Wednesday, April 23, 2014

Kisah ulama ibnu Samaak dan Khalifah Harun Ar Rasyid

Ulama besar, Ibnu samaak dijemput khalifah Harun Rashid ke istana baginda, baginda rindukan untuk mendengar kata kata nasihat dan tazkirah dari beliau..

Oleh kerana keadaan panas, khalifah meminta segelas air untuk diminum , lalu belum sempat baginda minum , ibnu Samaak tanya "Kalau dalam keadaan panas terik dan sangat sukar untuk mendapatkan air,dan tuanku berada dalam keadaan sangat dahaga,berapa tuanku sanggup bayar untuk segelas minuman itu"

Jawab Harun ar Rashid, "Aku akan bayar dengan separuh dari kekayaan yang aku ada" , lalu ibnu samaak berkata , "maka kadang kala segelas air itu lebih mahal dari separuh kekayaan tuanku"

Lalu Khalifah pun meminum air yg ada..

Usai baginda minum , Ibn Samaak memulakan kembali pengajarannya, dan beliau bertanya satu lagi soalan kepada khalifah harun ar rashid, 

"Dari air yang tuanku minum tadi, tuanku dapati susah untuk keluarkan (kencing) dari dalam perut tuanku walaupun tuanku dah berusaha banyak kali,apa yang tuanku akan lakukan?"

Lalu Khalifah menjawab "aku akan gunakan seluruh hartaku untuk mengubati masalah ini kerana tiada guna harta yang banyak tapi aku tidak sihat"

Lalu ibn samaak berkata, "Maaf tuanku, rupanya harga air najis itu lebih mahal dari segala kekayaan yang tuanku miliki , maka tidakkah kita insaf akan kekuasaan Allah dan betapa lemahnya kita makhluknya, dan sewajarnya kita tunduk dan bersyukur kepadanya"

Lalu sang khalifah menangis teresak esak........

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)