Friday, July 22, 2011

mencari bunga dalam diri :)

Assalamualaikum dan salam perkngsian ilmu ..


Bunga adalah sesuatu yang semua manusia suka tak kira orang tu muslim atau kafir ..


Sebab tu tak kira dimana mana,kita dapat lihat bunga ..


Dalam diri kita iaitu manusia,sesuatu yang diibaratkan sebagai bunga adalah AKHLAK YANG MULIA ..


Betul tak?


Tanya sesiapa sahaja,ada tak yang tidak suka akan akhlah yang mulia?


Melainkan orang tu tak betul @ gila ,pasti dia suka akan orang yang berakhlak mulia .


Tak kira lelaki mahu pun perempuan,tua atau muda,semua suka orang yang berakhlak mulia .


Kalau kita mahu rumah kita kelihatan cantik,maka kita perindahkan kawasan rumah kita dengan bunga,maka untuk percantikkan diri kita,bukanlah dengan mekap setebal 1 inci setengah,tetapi dengan akhlah yang mulia ..


Akhlak mulia juga adalah tidak terbatas,tak kira agama dan bangsa,sukakan akhlak mulia ..kalau orang tu pendokong komunis sekali pun,akhlak yang mulia pasti akan dicintainya :)


Orang akan cinta dan simpati pada orang yang berakhlak mulia ..


Ciri ciri akhlak mulia akan penulis terangkan dalam notes akan datang insyAllah ..


Yang penulis ingin tekankan di sini adalah, jom kita perindahkan diri kita dengan akhlak yang mulia..Walaupun tidak mampu semulia Rasulullah,tetapi hampir kepadanya sudah cukup ..


Bersamalah kita :) insyAllah ..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)