Sunday, January 4, 2015

Raikan perbezaan : Bukan sekadar toleransi, sebaliknya menghargai

Perbezaan pandangan pada hari ni dianggap sebagai satu musibah, dianggap sebagai satu bala memecah belah dan dianggap setiap muslim itu berpecah hingga tiada titik persamaannya,namun sedar atau tidak, mudahnya mengamalkan islam hari ini adalah kerana perbezaan pandangan para ulama silam.

Ketika ulama besar islam masih hidup,mereka menulis kitab bertujuan untuk membukukan ilmu ilmu islam,namun fitrah manusia,wujudkan perbezaan pandangan antara mereka, dan pada ketika itu ummah mendapat rahmat dari perbezaan pandangan itua kerana telah terhasillah buku dan kitab yang menukilkan perbezaan pandangan para ulama akan perkara perkara tertentu dengan hujah hujah mereka tersendiri.


Dari kepelbagaian pandangan ini sekaligus menghasilkan perbagai pilihan kepada umat islam terutamanya dalam bidang feqah.

Bagaimana cara berfikir kita bila wujud 2 pandangan berbeza antara ulama adalah selama masalah itu khilaf antara mereka (para ulama),kita boleh memilih salah satu kerana tiada pertanggunjawaban keatas kita akan tindakan itu. Bahkan para ulama yang khilaf itu juga, andai kata salah seorang daripada mereka itu salah, maka tidak dihukum hanya karana kesahalan dalam ijtihadnya. Bila ijtihadnya salah, dia tetap dapat pahala. Sebaliknya, bila ijtihadnya benar, dia akan dapat dua pahala.

Sebagai orang awam, kita tidak diwajibkan melakukan ijtihad sendiri, Maka kita dibolehkan bertaqlid kepada fatwa para ulama mujtahid yang diakui kemampuannya.

Satu satunya "ijtihad" yang orang awam boleh lakukan (jika mahu keyakinan) adalah bertanyakan dalil.. Jika seseorang ustaz mengatakan "ini sunnah" , "ini haram" , namun kita ragui betul ke tidak,maka wajar kita bertanyakan dalil.
Kerana dalam hujah hujah para ulama silam,memang ada dinyatakan dalil untuk pandangan mereka, masalah hanya pada ulama hari ini,mereka beri pandangan sendiri namun menggunakan nama ulama silam,maka wujudlah "dalil murtabak" etc, tidak kurang ada dalam kalangan mereka mengharamkan anak murid untuk meminta dalil atas alasan "adab berguru"..

Moga tahun 2015, perbezaan pandangan akan semakin diraikan, bukan sahaja saling toleransi,sebaliknya saling menghargai..
Rujukan :
1.Biarpun tidak bersetuju,jiwa tetap bersatu - Ustaz Pahroi Muhammad Juoi
2.Fiqih Ikhtilat - Ahmad Sarwat, Lc

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)