Wednesday, March 28, 2012

erti persahabatan

Selama ini,ku mencari cari,
teman yang sejati,buat menemani,
perjuangan suci,
bersyukur kini,padaMu ilahi,
teman yang dicari...
Telah ditemui...

Begitulah lirik sebuah lagu nasyid dari kumpulan In-Team yang bertajuk "teman sejati"

Adakah kawan kawan sekeliling kita itu teman sejati kita? kenalan2 di univerisiti,di kampung itu teman sejati kita?

Tidak .. sama sekali tidak ..

Teman sejati itu hanya dapat di'title' kan kepada mereka yang menyintai sahabatnya sebagaimana mereka itu menyintai dirinya sendiri ..Itulah teman sejati..

Susah senang,pahit dan getir adalah dilalui bersama,itu teman sejati..

Hadis menyebut "Tidak sempurna iman seseorang itu,jika tidak menyintai sahabatnya sebagaimana menyintai dirinya sendiri" ..

Berapa ramaikah di antara kita yang menyintai kawan2 kita sebagaimana kita sayang pada diri kita,kita tak nak diri kita terluka,dan harus ada dalam diri kita,utk pastikan sahabat kita juga tidak terluka ..

Kita boleh punyai 1000 kawan dan teman,tapi untuk mencari teman sejati yang satu,itu lebih sukar dari mencari permata di dalam kaca ..

Apakah sifat yang perlu ada dalam diri seorang sahabat kepada sahabat yang lain,hukama menyebut, "kawan yang baik itu adalah kawan yang sentiasa memuji dan dan mencari kebaikan kita,tpi KAWAN YANG LEBIH BAIK adalah sahabat yang menegur kesilapan kita"

Kadang kadang,kita lupa untuk menghargai teman/sahabat kita sehingga dia terluka,apabila tiadanya dia,baru kita merasai satu kesunyian yang mendalam,time tu nak menyesal,mungkin belum terlambat,tapi adalah lebih baik untuk sentiasa beringat agar istilah "menyesal" itu tidak akan wujud dalam kamus hidup kita..

Kadang kadang juga kita,sering menilai semua keburukan kawan yang dilakukan terhadap kita,tapi kita lupa untuk ingat satu pun kebaikan dia terhadap kita ..

Menceritakan keburukan sahabat/kawan kepada kawan yang lain , apabila hubungan berantakan,sehingga orang lain memandang rendah pada kawan kita itu,bukanlah satu sifat yang layak diamalkan seorang manusia melainkan manusia itu tiada hati dalam dirinya..

Kesabaran seseorang teman ada hadnya,mungkin ada ketika kita melampaui batas dalam menyakitinya,dan dia marah,tapi itu tidak bermakna dia sudah benci selamnya,pabila reda marahnya,maka hilangkan kebenciannya.

Perkara yang perlu diamalkan dalam rahsia menjaga persahabatan adalah mudah untuk memaafkan,dan sentiasa bertolak ansur,insyAllah semuanya mudah :)

1 comment:

  1. sahabat umpama org penting selain keluarga, tp mcm mana mahu mengekalkan tali persahabatan itu, jika sahabat yg kita anggap teman susah dn senang pergi setelah memiliki sahabat yg lebih baik dr kita..

    ReplyDelete

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)