Ingin sekali aku buat satu perkongsian..Ia tentang aku dan Cinta..Betapa aku bersyukur aku berada di jalan ini..
Aku di sekolah rendah pernah menyintai seseorang,tapi itu mungkin cinta anak kecil,yang sebenarnya masih belum faham erti cinta..Ketika itu aku masih tidak reti untuk berdoa untuk mendapatkan cinta,tapi aku selalu berharap,aku dapat bersamanya bila besar nanti..Beberapa tahun berlalu,aku memasuki sekolah menengah,di tingkatan 1,aku masih menyukainya walaupun tidak sekelas,Namun Allah merencanakan agar aku tidak bersamanya,dan membuatkan aku jatuh cinta pada orang lain ketika tingkatan 2..Itu juga cinta remaja yang mungkin tidak bernilai..Tapi kerna cinta kedua ini,aku melupakan cinta pertama,ketika itulah aku baru tahu bahawa org yg pertama aku cintai adalah seorang yang kurang peka terhadap agama.. Subhanallah.. Aku bersyukur aku tidak dikurniakan keberanian untuk meluahkan cinta kepadanya..Bimbang kalau itu berlaku,aku mungkin menghampiri maksiat di awal usia remaja lagi.
Cinta kedua juga sama,aku suka padanya tapi juga Allah menghalang bibirku dari meluahkannya .. Aku sekadar memendam rasa,tapi ketika itu aku mula pandai berdoa,setiap hari aku berdoa agar bersamanya .. setiap hari! ..namun Allah tidak merencanakan itu utkku.. Sehingga aku tingkatan 4,aku menyimpan rasa padanya... kemudian Allah ubah lagi hatiku untuk menyintai rakan sekelas ketika itu .. Ia,dia sudah berpunya,Alhamdulillah .. Itu menghalangku dari mendekatinya demi cinta..Saat cinta ketiga ini datang,Allah buka hijab untukku melihat bahawa cinta keduaku juga sia sia..Gadis itu juga kurang pegangan agamanya..Dia punya pakwe ketika itu..dating itu amalan mereka..Subhanallah,kalau aku meluahkan rasa padanya,pasti aku di situasi maksiat itu,.
Kembali pada cinta ketiga,mula menyimpan rasa di akhir tingkatan 4,ketika itu hati memang mahukannya tapi fikirku, aku malang kerna dia sudah berpunya..Benar..Aku sungguh kecewa..Namun aku tidak berhenti berdoa..Tapi Allah lebih cintakan aku,saat tingkatan 6,hati aku dialihkan lagi kepada seorang gadis dari kampung sebelah ..erhh .. Saat itu aku mula dapat melihat bahwa 'cinta ketiga' aku juga bukan yang terbaik buatku,aku bersyukur kerna tidak ada hubungan istimewa dgnnya,atau mungkin hari ini aku manusia yang penuh dosa..Jadi kerna cinta Allah padaku,dari sekolah rendah hingga tingkatan 5,aku diselamatkan dari hidup berkapel..satu cara maksiat yang paling menyeronokkan ..
Tingkatan 6,satu pengajaran buatku..Mungkin kerna terlalu cinta,ya,aku meluahkannya .. Adakah aku terlibat dgn aktiviti maksiat? YA! aku mungkin tidak 'berdating' dgnnya,.aku mungkin tidak menyentuh tangannya,tp saat bersms,aku tahu..aku sedang bermaksiat kepadaNya .. Ampunkan Aku Tuhannn ...
Sungguh..perasaan sayang itu ada ,tapi aku tahu Allah lebih sayangkan aku bilamana aku dipisahkan dari si dia selepas 4 bulan bermain cinta..
Kini aku kembali tanpa cinta..
Aku fikir dalam dalam setiap perkara yang berlaku,kerna aku ingat kata ustaz,setiap yang berlaku ada hikmah..aku menilai kisah 'cinta' ku dari awal .. hingga akhir,ya Ada hikmahnya ..
Allah meniupkan perasaan cinta kepadaku kerna itu fitrah aku sbg manusia,namun Allah menahan hatiku dari melakukan maksiat dgn banyak , Terima Kasih Allah .. :)
Jadi pengajaran buat semua..Jika anda menyintai seseorg,yakinlah,jika anda tidak bersamanya,ada hikmahnya..Yakin bahwa Allah ada rencana lebih baik buat kita.. Yakin..Yakin :)
Friday, September 28, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Artis vs pelacur
Terbaca majalah mastika lama di Library siang tadi,aku kebetulan terbaca satu kisah seorang pelacur yang berpakaian seksi dan jual dirinya demi untuk cari makan .. (seolah olah xde pekerjaan lain,tp mungkin dia terpengaruh dgn fatwa boleh m
elacur kalau darurat kowt) ..
Tapi abaikan kisah fatwa tu,aku tertarik dgn alasan mereka2 ini bahawa mereka berpakaian seksi bukan kemahuan mereka,tapi sebab itu yg diperlukan utk jadi itu.. (???)
Terus kepala otak aku terfikir alasan2 segelintir artis untuk dedah aurat,bertelanjang demi ikut skrip .. Mereka nak cari makan lah tu kan?
Jadi,apa yek beza mereka dgn pelacur yea ?
2x5 5x2 erk?
PS-Tapi kadang2 kalau kita perhatikan pakaian insan2 yg jual tubuh di tepi jalan tu lebih "sopan" dari pakaian artis kita,teringat aku dalam paper yg aku tgk ahad atau isnin lepas..Entah r,apa dalam kepala mereka.. lupakah mereka ini ngra org islam,punya adat ketimuran .. kalau hang tuah wujud zaman ni,pergh..mmg menangis tak berlagu melihat anak bangsanya begitu

