Wednesday, March 28, 2012

Menyintaimu kerna Allah awek ku :p

Salam perkongsian ..

Kebetulan pagi tadi penulis online,terbaca di wall Rusydee Artz | Lukisan Dakwah  yang berbunyi, “Hanya yang senget agama dan mentalnya mengatakan "saya cinta awak kerana Allah" atau apa-apa sahaja bait kata-kata yang melibatkan "Allah" ketika tengah mabuk bercinta, bercouple, bertunang. Cinta couple yang kotor nak melibatkan Allah. Ada hati.

Bertunang pun agak-agaklah nak bermadah pujangga segala bagai. Nikahlah dulu. Baru kaitkan Allah.

"I dah meluat."

……

Saya  tersenyum tanda setuju sangat..ehe

Kenapa nak gunakan nama Allah untuk perkara sedemikian??

Yang update status sedemikian,tak pula berpakaian sebagaimana Allah suruh,tak pula bercinta,bertunang, sebagaimana yang Allah suruh..

Bagaimana tu “mencintai makpe/pakwe kerna Allah” ??\

Sedangkan ia terang lagi bersuluh satu hubungan yang Allah larang..

Soal yang bertunang,benar tunang itu ajaran islam,tapi adakah islam ajar untuk kita terang2 gtaw pada dunia “weh rakan rakan fesbuk,aku cintakan tunang aku”….ada islam ada??ada?ada???Setahu penulis lah,bertunang ni sepatutnya takde orang tahu,maknanya tak perlu dihebahkan lah,,hanya yang terdekat je..Bila nak khawin baru lah nak heboh pun..

Cukup lah hipokrit … deh....nak bercinta/couple teruskan,tp jangan lah nak guna nama Allah..tak malu ke?

erti persahabatan

Selama ini,ku mencari cari,
teman yang sejati,buat menemani,
perjuangan suci,
bersyukur kini,padaMu ilahi,
teman yang dicari...
Telah ditemui...

Begitulah lirik sebuah lagu nasyid dari kumpulan In-Team yang bertajuk "teman sejati"

Adakah kawan kawan sekeliling kita itu teman sejati kita? kenalan2 di univerisiti,di kampung itu teman sejati kita?

Tidak .. sama sekali tidak ..

Teman sejati itu hanya dapat di'title' kan kepada mereka yang menyintai sahabatnya sebagaimana mereka itu menyintai dirinya sendiri ..Itulah teman sejati..

Susah senang,pahit dan getir adalah dilalui bersama,itu teman sejati..

Hadis menyebut "Tidak sempurna iman seseorang itu,jika tidak menyintai sahabatnya sebagaimana menyintai dirinya sendiri" ..

Berapa ramaikah di antara kita yang menyintai kawan2 kita sebagaimana kita sayang pada diri kita,kita tak nak diri kita terluka,dan harus ada dalam diri kita,utk pastikan sahabat kita juga tidak terluka ..

Kita boleh punyai 1000 kawan dan teman,tapi untuk mencari teman sejati yang satu,itu lebih sukar dari mencari permata di dalam kaca ..

Apakah sifat yang perlu ada dalam diri seorang sahabat kepada sahabat yang lain,hukama menyebut, "kawan yang baik itu adalah kawan yang sentiasa memuji dan dan mencari kebaikan kita,tpi KAWAN YANG LEBIH BAIK adalah sahabat yang menegur kesilapan kita"

Kadang kadang,kita lupa untuk menghargai teman/sahabat kita sehingga dia terluka,apabila tiadanya dia,baru kita merasai satu kesunyian yang mendalam,time tu nak menyesal,mungkin belum terlambat,tapi adalah lebih baik untuk sentiasa beringat agar istilah "menyesal" itu tidak akan wujud dalam kamus hidup kita..

Kadang kadang juga kita,sering menilai semua keburukan kawan yang dilakukan terhadap kita,tapi kita lupa untuk ingat satu pun kebaikan dia terhadap kita ..

Menceritakan keburukan sahabat/kawan kepada kawan yang lain , apabila hubungan berantakan,sehingga orang lain memandang rendah pada kawan kita itu,bukanlah satu sifat yang layak diamalkan seorang manusia melainkan manusia itu tiada hati dalam dirinya..

Kesabaran seseorang teman ada hadnya,mungkin ada ketika kita melampaui batas dalam menyakitinya,dan dia marah,tapi itu tidak bermakna dia sudah benci selamnya,pabila reda marahnya,maka hilangkan kebenciannya.

Perkara yang perlu diamalkan dalam rahsia menjaga persahabatan adalah mudah untuk memaafkan,dan sentiasa bertolak ansur,insyAllah semuanya mudah :)

You terlanjur ke berzina ?

Assalamualaikum dan salam perkongsian..

Sering kali time penulis baca artikel tentang penzinaan,mereka suka gantikan ayat "berzina" dengan "terlanjur" , mungkin dalam pelajaran bahasa malaysia,ia dinamakan 'ayat pemanis' sedangkan ia membawa maksud yang sama dengan berzina jer kan?

Apapun penulis kurang nampak dimana "ter" nyer dalam kelanjuran itu..

Adakah mereka berzina secara tidak sengaja,tetiba je si jantan duk atas tilam bersama si betina...gitu erk kita nak definisikan "ter" tuh?

Penulis lebih suka jika mereka yang berzina itu,kita katakan kepada mereka tindakan mereka itu bukan "terlanjur" tapi terus stright to the point , "you berzina" kan ..

Kalau istilah terlanjur boleh digunapakai,ok tak kalau istilah "ter-rogol"?? tak sedap pulak bunyinya kan? maknanya takde ayat pemanis lah dalam situasi rogol ni..

Jadi ini satu diskriminasi terhadap perkataan "rogol" , kenapa "zina" diberi pemanis tapi tidak untuk "rogol"

"ter" "ter" ni difahami dengan maksud 'tidak sengaja" bukan? tapi mereka bukan 'ter' , mereka "ber" .. camne nak repair kesalahan bahasa tuh?? haha

Apapun,ia bukan satu isu ,sekadar untuk perkongsian "apa yang aku rasa" ..

Orang yang berzina ini,tidak pantas utk diberi pemanis kata kali.. ayat berzina lebih terasa berbanding "terlanjur" , jika kata biar terasa,mungkin ada lebih kebaikkannya :)