Tuesday, February 8, 2011

Bercakap soal iman ..

Tadi seorang sahabat dari PEMIKIR berkongsi satu ilmu,begini katanya

"Iman adalah teras dlam ukhuwah. Dengan Iman kita sanggup melakukan apa shaja dmi menyelmatkn ukhuwwah dan jalan ini, Justeru hayatilah Iman yang sebenar2nya."

Saya bukan nak cakap panjang soal tentang perkongsian beliau,tetapi saya cuma mahu berkongsi sedikit berkenaan dengan iman..

Apa itu iman dari sudut pengertian ?


Iman adalah percaya dengan sepenuh hati kepada Allah dan sebab itu kita berpegang kepada 6 rukun iman.

Seorang muslim,wajib beriman kepada Allah,yakni yakin bahawa ALLAH itu ada,bila dah yakin Allah tu ada,kena yakin juga apa yang ada di bumi ni,di alam ni,Allah yang cipta,bukan manusia,atau makhluk makhluk lain.

Atas sebab itu,kita wajib serah diri pada Allah,kita wajib solat,sembah Allah,kerana Dia yang menciptakan kita,dan semua isi alam.

Kita kena percaya belaka,bahawa Allah yang maha berkuasa atas tiap sesuatu,dan percaya serta yakin,bahawa memang tiada dah tuhan lain yang layak kita sembah selain Allah.

Yang paling penting juga kita patut ingat,Allah buat kita sebagai manusia,bukan untuk saje saje,tapi untuk mengabdikan diri kepadaNya.Kalau kita engkar,ingatlah,kelak di mahkamah Allah,Allah yang jadi hakim...di situ kita akan terima balasannya..

Mahkamah dunia korang boleh lari,boleh rasuah and so on,tapi mahkamah Allah........

Yang kedua kita wajib percaya juga,beriman juga pada Malaikat,ada brapa orang malaikat kawan2?tidak diketahui jumlah sebenar tetapi ada 10 malaikat yang wajib kita imani iaitu,
Jibrail ===> Menyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi)

Mikail ===> Membagi rezeki kepada semua makhluk, termasuk memberi makan, minum, dan menurunkan hujan)

Izrail ===> Mencabut roh atau nyawa semua makhluk apabila sudah tiba saatnya)

Israfil ===>Meniup sangkakala (terompet) jika telah sampai saatnya hari kiamat.

Raqib ===> Mencatat setiap kebaikan dan amal baik manusia

Atid ===> Mencatat setiap kejahatan dan amal buruk manusia

Munkar dan Nakir ===>Memberikan pertanyaan-pertanyaan kepada orang yang ada dalam kubur

Malik ===> Menjaga pintu neraka
Ridwan ===> Menjaga pintu syurga,

Dan dalam ramai ramai malaikat ni,yang selalu bersama dengan kita adalah malaikat Raqib dan Atid,tiap tiap hari mereka bersama kita,untuk catit amalan baik or buruk jika..

Jadi jaga jaga r,dalam ke dalam tandas ke,bilik air ke,mana mana ke....jaga jaga blake....

Dan malaikat yang paling hampir dengan kita adalah malaikat izrael..Tugas dia apa?Cabut nyawa kita,sebab tu dia paling hampir dgn kita,anytime,anywhere,..Jadi,ingat bila izrael datang memangil jasad terbujur di pembaringan,Seluruh tubuh akan menggigil,Terbujur badan dan kedinginan,Tak ada lagi gunanya harta,Kawan karib sanak saudara,Jikalau ada amal di dunia,Itulah hanya pembela diri,Janganlah mahu dikenang-kenang,Engkau digelar manusia agung,Sedarlah diri tahu diuntung,Sebelum masa lkerenda diusung,Datang masanya insaflah diri,Selimut putih pembalut badanTinggal semua yang dikasihi,Berbaktilah hidup sepanjang zaman....(wei3,cam pernah dgr je ^^)

