Sunday, June 17, 2012

Artis yang berhijrah :)



Anda perlu KLIK pada gambar untuk tengok video senarai artis yang berhijrah lelaki dan wanita :)


Friday, June 15, 2012

Merajuk dengan Allah ?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Urhh,agak lama gileer tidak menulis disebabkan kebuntuan idea,entah kenapa pagi ni dapat ilham lagi,moga bermanfaat yea :)

Merajuk dengan Allah..Pernah anda hadapi situasi ini?

Kita sering berdoa pada Allah , ustaz cakap banyakkan berdoa , insyAllah makbul ,Doalah dengan air mata, insyAllah makbul, diberi waktu2 mustajab berdoa , pasti makbul , lalu kita berdoa dan berdoa untuk Allah memakbulkan apa mimpi kita,apa yang kita kehendaki.

Tapi selalu,tidak semua doa kita dimakbul sebagaimana yang kita kehendaki , lama lama kita frust , aigoo . "Aku dah doa banyak kali,tapi tak makbul lagi" , kita mula kurang berdoa "Ahh,bukan Allah terima pun doa aku".

Kita seolah merajuk dengan Allah pabila doa kita tidak tertunai , lalu sebagai tanda protes kepada Allah , sebagai tanda merajuk kepada Allah , kita tidak lagi berdoa , kita melakukan sesuatu yg membawa murka Allah .

Walhal,kita lupa sebenarnya , kita selalu berdoa utk masa depan kita bukan? fikir elok elok , doa kita adalah untuk masa depan kita..kan??kan?? , untuk bersama mereka yang kita cintai , untuk peroleh keputusan yang cemerlang dan lain lain lagi , jika ia berkaitan masa depan , ia ibarat satu 'perancangan' oleh kita tentang masa depan.Tapi kita lupa bahawa takkala kita merancang utk masa depan kita, ALLAH JUGA MERANCANG utk kita, dan rancangan Allah pasti tepat dan lebih baik..

Ibaratnya begini , kita minta gn ayah kita motor , tapi ayah tak beli beli motor , kita frust gn ayah , protes ayah , then kemudian ayah bawa balik kereta proton preve untuk kita , haa,lebih baik kurnia kepada kita.

Jadi bila kita berdoa , lantas tidak dimakbulkan sebagaimana yang kita doakan , laa tahzan , yakinlah Allah ada perkara yang lebih baik untuk kita,teruskan berharap dan berdoa kepada Allah :)

Jika kita berdoa perkara baik,dan makbulkannya,bersyukurlah,itu tandanya Allah sayang kita, bukti?lihat firman Allah dalam surah al baqarah ayat  yg bermaksud "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Tapi bila kita berdoa,Allah LAMBAT  memakbulkan doa kita,itu tandanya Allah nak uji keimanan kita :)


Lantas bila kita berdoa , tapi Allah langsung tidak memkbulkan doa kita, maka itu tandanya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita..Buktinya? Anda boleh rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 216 yang bermaksud
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Palestin dan kita… Apa ertinya?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Palestine..Nama sebuah negara yang tidak asing bagi sesetengah orang, bahkan begitu dekat dihati mereka ,namun begitu ramai juga diantara muslim Malaysia hari ini langsung tidak ambil peduli tentang apa itu palestine, apa erti Palestine kepada mereka walaupun mereka ada mengaji dalam Quran yang berkali kali menyebut tentang tanah yang diberkati itu,antaranya dalam surah al Isra’ ayat 1 yang bermaksud “ Maha suci tuhan (Allah) yang perjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran kami.Sesungguhnya Dia maha Mendengar Maha Melihat”.

Adakah dakwaan saya melampau dengan menuduh ramai muslim malaysia hari ini langsung tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di Palestine seolah olah mereka “Tidak ada kena mengena” langsung dengan negara tersebut.
Adakah salah jika saya mengatakan setiap muslim yang berbelanja di mcd itu adalah muslim yang tidak langsung punya belas kasihan terhadap nasib rakyat Palestine? Mungkin salah menyebut begitu dari pandangan sesetengah pihak,tetapi mengulangi fatwa Syeikh Dr. Yusof Al Qardawi , beliau menyebut ‘For ever dolar we spend on israel product/ israel supporter product,mean a bullet headed toward the chest of every Palestinian”.

