Thursday, September 18, 2014

Boroi : Rahmat atau malapetaka.

Gambar hiasan yang tiada kene mengena pun :3
Aku secara peribadi menyokong usaha "Get Fit,Malaysia" oleh YB Khairy, walaupun sering dikatakan boroi itu ada kebaikan,bahkan ditulis perbagai artikel memuji kelebihan menjadi boroi, serta menandakan isteri pandai masak etc, aku tidak bersetuju dengan sebarang pujian,atau penerimaan pada permasalahan boroi.

Boroi adalah lemak berlebihan pada perut dipercayai berpunca dari pemakanan yang berlebihan + kurang bersenam , walaupun pada bunyinya memang boroi kedengaran negatif,namun ada suara yang pertahankan bahkan mengeluarkan 'dalil2' kenapa boroi itu baik..Pun begitu,jom kita balek satu kisah di zaman Saidina Umar..

Sedang Umar meronda di Pasar, beliau melihat seorang lelaki yang perutnya maju ke depan (boroi) dengan banyak sekali , lalu dengan menggunakan tongkat beliau memukul perut lelaki itu seraya bertanya,

"Apa ini apa ini?"

Lalu lelaki itu menjawab "Inilah rahmat dari tuhan",

Dengan tegas Umar menjawab , "Ini adalah malapetaka,Malapetaka" ..

Monday, September 15, 2014

Jamak sebab Hujan..

Jamak dari sudut bahasa maksudnya himpun , manakala dari sudut istilah , jamak bermaksud menghimpunkan 2 solat iaitu Zuhur dan asar, Maghrib dan isya' dalam satu waktu samada dahulukan yang awal dahulu (jamak takdim) atau dahulukan yang selepasnya (jamak takhir)

Ramai dalam kalangan umat islam Malaysia , jika disebut jamak , maka mereka memikirkan Qasar yang dilakukan saat musafir ibarat keduanya tidak boleh berpisah.

Qasar adalah kelonggaran memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2, dan KHAS untuk yang bermusafir sahaja,namun untuk jamak , perlu diketahui , masih ada alasan lain yang membolehkan kita melaksanakannya dan diantaranya adalah kerana hujan..

Sebagaimana ada syarat untuk melakukan solat jamak Qasar saat bermusafir,maka untuk melakukan solat jamak kerana hujan,juga punyai syarat syarat tertentu iaitu;

1.Solat jamak sebab hujan hendaklah dilakukan di MASJID sahaja, adapun jika solat bersendirian di rumah adalah tidak dibenarkan.

2.Jamak yang dibenarkan adalah jamak Takdim sahaja (Solat zuhur dijamakkan dgn asar atau Maghrib dijamakkan dengan isya')

3.Hujan yang turun tidak berhenti sehingga jemaah selesai solat.

4.Hujan yang lebat/boleh membasahkan baju.

Dalil kepada perlaksanaan jamak ketika hujan adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas , "Nabi Muhammad melakukan jamak solat antara solat zuhur dan asar dan antara maghrib dan isya' bukan disebabkan ketakutan dan hujan" - (Bukhari dan Muslim),

Apabila berlaku perselisihan dalam kalangan ulama dalam menafsir hadis ini, Imam Muhammad Bin Idris dan ulama ulama yang mengikuti ijtihad , berpendapat kerana Ibnu Abbas menyebut Nabi Muhammad melakukan solat (jamak) bukan sebab hujan atau takut,maknanya bila hujan maka solat (jamak( dapat dilakukan..

Dalam keadaan musim hujan yang melanda tempat kita sekarang , jadi aku fikir pengetahuan ini wajar dikongsikan agar umat islam mendapat keringanan dari rahmat dan kemurahan Allah.. Selamat mempraktikan ..