Yakin jugak,dalam kubur nanti,akan ada 2 malaikat bersama kita,nama dia mungkar dan nangkir.Dia akan tanya kita,dan antara soalannya dia tanya marobbuka(siapa tuhan kamu),waman nabi yuka? (siapa nabi kamu)..dan banyak lagi soalan lain..Tapi satu yang pasti,dia tak kan tanya APA BANGSA KAMU?Solan ni reject..ingat molek kawan2.Jadi nanti,awak tunjuk keris ke,no ahli ke,memang melaikat tak pandang,rotan dia pandang awak...haa..DAN satu perkara lagi nak bagitahu,dalam kubur nanti,awak akan dengar laungan "ALLAHUKABAR!!" ,takde laungan "MERDEKA..MERDEKA..MERRDEKA", soheh takde..kalau tak caya,try masuk kubur :).

Yang ketiga,kita wajib percya pada kitab,yakni beriman kepada kitab.Apa kitab kita?Quran.

Apa dia Quran ni?

Kamus dewan ke?

Eksploidia ke?

Majalah ke??

Bukannnn kawan..

Quran ni la,firman Allah,kata kata Allah yang dirunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat jibrail.

Sekali lagi saya ulang,quran ni adalah  KATA KATA ALLAH,YANG DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD,MELALUI MALAIKAT JIBRAIL.

Maksudnya,dia bukan buku biasa..Dalam Quran mengandungi segala aspek,dari sekecil kecil hukum,sebesar besar hukum,peristawa sejarah lama,kisah kisah ambiya..ada belaka.

Dan dalam kitab ni juga ada penyelesaikan kepada semua masalah kita sekarang..

Tapi malangnya kita bertindak lebih bijak dari Allah,Bina hukum sendiri,hidup dengan fikiran sendiri,tak ikut jalan Allah yang diajar melalui Quran,sebab tu umat islam sekarang lemah.Umat islam tidak berpadu.Kalau nak berpadu,semua dari kita ikut Quran,berpadu la..Orang non muslim pulak yang kaji quran,sebab tu mereka maju,..

Quran itu wajib kita imani,percayai,kalau tak caya kat kitab,jatuh iman kita...Jadi yang tolak kitab Allah sebagai perlembagaan tertinggi tu....guane gamok deme?

Yang keempat percaya yakni beriman kepada Nabi dan Rasul..Kita tumpu pada Nabi Muhammad dalam notes ni.Yakin lah,nabi muhammad tu pesuruh Allah,utusan Allah,bawa agama Allah,ikut baginda..insyAllah kita selamat.

Dan ingat lah kawan kawan,nabi Muhammad,sayang kita,dan jangan kita balas cinta nabi pada kita,dengan perkara yang tidak baik kepada baginda (http://www.facebook.com/note.php?note_id=179321115422333)

Yang kelima,beriman kepada hari akhirat..

Apa dia hari akhirat tu?Hari raya ke?Tahun baru ke?

Nehi kabi nehi kawan kawan..Hari akhirat tu adalah HARI PEMBALASAN...kawan kawan buat amal,dapat pahala,dapat balasan baik,kawan kawan buat jahat,dapat dosa,dapat balasan buruk,dan ingat ALLAH MAHA ADIL kawan kawan..

Kalau kalian terlepas dari hukuman di dunia..kat akhirat....jgn harap..

Kat dunia,kalian gah..kelian hero..kalian penguasa.....tp di akhirat....kalian cuma hamba yang tunggu pembalasan...JAGA JAGA semua...


dAN YAKIN LAH SATU PERKARA.....HARI AKHIRAT AKAN TIBA JUGA..BILA???hANYA tuhan yang tahu...{Tapi tanda tanda dah banyak kawan2}

Last sekali bab iman ni,kita wajib percaya juga pada qadak dan qadar,

Yakni yakin bahawa apa yang berlaku pada kita dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi..

Yakin la...yang soal ni,saya minta maaf,saya kurang ilmu untuk dikongsi...kalau ada diantara kalin boleh berkongsi bersama...nyiur tapak tangan saya tadahkan :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)