Tahu apa ertinya? Maknanya disini,setiap kali kita berbelanja di syarikat2 israel,mengeluarkan wang untuk membeli produk yang menyokong kezaliman Israel terhadap rakyat Palestine,bermakna kita sebenarnya bersubahat dalam membekalkan wang kepada rejim laknatullah itu untuk membunuh saudara seagama kita di Palestine.
Muslim hari ini sebenarnya telah gagal dalam menjadi seorang muslim punyai kecintaan tinggi terhadap islam dan penganutnya,kita langsung tidak mengambil berat akan apa yang berlaku di Palestine sedangkan sabda Rasulullah SAW bermaksud “Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali pada 3 masjid iaitu Masjidil al-haram,Masjid al-nabawi dan Masjidil Al-Aqsa” (Riwayat Al Bukhari,Muslim,Ibnu Majah dan abu Daud)

Jelas melalui hadis ini mengatakan kepentingan Palestine yang di dalamnya terletak masjidil al Aqsa,kiblat pertama umat islam dan juga tempat Rasulullah di israk kan ketika peristiwa isra’ mikraj.

Quran dan hadis keduanya menekankan bahawa Palestin (Maitul Maqdis) merupakan tempat atau negeri yang penting buat umat islam,sebagaimana pentingnya Mekkah dan Madinah kepada kita , namun berapa ramai yang mengambil tahu mengenainya?

Tepuk dada,tanya iman..

Mungkin sebelum ini anda tidak mengetahuinya,ok fine!! Anda sudah membaca sedikit perkongsian dari saya,maka tentu sahaja anda sudah tahu bahawa Palestine itu negeri yang penting buat semua umat islam,maka harapan saya,hentikan menyokong sebarang produk yang memberi kepentingan kepada rejim zionis dalam membantai umat islam Palestine,serta sebarkan kepada rakan rakan anda bahawa “ Di hujug dunia sana,ada satu negeri berdarah milik kita bersama yang memerlukan prihatin kita semua”

Engkau Ingin Berjuang,tapi rumah tangga lintang pukang ?

Assalamualaikum dan salam perjuangan,
Tertarik penulis dengan sebuah lagu yang bertajuk “Berjuang” yang dinyanyikan oleh

Persoalannya berbeza untuk setiap kali rangkap untuk “engkau ingin berjuang”,dan penulis ingin fokus dalam satu bahagian iaitu “Engkau ingin berjuang,tapi rumah tangga lintang pukang”

Biasa bukan? Seorang yang dikatakan seorang pejuang islam,seorang yang dikatakan ingin menegakkan islam tetapi hal ehwal rumah tangganya sendiri tidak mampu untuk diperbetulkan.

Malulah jika seorang ‘pejuang islam’ tapi anak anak tidak terdidik,anak anak rosak moralnya.
Penulis tidak akan menulis jika perkara ini sekadar kata kata dan secara realiti tidak wujud, penulis menulis sebab ini benar benar berlaku , si bapa kononnya sibuk berjuang untuk menegakkan islam tapi anak anak tidak diberi didikan islam yang secukupnya.

Tidak kena untuk kita betulkan apa yang ada diatas kita sedangkan yang dibawah kita sendiri gagal untuk kita merubahnya.

Apakah kita dapat terlepas dari hukuman Allah jika kita gagal mendidik anak anak walaupun kita ini ketika hidupnya menjadi pejuang islam,penyokong gerakan islam?Tidak sama sekali,nehi khabbi nehi.Anak perempuan kita tak tutup aurat,dengan izin Allah masuk neraka,sekali dengan si pejuang islam itu turut ditarik dalam neraka,anak lelaki kita rosak akhlaknya,hilang moralnya mendapat balasan di akhirat,sahamnya kena pada kita kerna anak anak kita itu,tanggungjawab kita.

Pejuang hari ini juga perlu perlu ingat bahawa perjuangan mereka pada hari ini tidak semestinya akan berjaya pada hari esok,bahkan sehingga mereka mati pun,mungkin perjuangan mereka masih lagi belum mencapai matlamatnya,jadi anak anak mereka hari ini perlu juga diubah agar tidak menjadi rosak seterusnya tiada lagi penganti buat perjuangan islam , didik anak anakmu seolah olah kamu akan mati esok,dan mahukan dia sebagai pengantimu dalam perjuangan,barulah perjuangan itu sempurna dan diberkati.

SEIRINGLAH .. Betulkan anak anak mu,teguhkan rumah tanggamu, sambil memegang panji islam dihadapanmu .