap org yg ikut jalan sosialis/beridealogi "sosialisme" ni "Cool" .. Yela kan,pernah juga cikgu cakap gemulah Muammar Gaddafi kat Libya tu pun sosialis islam, .. Ada terfikir nak jadi org yg berfikiran sosialis juga,nak keadilan yg sama sebab time tu aku tahu wujud kapitalis dan sosialis adalah musuh kapitalis..

Apa yg aku faham tentang kapitalis (scra bodo bodo je) , org yg nak cari untung je kerjanya hingga sanggup tindas org lain,jadinya yg kaya bertambah kaya si miskin papa kedana ..contoh lain org yg cipta virus H1N1 sbb nak jual ubat .. ( haha? :Barangkali: ) , tentu saja bila kita tgk cara kapitalis ni,kita nak sesuatu utk lawan kan, tika itu nampak sosialis lah caranya ..

[Aku duk fikir fikir skrg.. Kenapa time tu aku nampak sosialisme sebagai sistem yg boleh lawan kapitalis tp aku tak nampak "Islam" ,mungkin sebab aku malas mencari dan fokus2 bila baca paper harakah pun baca bab salah laku pemimpin umno kot]

.....

Tapi alhamdulillah,Kemudian Aku terdedah (didedahkan) dgn satu program (bukan politik,dan dr mana2 parti politik) .. yg bercakap tentang idealisme2 ini,bukan secara detail,tp skdr permulaan..

Satu qoute yg mula2 disebut dalam slot itu adalah "Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people" ..

Dan apa yg dibincangkan adalah tentang "idea" / Idealogi, dinyatakan beberapa idealogi dan dinyatakan juga bahawa semua idealogi tersebut adalah GAGAL kecuali satu,kenapa semua idealogi lain gagal kecuali 'satu' ini?

Apa contoh idealogi/sistem yg gagal,disebut satu satu,semua yg berbunyi "isme" di belakangnya, komunisme,kapitalisme,sosialisme, nasionalisme(?) dLL..dan antara semua,idealogi/sistem yg tidak pernah gagal dinyatakan,selama 1400 ia masih hidup dan dipegang oleh ramai manusia, walau ad turun naiknya,dan dijanjikan bahawa kelak idealogi ini akan menguasai dunia.. Apa idea itu? Ia dinamakan sebagai "Islam"

Kehebatan islam adalah ia merangkumi semua aspek,dari sosial hingga ekonomi , dan jika dulu aku melihat sosialisme boleh lawan kapitalisme, kini ak lihat 'islam' boleh bunuh kapitalisme.Lihat sahaja konsep mudah antara keduanya tentang pembahagian ekonomi ,dalam islam,konsepnya “Kamu dapat sesuai dgn usaha kamu sendiri dan saya dapat berdasarkan usaha saya dan mengikut perjanjian antara kita, untung kita sharing sama2 , rugi kita tanggung bersama”. Sedangkan sistem kapitalisme akan berbuat “ko rugi or untung, kamu bayar saya " .. kesan dari sistem kapitalis ni " yg kaya tambah kaya,miskin terus papa kedana".

Tak dinafikan,sosialisme ada sisi baiknya,namun sisi buruknya juga ada.. Sebab apa? Sebab ia "Human made idealogy" , dan terpampang depan mata "sistem islam" yg menyeluruh dan "dicipta" oleh Allah yakni yg Maha Pencipta, yg cukup sempurna,kurang cerdik lah aku memilih yg dicipta manusia bukan?

Dan aku terperasan ada dalam rakan fb aku,ber'idealogi sosialis .. Mungkin sebab persekitaran lah,seperti aku dulu juga, persekitaran aku takde didedahkan bahawa "islam itu sistem/idealogi/ajaran" terbaik..Aku kira bersyukur sebab permulaannya,ilmu yg "cari" aku , maknanya aku ikut satu program setelah di'ajak' dan didedahkan, jika ad yg masih tercari cari,moga post ini berguna sbg langkah awal utk kalian mencari "idealogi" terbaik utk kalian.

saya syorkan .. ISLAM :)