kita dai'e,bukan hakim :)
Di akhirat kelak, Allah tidak akan tanya kenapa kamu tidak hukum seseorang itu dan ini, tapi Allah tanya kenapa kamu tidak dakwah kepada si fulan itu dan si fulan ini..
Setiap pendakwah harus ingat bahawa
"Kamu itu dai'e,bukan Qadi"
Setiap pendakwah harus ingat bahawa
"Kamu itu dai'e,bukan Qadi"
Tugas kamu adalah menyampaikan , bukan menghukum seseorang itu ..
Makna disini adalah , tidak wajar kita mengatakan seseorang itu sesat atau pun kafir selagi dia berpegang kepada Quran dan hadis walaupun ada perilakunya bercanggah dgn islam .. Bimbinglah dia insyAllah ada ganjarannya .. Allah tidak menjanjikan ganjaran kepada kita utk menghukum org itu sesat atau kafir atau terpesong bla bla bla ..

CIna pun yakin hudud mampu bawa keadilan
Hudud itu adalah sebahagian dari islam .. Bila kajian dari UM mendapati majoriti responden berbangsa cina bersetuju bahawa keadilan mampu dibawa melalui hukum hudud,maka kita boleh sebutkan juga majoriti rakyat berbangsa cina yakin ISLAM ma
mpu bawa keadilan kepada mereka .
Tentu sahaja hudud itu bawa keadilan .. Kerna yang "Merangka" hukum itu adalah Sang Pencipta itu sendiri :)
Kita minta buang prasangka buruk kita terhadap orang non muslim , siapa kita untuk menghukum terus mereka.. Iman Ghazali yg kita cari cari sendiri sebut Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT"
Jadi tanggungjawab kita adalah laksanakan islam dalam diri kita agar org kafir pun tertarik,jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri,hanya mahu bangsa sendiri bersepakat utk daulatkan islam sedangkan Allah suruh kita kat dunia ni dakwah kepada semua org tak kira melayu cina kadazan :)
ps-14% melayu islam tidak yakin dgn hukum Allah dan 24% lagi tidak pasti .. Ehem2.. nak bersepakat dgn mereka ke ? haha..islam nak didaulatkan cmne.. ?
hasil tambah 14% dan 24% yg kata tidak dan tidak yakin itu adalah 38% ..
42% org cina percaya dgn hudud,maknanya disini ! org cina yg percaya hudud lebih ramai dari org melayu islam yg tolak hudud :)
Kerna itu dari awal aku menolak usaha dakwah yg hanya melibatkan bangsa2 tertentu .. tiada motif politik dalam post ni..jadi x perlu bicara politik erk :)

Saturday, September 22, 2012
Bagaimana maw berhenti merokok ?
Satu nasihat yang aku dapat dari program hari ini tentang merokok yang mungkin brguna kepada teman teman yang merokok di luar sana ..
Anda mungkin sukar untuk berhenti merokok sekiranya niat anda untuk berhenti merokok adalah kerna untuk menjaga kesihatan atau untuk elak membazir walaupun ia sememangnya benar.
Tapi insyAllah niat anda untuk berhenti merokok itu mampu lebih kuat dan istiqamah jika anda berhenti kerna mahu menjauhi larangan Allah ..
Dalam islam memang jelas merokok itu haram kan .. Jadi berhentilah demi mendapat redha Ilahi :)

Monday, September 17, 2012
Buat para da'ie : Jangan memetik buah yang tidak masak ..
"Hai Ikhwanul muslimin,terutama yang tergopoh gopoh dari kamu,dengarlah kata kataku yang tinggi dan berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar kita yang umum ini.Sesungguhnya jalan kita adalah jalan yang telah digariskan langkah langkahnya,ditentukan batas batasnya,dan aku tidak menyalahi batas batas tersebut,dan aku amat berpuas hati dengannya,kepuasan yang sebenar benarnya,bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.Mungkin tugas dakwah merupakan tugas yang amat panjang,akan tetapi di sana tidak ada jalan lain selain jalan itu.Sifat kelelakian itu tidak akan lahir kecuali dengan keberanian,ketekunan,kesungguhan,dan amal usaha yang bersungguh sungguh dan terus menerus,maka jika ada dalam kalangan kamu yang hendak cepat dan terburu buru memetik buah yang tidak masak,atau ingin memetik bunga sebelum masanya,maka aku ingin sekaliu tidak bersama denganya,dan lebih baik darinya untuk meninggalkan jalan dakwah ini,lalu pergi mencari dakwah yang lain.Siapa sahaja yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu sehingga tumbuh pokoknya,baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik,dan diambil,maka ganjarannya terserah kepada Allah semata mata.Kita tidak boleh lari dari dua kebaikan ini,apakah kita menang dan berkuasa,atau mata syahid dan bahagia ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)